Sanggupkah anda memboikot tiga produk utama u.s starbucks, coca-cola & colgate ?

CG Sponsors




Sanggupkah Anda Memboikot 3 Produk Utama U.S Starbuck, Coca-cola & Colgate ?


  • Total voters
    0
  • Poll closed .

rakyat_jelata

Active+ Member
Joined
Dec 8, 2008
Messages
3,387
Reaction score
131
Points
38
kepada warga CG,
sepertimana yang kita sedia maklum,
Amerika Syarikat telah menyokong sekutunya Israel menyerang rakyat Palestin di Gaza tanpa menghiraukan gesaan dunia untuk
menghentikannya.

oleh yang demikian, apa kata kita memboikot 3 produk utamanya
Starbuck, Coca-cola & colgate.

aku dah mula boikot barangan dia orang seminggu yang lalu.

Anda bagaimana ?

Jangan Lupa Poll Pendirian Anda...


Listkan Juga barangan US & Israel yang harus kita boikot bersama...



:(scam:(scam:(scam
 
Last edited:
Sponsored Post

rakyat_jelata

Active+ Member
Joined
Dec 8, 2008
Messages
3,387
Reaction score
131
Points
38
Boikot produk luar, bantu ekonomi tempatan
Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID

MELAKA 11 Jan. - Masyarakat di negeri ini perlu mengubah gaya hidup mereka dengan mengutamakan barangan tempatan dan tidak lagi membeli produk import dalam usaha merancakkan ekonomi negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna negeri, R. Perumal berkata, langkah itu penting dalam memastikan ekonomi tempatan tidak terjejas ekoran daripada keadaan ekonomi dunia yang semakin meruncing.

"Ia juga bertepatan dengan isu semasa apabila rakyat memboikot produk import dari Amerika Syarikat (AS) dan Israel sebagai tanda protes terhadap kekejaman rejim tersebut.

"Jadi, sekarang kita sudah mempunyai sebab yang lebih kukuh untuk menyokong produk tempatan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, beliau juga memuji langkah pelbagai badan kerajaan termasuk bukan kerajaan yang bertindak memboikot produk negara-negara luar lain yang bersekutu dengan Israel dan AS.

"Selain mendermakan wang ringgit, menggunakan produk tempatan juga merupakan satu cara untuk menunjukkan tanda prihatin dan simpati kita kepada rakyat Palestin.

"Malah di Melaka sahaja, kita ada mengeluarkan pelbagai jenis produk makanan dan tidak perlu lagi kita berkunjung ke restoran makanan segera," katanya.

Selain itu, tambah beliau, kempen membeli produk tempatan yang akan dilancarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 16 Januari ini juga merupakan satu tindakan yang tepat.

"Pengguna tidak perlu terlalu membanggakan kualiti yang diimport kerana barangan tempatan sekarang juga kebanyakannya sudah setanding dengan negara luar dan harganya jauh lebih murah," katanya.
 
Last edited:

xzoss

Active Member
Joined
Aug 28, 2008
Messages
1,218
Reaction score
35
Points
30
Akupun tgh memboikot produk2 US ni... Starbuck ke.. Coke ke.. Buah Epal ke... asal ada tulis US jek kat produk tu, sure aku tak belinya...
 

rakyat_jelata

Active+ Member
Joined
Dec 8, 2008
Messages
3,387
Reaction score
131
Points
38
UMNO Jasin edar 10,000 risalah boikot produk Amerika

MELAKA 11 Jan. - UMNO Jasin akan mengedarkan lebih 10,000 risalah memboikot produk Amerika Syarikat (AS) di sekitar Pekan Jasin Selasa ini, bagi mengajak masyarakat di kawasan itu untuk turut bersama menjayakan kempen boikot produk AS sebagai tanda menentang kekejaman rejim Israel ke atas rakyat Palestin.

Pengerusi Hal Ehwal Pengguna UMNO Jasin, Amir Hamzah Ab. Aziz berkata, risalah tersebut selain mengandungi lakaran kekejaman rejim Israel ke atas penduduk Palestin, ia turut menyenaraikan produk keluaran AS yang perlu diboikot seperti Coke dan Starbuck.

Menurutnya, usaha tersebut diambil sebagai tanda bantahan masyarakat terhadap kekejaman dan penganiayaan yang dilakukan oleh rejim Israel yang merupakan rakan sekutu AS terhadap penduduk Palestin di Gaza sejak dua minggu lalu.

''Sebagai permulaan, kita akan edarkan risalah memboikot produk AS di seluruh daerah Jasin dan mengajak seberapa ramai masyarakat terutama golongan peniaga untuk turut sama menjayakan kempen ini di premis mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, melalui program tersebut juga, pihaknya akan berkunjung ke semua premis perniagaan di Pekan Jasin bagi mengedar dan memasang risalah berkenaan.

''Kita amat berharap kerjasama dari semua peniaga di Pekan Jasin untuk sama-sama memasang atau menggantung risalah memboikot produk AS ini sebagai bukti mereka juga prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk Palestin.

''Ini sebagai bukti bahawa kita menentang penganiayaan dan sifat tidak berperikemanusiaan rejim Israel dan rakan sekutunya AS kerana menindas penduduk Palestin,'' katanya.

Katanya, tindakan memboikot produk AS perlu dilaksanakan secara besar-besaran dan menyeluruh memandangkan negara tersebut secara terang-terangan membantu dan menyokong tindakan rejim Israel menyerang Palestin.

Ujarnya, UMNO Jasin akan menggerakkan kempen yang sama di seluruh negeri melalui kerjasama dan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) lain.

Oleh itu, beliau meminta mana-mana agensi atau NGO yang berhasrat untuk bergabung melaksanakan kempen tersebut agar menghubungi sekretariat UMNO Jasin di Ibu Pejabat UMNO negeri di Hang Tuah Mall.
 

bellaluna

Legendary Member
Joined
Jun 12, 2008
Messages
11,891
Reaction score
2
Points
115
x kempunan pon aku kalo x minom coke x lpk starbucks n aku gune obat gigi najwa ekstrak kayu sugi. :)cgrock
 

rockstar

Active+ Member
Joined
Jan 7, 2007
Messages
4,829
Reaction score
33
Points
30
huhuhu aku dlm proses boikot...daiper anak aku pn nk tuka pki brand draipers laks....huggies label israel jgk...nestle?...sape kompom?...huhuhu bnyk btol brg israel nih...tp boikot tetap boikot....:(scam:(scam:(scam
 

profesor

Active+ Member
Joined
May 7, 2007
Messages
3,446
Reaction score
265
Points
46
boikot dulu kemudian baru fikir, kalo fikir dulu baru nak boikot.. alamat cuma tinggal slogan jer..
 

zeroxlegend

Active Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
1,548
Reaction score
0
Points
20
barang2 ni wujud ke tak wujud ke tak mempengaruhi pun kehidupan manusia.
memandangkan membeli produk2 ni menyumbang kemusnahan, so, kita tak payahlah beli.....susah pe...kn?
 

building

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Apr 2, 2007
Messages
9,831
Reaction score
57
Points
70
aku dah lama dah xminum coke de arr sebulan kot. Dah tu bab COLGATE lak, stok masih de nak wat camne kena abiskan cuz dah beli malas arr nak membazir.. STARBUCK... xpenah pun jejak kaki sana
 
Sponsored Post
Top
Log in Register