BTC USD 59,517.5 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sanggup jual Hotwheels, koleksi peribadi demi saham akhirat

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,910
Top Poster #7
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,910
Reaction score
6,292
Points
881
Awards
1
Sanggup jual Hotwheels, koleksi peribadi demi saham akhirat

Oleh Redzuan Muharam
A view of the sea
EKMARL Che Det sanggup menjual koleksi HotWheels dan kasut kesayangannya demi berkongsi rezeki dalam Ramadan. FOTO Ihsan Eky Ekmal Che Det

Kuala Lumpur: Lain orang, lain caranya bersedekah dan begitu juga dengan Eky Ekmarl Che Det yang sanggup menjual barangan peribadi dan koleksi mainan seperti Hotwheels kesayangannya untuk berkongsi rezeki dalam Ramadan ini.

Eky Ekmarl, 44, berkata, hasil jualan itu digunakan untuk membeli kain pelikat, sejadah dan al-Quran yang dijadikan kit solat untuk disedekahkan kepada surau juga masjid.

Menurutnya, kit solat itu diagihkan di surau serta masjid di lapan negeri seluruh negara termasuk Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu dan Kedah serta masjid di Perak, Kelantan, serta Kuala Lumpur.

"Bulan puasa ini, orang lain meluangkan diri dengan baca al-Quran dan jujurnya saya tak pandai sangat membaca al-Quran kerana sedang belajar.

"Jadi, saya ambil inisiatif tunggang motosikal dan agihkan kit solat dengan harapan ia dapat digunakan imam juga jemaah surau serta masjid.

"Ini tahun kedua saya agihkan kit solat dan ia adalah kesinambungan usaha yang pertama pada 2022," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Eky Ekmarl, dia menjual barangan peribadi dan koleksi mainan yang ada kerana enggan membebankan sesiapa untuk merealisasikan hasratnya.

"Saya tak suka meminta-minta untuk sumbangan jadi nekad jual koleksi mainan serta Hotwheels yang ada di rumah.

"Selebihnya saya jual koleksi kasut yang tak digunakan kerana simpan banyak barang di rumah tanpa gunakan pun berdosa dan enggan disoal nanti.

"Tapi ada juga orang nak sedekah duit dan al-Quran kerana niat untuk infaq.

"Usaha ini tidak terhenti di sini kerana saya turut gerakkan pada bulan selain Ramadan menerusi bantuan untuk orang kurang berkemampuan, mangsa bencana dan lain-lain yang memerlukan ," katanya yang aktif di TikTok menerusi nama CEO Rakyat.

Disiarkan pada: April 2, 2024 @ 12:11am

 
Back
Top
Log in Register