BTC USD 17,049.1 Gold USD 1,798.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Samsung Odyssey OLED G8 Boleh Di Pratempah Di Malaysia Pada RM7599

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,082
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
39,082
Reaction score
4,923
Points
296
Awards
1
Samsung Odyssey OLED G8 adalah sebuah lagi monitor gaming pintar selepas Samsung Odyssey Ark. Bagi yang berminat, ia boleh dipratempah di Malaysia pada harga RM7,599 dengan pemberian hadiah percuma bernilai RM799 (berupa Soundbar HW-B450). Promosi hadiah percuma ini bagaimanapun terhad untuk sesi pembelian yang dibuat bermula 10 hingga 20 November sahaja.

Samsung-Odyssey-OLED-G8-Boleh-Dipratempah-Di-Malaysia-Pada-RM7599-a-950x422.png.webp


Samsung Odyssey OLED G8 hadir dengan skrin 34″ OLED QHD 175Hz dengan nisbah 21:9. Skrin ini juga melengkung dengan jejari 1800R. Panel melepasi piawaian VESA DisplayHDR 400 True Black Certified, mempunyai masa tindak balas 0.1ms dan AMD FreeSync Premium.

Samsung-Odyssey-OLED-G8-A-950x535.jpg.webp


Menerusi Samsung Gaming Hub, perkhidmatan penstriman Xbox, NVIDIA GeForce NOW, Google Stadia, Utomik dan Amazon Luna boleh diakses. Menerusi sistem operasi Tizen pula aplikasi penstriman YouTube, Netflix, dan Prime Video boleh digunakan seperti sebuah televisyen pintar.

Samsung-Odyssey-OLED-G8-C-950x535.jpg.webp


Pilihan input ialah mikro HDMI 2.1, Mini DP (1.4) dan USB-C. Sistem audio pula mempunyai output kuasa 5W. Pada panel belakang pula terdapat sistem lampu LED CoreSync & Core Lighting+.​
 

CG Sponsors




Top
Log in Register