- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
LANGKAWI: “Pada mulanya perasaan saya gementar dan takut, tetapi apabila sudah lama dalam air, timbul pula rasa sejuk dan seronok seperti dalam buaian.”
Begitu kata pengantin perempuan, Mashitoh Ahmad Shahbudin, 24, selepas selesai bersanding dalam air bersama suaminya, Azman Md Isa, 26, di Underwater World Langkawi (UWL), di sini, semalam.
Acara persandingan itu sinonim dengan tugas Mashitoh dan Azman sebagai kakitangan di pusat pelancongan itu yang turut diserikan dengan majlis kenduri ala kampung dan persembahan pencak silat.
Mashitoh berkata, idea mengadakan majlis persandingan itu dicetuskan pihak pengurusan UWL kerana mahu memeriahkan majlis, selain melangsungkan persandingan dalam suasana unik.
“Mengikut perancangan awal, hanya Azman akan ada dalam air dengan pakaian pengantin, tetapi selepas perbincangan akhir dilakukan, saya turut diminta turun ke dalam tangki dan bersanding atas pelamin khas.
“Ia meninggalkan kenangan manis kepada saya dan suami,” katanya yang berkhidmat di UWL sejak tiga tahun lalu sebagai penjual tiket.
Azman berkata, dia dan isterinya turut memilih pakaian lengkap pengantin berwarna biru ketika bersanding dalam air bagi menyambutnya secara tradisional.
“Walaupun dibuat di dalam air, kami tetap memakai pakaian pengantin. Saya gembira kerana persandingan ini bukan saja menyeronokkan, malah begitu unik,” katanya yang bekerja sebagai kurator di pusat pelancongan itu.
Kedua-dua pengantin masuk ke dalam tangki khas yang turut dihuni ikan yu kira-kira jam 2.30 petang dengan diiringi tepukan gemuruh lebih 1,000 pengunjung dan tetamu jemputan serta ahli keluarga kedua-dua pengantin.
Hadir sama menyaksikan persandingan bersejarah itu ialah Timbalan Pengurus Besar UWL, Azmi Mohamed Milatu.
Turut diraikan pada majlis itu ialah pasangan pengantin, Faizal Hisyam Hussin, 26, dan isterinya, Nur Hamzani Hamzah, 22, serta Mas Nizam Abu Hassan, 29, dan isterinya, Dr Arfah Al-Hana A Kassim, 28.
Bagaimanapun, mereka hanya bersanding cara biasa pada majlis mulai jam 12 tengah hari.
Orang Malaysia pun dah mula tiru perangai pelik-pelik orang putih. Nasib baik tak kena makan dengan ikan yu tu...kalau tak padan muka you...
)