BTC USD 57,083.3 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sanofi labur RM1.9 bilion bina kilang vaksin di Singapura

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,845
Reaction score
4,448
Points
601
PARIS: Syarikat farmaseutikal gergasi Perancis, Sanofi, hari ini memaklumkan akan membelanjakan 400 juta euro (RM1.9 bilion) untuk membina kilang baharu yang mampu menghasilkan beberapa vaksin serentak.

Sanofi memaklumkan, kilang berteknologi tinggi itu akan dibina di Singapura dan dijangka beroperasi pada suku pertama 2026, manakala pembinaannya akan bermula pada pertengahan tahun ini.

"Kilang baharu itu akan memberi keupayaan kepada Sanofi untuk menghasilkan vaksin yang inovatif pada skala besar untuk Asia, dan boleh bertindak balas dengan pantas terhadap risiko pandemik masa depan," katanya.

Sanofi yang berpangkalan di Paris memaklumkan, fasiliti di Singapura itu berkemampuan menghasilkan antara tiga hingga empat vaksin pada satu masa, berbanding hanya satu vaksin di kilangnya yang lain.

Kilang baharu itu juga boleh menggunakan beberapa platform teknologi penghasilan vaksin berdasarkan jenis sel berbeza, yang membolehkan vaksin disiapkan dengan lebih cepat bergantung pada keperluan kesihatan awam.


Pengumuman itu adalah yang ketiga daripada Sanofi sejak bermulanya pandemik COVID-19.


Syarikat farmaseutikal itu juga merancang pelaburan baharu di Perancis dan Kanada.


Sanofi menjejaskan imej sektor farmaseutikal Perancis apabila ketinggalan dalam usaha membangunkan vaksin COVID-19.


Syarikat vaksin ketiga terbesar dunia sebelum pandemik itu berkata, calon vaksinnya hanya dijangka siap sebelum hujung tahun ini, dan ketika ini hanya membantu menghasilkan vaksin untuk pesaingnya, Pfizer dan Johnson & Johnson. - AFP

 

CG Sponsors




Top
Log in Register