Samy Vellu, Meeriam Dah Kahwin Secara Adat Pada 1981 - Peguam

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
11,615
Reaction score
2,279
Points
236
12.12.2019 - Kuala Lumpur, Mahkamah Tinggi di Ipoh hari ini menetapkan bulan depan untuk mendengar permohonan perintah interim seorang wanita yang mendakwa isteri kepada bekas Presiden MIC, S Samy Vellu.

Meeriam Rosaline Edward Paul, 59, memfailkan permohonan interim di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Mac lalu bagi mendapatkan akses tanpa syarat ke atas Samy Vellu selain memohon mahkamah mengeluarkan perintah bayaran nafkah RM25,000 kepadanya setiap bulan.

Peguam RSN Rayer dan Ramesh Sivakumar yang mewakili Meeriam memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Hashim Hamzah.

Menurut Rayer, hakim menetapkan 17 Jan depan kerana prosiding saman oleh S Vell Paari terhadap ayahnya yang juga bekas menteri kerja raya akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Dis ini.

Pada 2 Dis lalu, Vell Paari memfailkan saman terhadap bapanya untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya siasatan dilakukan bagi menentukan sama ada bekas presiden MIC itu mengalami kecelaruan mental dan tidak berupaya untuk menguruskan diri serta hal ehwalnya.

Sementara itu, Ramesh berkata Meeriam dan Samy Vellu telah berkahwin secara adat di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 1981.

Katanya perkahwinan itu adalah sah mengikut undang-undang kerana ia berlangsung sebelum tahun 1982 yang mewajibkan semua perkahwinan bagi bukan Islam didaftarkan.

Dalam pada itu, Meeriam berkata beliau menuntut bayaran nafkah RM25,000 setiap bulan untuk keperluan diri selain perlu membiayai bayaran gaji pembantu rumah serta kos penyelenggaraan kediaman yang dihadiahkan Samy Vellu kepadanya.

Beliau juga memaklumkan kali terakhir berjumpa dengan Samy Vellu adalah enam bulan lepas di Kuala Lumpur dan mendakwa bekas presiden MIC tersebut berada dalam keadaan baik termasuk dari segi mental.

"Saya berjumpa dengannya kira-kira sejam dan dia menasihati saya supaya jangan risau, jangan datang ke Kuala Lumpur, dia (Samy Vellu) yang akan datang ke Ipoh," katanya.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/503379
 


Meeriam Rosaline (kiri) memfailkan permohonan untuk menjadi pihak ketiga atau pencelah pada 17 Disember lalu. - Arkib NSTP

18 Februari permohonan 'isteri kedua' Samy Vellu jadi pencelah


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 18 Februari ini bagi mendengar permohonan seorang wanita yang mendakwa isteri kedua Tun S Samy Vellu, untuk menjadi pencelah dalam saman difailkan oleh Datuk Seri S Vell Paari terhadap bapanya.

Peguam RSN Rayer yang mewakili Meeriam Rosaline Edward Paul ketika ditemui media, berkata sekiranya pada tarikh itu permohonan anak guamnya untuk menjadi pencelah ditolak, mahkamah akan menjalankan siasatan bagi menentukan sama ada Samy Vellu berupaya menguruskan hal ehwal dirinya.

“Sekiranya permohonan kami dibenarkan, mahkamah akan memberikan arahan selanjutnya,” katanya selepas pengurusan kes dalam kamar hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak.

Meeriam Rosaline memfailkan permohonan untuk menjadi pihak ketiga atau pencelah pada 17 Disember lalu.

Pada 2 Disember lalu, Vell Paari, 57, selaku plaintif memfailkan saman terhadap Samy Vellu dengan menamakan bekas Menteri Kerja Raya itu sebagai defendan tunggal.

Menerusi saman itu, Vell Paari memohon perintah tarikh, masa dan tempat ditetapkan untuk siasatan dilakukan mengikut Seksyen 52 Akta Kesihatan Mental 2001 terhadap bapanya bagi mengetahui jangka masa bapanya mengalami kecelaruan mental.

Beliau juga memohon perintah mahkamah untuk mengetahui sama ada bapanya berupaya memberi arahan kepada peguam untuk bertindak bagi pihaknya (Samy Vellu) selain menentukan jenis harta yang dimiliki oleh bapanya.

Vell Paari yang juga bekas Setiausaha Agung MIC, turut memohon Consultant Neuropsychiatrist dan Ketua Neurobehavioral Medicine Services dari Penang Advensitive Hospital, Dr Prem Kumar Chandrasekaran, 52, atau pakar kesihatan mental lain diberi akses untuk memeriksa bapanya secara peribadi dan menyediakan laporan berhubung keupayaan mental defendan.

Rosaline yang mendakwa sebagai isteri kedua Samy Vellu, memfailkan permohonan interim di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Mac tahun lalu bagi mendapatkan akses tanpa syarat ke atas bekas Presiden MIC itu, selain memohon mahkamah mengeluarkan perintah bayaran nafkah RM25,000 kepadanya setiap bulan.





Kes kesihatan mental Samy Vellu: Wanita dakwa jadi isteri mahu mencelah

Diterbitkan Hari ini 6:48 petang

Seorang wanita yang mendakwa sebagai isteri bekas presiden MIC S Samy Vellu memohon untuk menjadi pihak dalam kes saman S Vell Paari supaya keadaan mental Samy Vellu ditentukan oleh mahkamah.

Ketika ditemui pemberita, peguam RSN Rayer yang mewakili Meeriam Rosaline Edward Paul, 59, berkata permohonan untuk menjadi pencelah itu difailkan pada Jumaat lepas dan salinan dokumen yang dimeterai telah diserahkan masing-masing kepada peguam Vell Paari serta Samy Vellu semalam.

"Prosiding inkuiri yang dimulakan oleh Vell Paari untuk menentukan kesihatan mental bapanya telah ditangguhkan. Ini berikutan permohonan oleh anak guam saya untuk dimasukkan sebagai pihak dalam saman itu," katanya.

Rayer berkata hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Bache membenarkan penangguhan sementara menunggu permohonan anak guamnya untuk menjadi pencelah dalam saman berkenaan.

"Kami mengatakan bahawa beliau mempunyai hak untuk mencelah kerana beliau menerima kesan daripada prosiding itu, sebab itulah beliau perlu mencelah. Pendirian kami adalah keadaan mental Tun (Samy Vellu) adalah baik dan sihat," katanya ketika ditemui pemberita selepas bertemu hakim di dalam kamar semasa pengurusan kes hari ini.

Beliau berkata mahkamah menetapkan 7 Jan tahun depan bagi pengurusan kes.

Meeriam Rosaline, yang hadir di mahkamah hari ini memberitahu pemberita, beliau datang untuk mendapatkan keadilan.

Pada 2 Dis, Vell Paari memfailkan saman itu, memohon perintah mahkamah supaya siasatan dilakukan bagi menentukan tahap kesihatan mental bapanya, dan sama ada bekas presiden MIC dan menteri kerja raya itu berupaya untuk menguruskan diri serta hal ehwalnya.

Dalam saman itu, Vell Paari memohon perintah bahawa suatu tarikh, masa dan tempat ditetapkan untuk siasatan diadakan mengikut Seksyen 52 Akta Kesihatan Mental 2001 ke atas bapanya, bagi mengetahui jangka masa bapanya mengalami kecelaruan mental.

Beliau juga memohon perintah mahkamah untuk mengetahui sama ada bapanya berupaya memberi arahan kepada peguam supaya bertindak bagi pihaknya (Samy Vellu) selain untuk menentukan jenis harta yang dimiliki oleh bapanya.

Bekas setiausaha agung MIC itu turut memohon supaya Consultant Neuropsychiatrist dan Ketua Neurobehavioral Medicine Services dari Penang Adventist Hospital, Dr Prem Kumar Chandrasekaran, 52, atau pakar kesihatan mental lain diberikan akses untuk memeriksa bapanya secara peribadi dan menyediakan laporan tentang keupayaan mental defendan.

Katanya, jika defendan didapati mengalami kecelaruan mental dan tidak berupaya menguruskan dirinya serta hal ehwalnya akibat masalah itu, beliau memohon supaya beberapa individu termasuk dirinya (plaintif) dan peguam C Vijaya Kumar dilantik oleh mahkamah sebagai ahli jawatankuasa untuk menjaga dan menguruskan hal ehwal estet defendan.

Sekiranya mahkamah membenarkan kesemua individu itu dilantik sebagai ahli jawatankuasa, plaintif turut memohon supaya mahkamah menentukan kuasa ahli jawatankuasa tersebut, membuat peruntukan bagi kos dan perbelanjaan jawatankuasa serta membuat peruntukan bagi saraan jawatankuasa tersebut.

Vell Paari juga memohon perintah supaya beliau dilantik sebagai wakil litigasi defendan dalam mana-mana prosiding undang-undang membabitkan bapanya, harta atau kepentingannya.

Sementara itu, Vell Paari menerusi afidavit sokongannya berkata ibunya, R Indrani, 79, dan adik perempuannya, S Mangayerkarasi, 56, akan memberi sokongan terhadap saman itu dan akan mengesahkan perkara tersebut dalam afidavit sokongan mereka.

Plaintif berkata konsultan psikiatri dari Victoria, Australia, Prof David Ames telah mengenal pasti bapanya mengalami demensia pada 2017 dan telah diberikan ubat untuk merawat kesihatannya.

Katanya konsultan psikiatri dari Pantai Hospital, Dr Bharathi Vengadasalam turut menyediakan laporan bahawa Samy Vellu mengalami Major Neurocognitive Disorder dan tidak berupaya menguruskan kewangan dan estet, menguruskan ubat serta membuat keputusan.

Beliau berkata hasil penemuan kedua-dua konsultan itu mendapati bapanya mengalami kecelaruan mental dan tidak memiliki keupayaan fizikal dan mental menguruskan dirinya dan hal ehwalnya.

Vell Paari berkata sejak 2017 beliau telah membantu bapanya untuk menguruskan hal ehwal dan estetnya dan telah menggunakan dananya sendiri bagi tujuan itu berikutan bapanya tidak dapat mengakses dana dalam akaun perbankan atas faktor kesihatan.

Pada 12 Dis, Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan 17 Jan tahun depan untuk mendengar permohonan interim daripada Meeriam Rosaline, bagi mendapatkan akses tanpa syarat ke atas Samy Vellu selain memohon mahkamah mengeluarkan perintah bayaran nafkah RM25,000 kepadanya setiap bulan.

-Bernama


Sinar Harian
10 min ·
Hakim Datuk Ahmad Bache menangguhkan permohonan Vell Paari pada satu tarikh lain bagi memudahkan permohonan Meeriam Rosaline Edward Paul didengar.



Mahkamah tangguh saman periksa tahap mental Samy Vellu

December 17, 2019 1:10 PM


E Meeriam Rosaline (tengah, baju putih) bersama peguam RSN Rayer (kanan) di luar Mahkamah Tinggi, hari ini.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan tuntutan mahkamah yang difailkan Vell Paari terhadap bapanya, S Samy Vellu bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan bagi menentukan tahap kesihatan mental bekas presiden MIC itu susulan permohonan seorang wanita yang mendakwa sebagai temannya dimasukkan sebagai satu pihak bagi saman itu.

Peguam E Meeriam Rosaline, RSN Rayer, memberitahu pemberita bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Bache membenarkan penangguhan sementara permohonannya dimasukkan dalam saman itu.

“Kami mengatakan dia mempunyai hak untuk campur tangan kerana kami mempunyai satu lagi kes di Mahkamah Tinggi Ipoh di mana Tun (Samy Vellu) dan Vell Paari dinamakan sebagai defendan.

“Kami terkesan dengan prosiding di sini, sebab itulah dia harus campur tangan dalam prosiding ini,” katanya.


Mahkamah menetapkan 7 Jan tahun depan untuk sebutan kes.

Meeriam, yang hadir di mahkamah hari ini, memfailkan permohonan untuk dimasukkan dalam saman Jumaat lalu.

Dia memberitahu pemberita bahawa dia datang “untuk menemui suami saya dan mencari keadilan”.

Pada Ogos, Meeriam memohon perisytiharan daripada mahkamah untuk diiktiraf dan diterima sebagai ahli keluarga Samy.

Dia juga mahu menghubungi dan melawat Samy Vellu tanpa syarat daripada ahli keluarga lain, termasuk Vell Paari.

Katanya, Vell Paari mengambil alih kewangan Samy Vellu sejak 2017 dan langsung tidak membayar nafkah kepadanya.

Vell Paari memfailkan tuntutan mahkamah bulan ini untuk mendapatkan perisytiharan dari Mahkamah Tinggi bahawa bekas presiden MIC itu mempunyai masalah mental untuk mempertahankan diri berhubung 2 tindakan undang-undang terhadapnya.

Beliau berkata Samy didiagnosis menghidap demensia akibat penyakit Alzheimer 2 tahun lalu.


ni asal cerita

Anak Samy Vellu mohon mahkamah isytihar bapanya alami masalah mental
By
admin
-
9 December 2019

MGF03112019_RUMAH-TERBUKA-MIC-DEEPAVALI_04

Bekas Presiden MIC, Tun Samy Vellu ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali MIC di Dewan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 03 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Vell Paari anak kepada Tun S. Samy Vellu sedang memohon perisytiharan Mahkaman Tinggi untuk mengesahkan bapanya mengalami masalah mental.

Dalam permohonan itu, Vell Paari berkata, bapanya yang juga bekas Presiden MIC didiagnos mengidap dimensia (nyanyuk) akibat penyakit angin ahmar dua tahun lalu.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan bekas menteri kerja raya itu berhadapan dengan masalah untuk mempertahankan diri berhubung dua tindakan undang-undang terhadapnya.

“Bagaimanapun, saya telah memfailkan permohonan sehingga sekarang. Tindakan yang difailkan terhadap bapa saya harus dipertahankan dan saya perlu diberi kuasa dengan betul oleh mahkamah. .

“Kerana dia mengalami demensia, ingatan ayah saya lemah dan dia ada masalah untuk mengingat kejadian tertentu.

“Kesannya, dia perlu dibantu mengurus hal peribadi dan kewangannya,” katanya dalam kenyataan dipetik dari portal FMT sambil menambah beliau diberi kuasa untuk berbuat demikian selepas bapanya didiagnos.

Beliau juga berkata keadaan bapanya tertakluk di bawah Akta Kesihatan Mental 2001.

Vell Paari berkata, beliau dan ayahnya “tidak mempunyai kesukaran atau perbezaan dalam hubungan kami”.

Katanya, ibu dan kakaknya menyedari tentang permohonan itu dan menyokong langkah tersebut. – MalaysiaGazette



ada satu landmark kes berkenaan kawin ikut adat ni


All customary or cultural marriages and other marriages conducted according to Chinese or Hindu rites before 1st March 1982 are legal marriages and are valid.


Customary marriages after March 1982 not valid

Friday, 30 Jan 2004
12:00 AM MYT

PUTRAJAYA: Customary marriages after March 1982, which were not registered, are not recognised under the law, ruled the Federal Court.
The landmark decision yesterday reverses the verdict of the Court of Appeal, which had earlier affirmed a High Court ruling recognising the customary marriage between Lau Yen Yoo and Leong Wen Shing although it was not registered.

The Federal Court’s judgment affects non-Muslim customary marriages solemnised after March 1, 1982, when the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 came into effect. The act requires all marriages to be registered with the Registry Of Marriages.
Justices Pajan Singh Gill, Rahmah Hussain and Court of Appeal judge Justice Richard Malanjum yesterday unanimously overturned the decisions of the Court of Appeal and High Court, deeming the customary marriage of Lau, who is now deceased and Leong, a businesswoman, on Nov 19, 1995, as valid.

Leong had sought a High Court declaration against Lau’s mother, Chai Siew Yin, who argued that the couple’s marriage was void since it was not registered in accordance with the Act. This came about after Leong sought to claim Lau’s properties after his death.

Justice Pajan Singh said that Section 34 of the Act should be read in harmony with the other provisions of the Act, which encapsulate the overall intention to “provide for monogamous marriages and the solemnisation and registration of such marriages.”

“We are not in agreement with the reasoning of the judgements both in the High Court and the Court of Appeal,” said Justice Pajan Singh Gill in his oral decision, adding that the grounds of judgment would be handed down later.

Chai, who was acting on behalf of her son’s estate, had appealed against the decision of the Court of Appeal on June 21, 2000, affirming the High Court’s decision on Sept 22, 1999, that the marriage of Lau and Leong was valid.

The Court of Appeal, in dismissing Chai’s appeal, had ruled that “it will create an unjust result to nullify this marriage.” The court said the registration was only a formality and the court did not wish to create a community of sinners and render illegitimate children from unregistered customary marriages.

The High Court had on Nov 25, 1999, ruled that the Leong marriage, which was conducted according to Chinese rites, was valid even if it was not registered at the Registry of Marriages.
The High Court had said that the act of printing and sending out wedding invitations, inviting friends and relatives to witness the wedding, the tea drinking ceremony and the wedding dinner, clearly reflected the act of marriage having taken place.





Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
32,225
Reaction score
1,385
Points
206
Kalau berkahwin secara adat tu macam mana?
Kira ada dokumen ke takde?
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,388
Reaction score
437
Points
81
mak aih nafkah rm25k sebulan.

elok bagi rm1 juta je terus, lump sum. samy vellu kan kaya.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
50,768
Reaction score
6,410
Points
1,746
Kalau berkahwin secara adat tu macam mana?
Kira ada dokumen ke takde?
tn kopirait, dulu dulu ramai non muslim kawin ikut adat, atau agama atau kebiasaan, budaya
mcm non muslim atau non malay kawin ikut adat, agama atau kebiasaan, budaya,
contohnya, mcm pasangan beragama Hindu kawin kat temple dengan adat istiadatnya

mana mana perkahwinan ikut adat, atau agama atau kebiasaan, budaya sebelum 1/3/1982 adalah valid dan legal.
jadi lepas 1982, diorang kena register kan perkahwinan tu kat JPN

  1. Borang JPN.KC06 perlu dilengkapkan.
  2. MyKad.
  3. Jika perkahwinan diupacarakan di luar Malaysia, bukti dokumen dan dokumen perjalanan perlu dikemukakan iaitu pasport ASAL Warganegara Malaysia dan warganegara asing serta salinan-salinan fotostat paspot yang mengandungi maklumat diri, tarikh ketibaan terkini ke Malaysia, dan maklumat tarikh masuk serta keluar dari negara berkenaan semasa perkahwinan itu didaftarkan.
  4. Satu (1) keping gambar warna berukuran pasport bagi setiap pemohon.
  5. Daftar Perkahwinan ASAL dan salinan fotostat
  6. Daftar Kelahiran ASAL anak-anak dan salinan fotostat (jika ada).
  7. Kad jemputan perkahwinan (jika ada).
  8. Gambar perkahwinan mengikut undang-undang, adat, agama atau kelaziman (jika ada)
  9. Semua dokumen, jika berkaitan perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris oleh penterjemah bertauliah dan disertakan bersama permohonan.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
50,768
Reaction score
6,410
Points
1,746
ada satu landmark kes berkenaan kawin ikut adat ni


All customary or cultural marriages and other marriages conducted according to Chinese or Hindu rites before 1st March 1982 are legal marriages and are valid.


Customary marriages after March 1982 not valid

Friday, 30 Jan 2004
12:00 AM MYT

PUTRAJAYA: Customary marriages after March 1982, which were not registered, are not recognised under the law, ruled the Federal Court.
The landmark decision yesterday reverses the verdict of the Court of Appeal, which had earlier affirmed a High Court ruling recognising the customary marriage between Lau Yen Yoo and Leong Wen Shing although it was not registered.

The Federal Court’s judgment affects non-Muslim customary marriages solemnised after March 1, 1982, when the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 came into effect. The act requires all marriages to be registered with the Registry Of Marriages.
Justices Pajan Singh Gill, Rahmah Hussain and Court of Appeal judge Justice Richard Malanjum yesterday unanimously overturned the decisions of the Court of Appeal and High Court, deeming the customary marriage of Lau, who is now deceased and Leong, a businesswoman, on Nov 19, 1995, as valid.

Leong had sought a High Court declaration against Lau’s mother, Chai Siew Yin, who argued that the couple’s marriage was void since it was not registered in accordance with the Act. This came about after Leong sought to claim Lau’s properties after his death.

Justice Pajan Singh said that Section 34 of the Act should be read in harmony with the other provisions of the Act, which encapsulate the overall intention to “provide for monogamous marriages and the solemnisation and registration of such marriages.”

“We are not in agreement with the reasoning of the judgements both in the High Court and the Court of Appeal,” said Justice Pajan Singh Gill in his oral decision, adding that the grounds of judgment would be handed down later.

Chai, who was acting on behalf of her son’s estate, had appealed against the decision of the Court of Appeal on June 21, 2000, affirming the High Court’s decision on Sept 22, 1999, that the marriage of Lau and Leong was valid.

The Court of Appeal, in dismissing Chai’s appeal, had ruled that “it will create an unjust result to nullify this marriage.” The court said the registration was only a formality and the court did not wish to create a community of sinners and render illegitimate children from unregistered customary marriages.

The High Court had on Nov 25, 1999, ruled that the Leong marriage, which was conducted according to Chinese rites, was valid even if it was not registered at the Registry of Marriages.
The High Court had said that the act of printing and sending out wedding invitations, inviting friends and relatives to witness the wedding, the tea drinking ceremony and the wedding dinner, clearly reflected the act of marriage having taken place.




 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
50,768
Reaction score
6,410
Points
1,746
isu perkahwinan Meeriam dengan Samy Vellu ni ada kaitan dengan permohonan anak samy vellu di Mahkamah utk isytiharkan samy vellu ni mental,
ni adalah bertujuan utk membenarkan org yg diauthorized/diberikuasa oleh Mahkamah utk menjaga Samy Vellu dan hartanya )tertakluk jika Mahkamah mengisytiharkan samy vellu ni mental dan unfit utk jaga hal dirinya dan hartanya)
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
50,768
Reaction score
6,410
Points
1,746
biasanya klu ada permohonan sorang pasangan kat mahkamah, memohon pengisytiharan yg perkahwinan dia valid dan legal,
ni adalah kerana pasangan tersebut mahukan aset pasangan dia tu, mahukan aset pasangan dia diberikan pada dia sebagai pasangan yg berhak kepada aset tersebut
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
50,768
Reaction score
6,410
Points
1,746
ni asal cerita

Anak Samy Vellu mohon mahkamah isytihar bapanya alami masalah mental
By
admin
-
9 December 2019

MGF03112019_RUMAH-TERBUKA-MIC-DEEPAVALI_04

Bekas Presiden MIC, Tun Samy Vellu ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali MIC di Dewan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 03 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Vell Paari anak kepada Tun S. Samy Vellu sedang memohon perisytiharan Mahkaman Tinggi untuk mengesahkan bapanya mengalami masalah mental.

Dalam permohonan itu, Vell Paari berkata, bapanya yang juga bekas Presiden MIC didiagnos mengidap dimensia (nyanyuk) akibat penyakit angin ahmar dua tahun lalu.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan bekas menteri kerja raya itu berhadapan dengan masalah untuk mempertahankan diri berhubung dua tindakan undang-undang terhadapnya.

“Bagaimanapun, saya telah memfailkan permohonan sehingga sekarang. Tindakan yang difailkan terhadap bapa saya harus dipertahankan dan saya perlu diberi kuasa dengan betul oleh mahkamah. .

“Kerana dia mengalami demensia, ingatan ayah saya lemah dan dia ada masalah untuk mengingat kejadian tertentu.

“Kesannya, dia perlu dibantu mengurus hal peribadi dan kewangannya,” katanya dalam kenyataan dipetik dari portal FMT sambil menambah beliau diberi kuasa untuk berbuat demikian selepas bapanya didiagnos.

Beliau juga berkata keadaan bapanya tertakluk di bawah Akta Kesihatan Mental 2001.

Vell Paari berkata, beliau dan ayahnya “tidak mempunyai kesukaran atau perbezaan dalam hubungan kami”.

Katanya, ibu dan kakaknya menyedari tentang permohonan itu dan menyokong langkah tersebut. – MalaysiaGazette


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
50,768
Reaction score
6,410
Points
1,746
kalau sekilas lalu, sekilas pandangan mungkin akan berpendapat bahawa anak samy vellu ni teruk dan kesian bapa dia diperlakukan sebegini
kenapa lah sanggup nak minta Mahkamah isytiharkan ayah dia mental/nyanyuk lak, tak mampu nak jaga diri dan aset dia

namun jika perhati secara mendalam, anak dia sebenarnya nak melindungi ayah dia
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
7,523
Reaction score
324
Points
81
kalau sekilas lalu, sekilas pandangan mungkin akan berpendapat bahawa anak samy vellu ni teruk dan kesian bapa dia diperlakukan sebegini
kenapa lah sanggup nak minta Mahkamah isytiharkan ayah dia mental/nyanyuk lak, tak mampu nak jaga diri dan aset dia

namun jika perhati secara mendalam, anak dia sebenarnya nak melindungi ayah dia
Klau tngk satu sudut lg anak dia tamak nak bolot harta kt dia ngn keluarga dia........tu ja....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register