BTC USD 61,072.0 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sanusi ingatkan Pulau Pinang adalah negeri dipajak Kedah

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,306
Reaction score
15,061
Points
1,906
#alorsetar Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah hari ini, ‘hangat’ apabila Menteri Besar, Muhamad Sanusi Md Nor mengingatkan bahawa Pulau Pinang adalah negeri dipajak dari Kedah
https://www.hmetro.com.my/.../sanusi-ingatkan-pulau...

Sanusi ingatkan Pulau Pinang adalah negeri dipajak Kedah​


1632231234714.png


Alor Setar: Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah hari ini, 'hangat' apabila Menteri Besar, Muhamad Sanusi Md Nor mengingatkan bahawa Pulau Pinang adalah negeri dipajak dari Kedah.

Sanusi (Pas-Jeneri) berkata, beliau faham mengenai kebimbangan Pulau Pinang terhadap beberapa projek mega diumumkan Kedah, yang didakwa bakal memberi saingan kepada negeri jiran itu.

Tegasnya, sejarah bahawa Pulau Pinang adalah negeri dipajak dari Kedah perlu sentiasa diingat dengan Pulau Pinang tidak sepatutnya masuk campur dan menegur urusan pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

"Pulau Pinang bukan negeri yang wujud dengan sendirinya, dalam sejarah Malaysia sendiri ada dimaklumkan bahawa Pulau Pinang adalah negeri dipajak dari Kedah.


"Jangan pula kita pajak tanah orang, kemudian kita marah pula kepada tuan tanah yang kita pajak itu. Itu tidak patut," katanya menjawab soalan tambahan Mohd Azam Abd Samat (Pas-Sg Limau) yang ingin mengetahui mengenai strategi kerajaan negeri dalam menangani rasa cemburu negeri jiran susulan pengumuman beberapa projek berimpak tinggi.

Sanusi berkata, bagaimanapun sebagai jiran yang baik, kerajaan negeri Kedah memberi jaminan Pulau Pinang akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan tidak perlu bersaing dengan Kedah.
Beliau berkata, sebagai contoh projek pembinaan Lapangan Terbang Kulim (KXP) dibina dengan tujuan menjadi pelengkap kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

"Semua pihak mengetahui usaha untuk menaik taraf LTAPP tidak dapat dibuat sepenuhnya kerana faktor kekangan tanah dialaminya. Jadi KXP ini akan menjadi pelengkap kepada LTAPP dan bukannya pesaing kepada Pulau Pinang.

"Disebabkan itu, kita akan kekal berbuat kebaikan supaya negeri jiran berasa selamat kerana di dalam Islam, inilah yang dianjurkan kepada umatnya," katanya.

Terdahulu, Sanusi menjawab soalan lisan Mohd Azam yang bertanya mengenai status projek berimpak tinggi Kedah iaitu KXP, Bandar Getah Kedah (KRC), Taman Teknologi dan Sains Kedah dan Hab Logistik, Pengeluaran dan Aeroangkasa Sidam (SLAM).

Beliau berkata, semua projek berimpak tinggi itu akan membawa perubahan besar kepada Kedah selain berupaya mengubah landskap ekonomi negeri secara lebih meluas.
Disiarkan pada: September 21, 2021 @ 2:34pm


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,306
Reaction score
15,061
Points
1,906
hehe saja bukak thread sebab nak tau respon dari Ramasamy dan LGE :D
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
Macam biasa
Statement MB Kedah selalu menarik perhatian
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,306
Reaction score
15,061
Points
1,906
Macam biasa
Statement MB Kedah selalu menarik perhatian

aah tengok la lepas ni nanti dia jawab Ramasamy atau LGE :D

rasanya Ramasamy dan LGE akan jawab statement Sanusi ni hihi
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,621
Reaction score
15,631
Points
2,376
aah tengok la lepas ni nanti dia jawab Ramasamy atau LGE :D

rasanya Ramasamy dan LGE akan jawab statement Sanusi ni hihi

Soheh dh tu mek
Takkan LGE diam je 🤭
 

akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,560
Reaction score
2,915
Points
206
Secara sejarahnye mmg mcm tu
Kerajaan kedah lama mmg besar kot
Pattani tu pun under kedah lama
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register