(News) Samsung SmartThings Di Kemaskini - Jejak Peranti Pintar, Jam Pintar & Fon Telinga

CG Sponsors

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Baru-baru ini Samsung memperkenalkan ciri mengesan kedudukan telefon pintar yang hilang tanpa menggunakan rangkaian selular. Tetapi semalam Samsung SmartThings telah dikemaskini dengan ciri baharu SmartThings Find yang membolehkan pelbagai peranti Samsung yang dimiliki pengguna dijejak lokasinya.

Peranti yang boleh dijejak ialah telefon pintar, tablet, jam tangan pintar dan juga fon telinga. Tetapi setakat ini dari penggunaan sendiri SmartThings Find kami menyedari fon telinga yang disokong hanyalah Galaxy Buds Live .

Pengguna boleh menjejak putik telinga kanan dan kiri secara berasingan. Alamat terakhir ia dikesan akan dipaparkan terus dari dalam aplikasi. Peranti-peranti hanya boleh dijejak sekiranya ia masih aktif pada waktu ini. Bagi fon telinga pula aplikasi akan mengingati lokasi terakhir ia digunakan.

Ini satu lagi sistem penjejakan dari Samsung yang sebelum ini menggunakan Find My Mobile tetapi ia hanya menyokong telefon pintar sahaja. Menarik sekali Find My Mobile kini turut boleh digunakan untuk menjejak peranti Samsung lain yang dimiliki.

Samsung-SmartThings-Find-B-jejak-950x679.jpg
 
Last edited:
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
SmartThings Find Di Perkenal - Aplikasi Kesann Lokasi Peranti Samsung Yang Hilang

SmartThings Find secara rasminya telah dilancarkan secara kepada pengguna global hari ini. Melaluinya, pengguna boleh menjejak atau mendapatkan kembali lokasi sebarang peranti Galaxy mereka yang hilang, tercicir atau tersalah tempat. Sebenarnya SmartThings Find telah dilancarkan secara percubaan pada Ogos lalu dan telah kami laporkan.

Antara senarai peranti yang boleh dijejak SmartThings Find ialah termasuklah peranti pintar, fon telinga, jam tangan pintar dan juga tablet. Samsung dalam kenyataannya berkata, perkhidmatan ini menggunakan teknologi Bluetooth Low Energy (BLE) dan UWB (Ultra-Wideband), selain dikatakan akan mengeluarkan bunyi deringan yang kuat bagi membantu pengguna mengetahui lokasi peranti dengan lebih mudah. Dengan bantuan tambahan seperti fungsi carian berasaskan AR, ia akan memaparkan grafik lokasi sebenar sekaligus memudahkan lagi proses carian.

Untuk makluman, perkhidmatan ini telah tersedia untuk pengguna global dan ia menyokong peranti Samsung dengan perisian Android 8 dan ke atas. Selain, jam tangan pintar Samsung dengan perisian Tizen 5.5 dan ke atas. Untuk mengakses, pengguna perlu melengkapkan proses pendaftaran ringkas terlebih dahulu dan menekan logo SmartThings yang terletak pada talam notifikasi peranti. Dari segi ciri ia menyerupai sistem Find My yang digunakan oleh Apple untuk kesemua peranti di bawah ekosistem mereka.

Sumber asal https://news.samsung.com/us/samsung...ay-quickly-easily-locate-your-galaxy-devices/
 
Last edited:

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Aplikasi SmartThings Kini Di Kemaskini Dengan Sokongan Integrasi Ke Android Auto

Minggu lepas dilaporkan yang Samsung SmartThings akan diintegrasikan dalam Android Auto. Secara tidak langsung akan memudahkan pengguna dengan inforia Android Auto boleh mengawal peranti berhubung Samsung dari dalam kereta. Bukan itu sahaja, dengan integrasi ini – SmartThings juga kini mesra dengan ekosistem Google Home.

Dengan Samsung yang lebih ke arah pengalaman penggunaan bersepadu atau lebih mendekati dengan Android asli – aplikasi SmartThings kini dikemaskini. Kemaskini terbaru ini mengaktifkan integrasi SmartThings ke dalam Android Auto. Fungsi ini dilihat hadir dalam aplikasi SmartThings versi 1.7.59.23. Ia boleh dimuat turun di Play Store atau secara manual di APK Mirror.

Selepas mengemaskini, aplikasi akan mempunyai tetapan Android Auto. Pengguna kemudian boleh memilih peranti berhubung mana yang ingi diintegrasikan ke dalam ekosistem Google ini. Antaramuka pada Android Auto juga ringkas, ada ikon peranti yang boleh dikawal serta butang tetapan untuk mengubah pemberian notifikasi.

Muat Aplikasi SmartThings Terkini Di Play Store
Muat Turun Aplikasi Android Auto Di Play Store
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,053
Reaction score
12,210
Points
2,376

Maksudnya apps ni boleh di install dekat radio kereta versi android je kan
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Maksudnya apps ni boleh di install dekat radio kereta versi android je kan
ya bro, teknologi SmartThings milik Samsung .. sokokng Android sahaja buat masa ini
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,053
Reaction score
12,210
Points
2,376
ya bro, teknologi SmartThings milik Samsung .. sokokng Android sahaja buat masa ini
1st android hp beli dulu jenama Samsung
Lepas tu dah tak mampu dah beli 😁
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Samsung masih berharga berbanding smartphone Android lain, resale value pun ok ..
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
Barangan Google Nest Kini Menyokong Ekosistem Samsung SmartThings

Disember 2019, Google, Amazon, Apple, Samsung dan banyak lagi syarikat ternama bekerjasama untuk piawaian sambungan peranti berhubung Project Connected Home Over IP (PCHOIP). Kami menjangkakan yang tahun ini, adalah tahun di mana penggunaan peranti berhubung semakin meluas dengan sokongan mesra ekosistem.

Google telah mengesahkan yang Samsung adalah antara rakan kerjasama dalam merealisasikan projek PCHOIP. Barangan peranti berhubung SmartThings kini diintegrasi dalam Android Auto. Baru-baru ini, pengguna sudah boleh mula menggunakannya. Selai itu, Google turut nyatakan yang barangan Google Nest juga akan diintegrasikan dalam SmartThings.

Bagi yang tidak tahu, SmartThings sudah boleh diintegrasi dalam Google Home. Tetapi masih terhad. Terkini, barangan Google Nest seperti loceng rumah pintar, tombol pintu pintar, sistem kamera, termostat dan banyak lagi mula diintegrasikan dalam SmartThings. Pengguna hanya perlu gunakan aplikasi SmartThings terkini dan akaun Google Nest boleh terus diselarikan.

https://i.postimg.cc/sDKHHwtD/Screenshot-3721.jpg/img][/CENTER]

Sumber asal https://www.androidpolice.com/2021/01/18/nest-smartthings-integration-is-now-live-for-users/​
 
Sponsored Post
Top
Log in Register