Samun sebelum pergi sekolah

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136

Salehhudin (tengah) menunjukkan besi digunakan ahli Geng Miswan untuk menyamun mangsa.


BANDA HILIR - Dua pelajar sekolah menengah berusia 13 dan 14 tahun antara yang ditahan setelah dipercayai melakukan kegiatan samun sebelum pergi ke sekolah seawal jam 3 pagi di sekitar daerah ini.

Pelajar lelaki dan perempuan itu yang menyasarkan penghantar surat khabar ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di dua lokasi berasingan, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, kedua-dua mereka antara 11 ahli kumpulan yang ditangkap dalam dua serbuan berasingan di Taman Alai Perdana dan Taman Melaka Raya antara jam 4 petang dan 7 malam.

Menurutnya, kumpulan yang didalangi lelaki berusia 18 tahun dikenali sebagai Miswan itu turut menyasarkan warga emas yang sedang bersenam dan melakukan jenayah dalam tempoh tiga jam.

“Seramai 11 ahli Geng Miswan berusia antara 13 hingga 21 tahun berjaya ditangkap pasukan khas yang ditubuhkan ekoran 16 laporan kejadian samun membabitkan warga emas dan penghantar surat khabar (vendor) diterima.

“Suspek terdiri daripada tujuh lelaki berusia 13 hingga 21 tahun dan empat perempuan berusia antara 14 hingga 17 tahun dicekup di sebuah rumah sewa di Alai serta seorang lelaki di Melaka Raya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di IPD Melaka Tengah yang turut dihadiri Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Deputi Superintendan Gan Chip Pho dan Pegawai Risikan/Operasi, Asisten Superintendan Koh Teck Chew.

Salehhudin berkata, dalam serbuan itu pihaknya merampas tiga motosikal jenis Honda EX5 termasuk dua motosikal yang dilaporkan hilang di Plaza Mahkota dan Telok Mas.

“Dua topi keledar, tujuh telefon bimbit pelbagai jenis dan sebatang besi dipercayai digunakan sebagai senjata ketika melakukan samun turut dirampas dalam serbuan itu.

“Ujian saringan urin yang dilakukan mendapati enam suspek berusia 19 hingga 21 tahun positif dadah jenis methamphetamine malah hasil semakan seorang suspek yang berusia 19 tahun mempunyai rekod lampau berkaitan dadah,” katanya.

Katanya, Geng Miswan dipercayai bergiat aktif dalam jenayah samun sejak awal tahun ini melakukan jenayah seawal jam tiga pagi sebelum matahari terbit di sekitar Banda Hilir, Tengkera, Melaka Tengah dan Malim.

“Penjenayah yang bersenjatakan batang besi ini bertindak agresif dengan menendang motosikal hingga mangsa terjatuh,” katanya.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan reman empat hari sejak 10 April lalu bagi membantu kes yang disiasat di bawah Seksyen 395/379 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dengan senjata dan Seksyen 379A kanun sama atas kesalahan mencuri motosikal



sumber:http://www.sinarharian.com.my/samun-sebelum-pergi-sekolah-1.149561
 
Sponsored Post

coq_kodok

Active Member
Joined
Feb 28, 2013
Messages
1,128
Reaction score
22
Points
25
makkk oiiii....nih kena kasi masuk jel baru tau........kecik2 dh pndai menyamun.....
 

Cik Ain

Active+ Member
Joined
Apr 10, 2013
Messages
4,560
Reaction score
1
Points
25
semakin advance remaja sekarang ni --" macam2 hal
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,194
Reaction score
823
Points
176
Cheh buat malu oghang melaka jer
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,651
Reaction score
21,081
Points
1,671
adeh pg joging pun kena..ak pg joging apa pun xbwk..bwk telur 2biji je..amikla klo nak sangat
 

estacoco

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
7,543
Reaction score
25
Points
70
Kesian abang bawak paper, kena sepak sure terabur paper
 

zahiruddin

Super Active Member
Joined
Mar 13, 2006
Messages
6,135
Reaction score
5
Points
65
budak2 sekarang mmg jahat yg amat la
 

puterakota

Super Active Member
Joined
Mar 2, 2011
Messages
5,365
Reaction score
46
Points
70
tak kira rokok ori ke,elektronik ke..semuanya mjadi punca keruntuhan moral dikalangan remaja2 kita..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register