BTC USD 28,477.0 Gold USD 1,968.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Samsung No.7 jenama global terbaik

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg



SAMSUNG Electronics, syarikat teknologi utama Korea Selatan dan pembuat cip terbesar dunia, meningkat ke tempat ketujuh daripada tangga kelapan pada 2013, dalam laporan tahunan Interbrand Jenama Terbaik Global yang dikeluarkan hari ini.

Nilai jenama Samsung Electronics meningkat 15 peratus kepada US$45.5 bilion pada 2014 daripada US$39.6 bilion pada 2013.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Pemasaran, SP Kim berkata, Samsung terus menunjukkan pertumbuhan besar dalam nilai jenamanya, yang lebih dua kali ganda kadar pertumbuhan purata 7.4 peratus dicapai oleh 100 Jenama Terkemuka Dunia.

Laporan itu mengiktiraf pertumbuhan global nilai jenama Samsung melalui inisiatif pemasaran kreatif dan secara berterusan menjadi peneraju pasaran merentasi banyak kategori produk, termasuk telefon pintar, televisyen, peralatan digital dan peranti memori.

Beliau berkata, Samsung mengekalkan kedudukan nombor satunya dalam pasaran telefon pintar selama dua tahun, dipacu dengan pelancaran produk telefon pintar utamanya termasuk peranti baharu dalam siri Galaxy S dan Note manakala peralatan boleh pakai seperti Samsung Gear dan Samsung Gear VR yang menjadi penjana baharu pertumbuhan.

Bagi pasaran televisyen, Samsung berupaya melanjutkan penguasaan di peringkat global buat tahun kelapan hasil pengenalan TV melengkung pertamanya.

Samsung juga menerajui pasaran premium untuk perkakasan digital menerusi produk baharunya seperti Chef Collection, kata Kim. - Bernama
 
Sponsored Post

luqalief

Super Active Member
Messages
6,277
Joined
Feb 8, 2011
Messages
6,277
Reaction score
31
Points
70
Kalau tak ditegur awal thread ni akan jd thread pertempuran geng apple dan samsung
Lagi lawak geng jename lain macam asus lenovo dan lain2 akan jadi batu api
Last2 bertempur pula geng iOS dengan gabungan geng2 android dr pelbagai jename
Geng window phone malas nk layan dan bace thread lain
Geng blackberry teros mendiam dan malu nak tunjukkan diri, kesal dengan nasib diri sebab dah terbeli blackberry
Paling sempoi geng phone button bukan touch screen, skdr senyum sinis
:)):))
 

pijoe

Legendary Member
gem
Messages
13,859
Paid Membership
Joined
Jun 11, 2008
Messages
13,859
Reaction score
1,575
Points
231
Kalau tak ditegur awal thread ni akan jd thread pertempuran geng apple dan samsung
Lagi lawak geng jename lain macam asus lenovo dan lain2 akan jadi batu api
Last2 bertempur pula geng iOS dengan gabungan geng2 android dr pelbagai jename
Geng window phone malas nk layan dan bace thread lain
Geng blackberry teros mendiam dan malu nak tunjukkan diri, kesal dengan nasib diri sebab dah terbeli blackberry
Paling sempoi geng phone button bukan touch screen, skdr senyum sinis
:)):))

pandangan yang paling aku sokong :eek::eek::eek: :)paid:)paid:)paid:)paid :)cgrock:)cgrock:)cgrock

dah ada bibit2 di post nombor 2 tu.....:)):)):))

Lagi lawak geng jename lain macam asus lenovo dan lain2 akan jadi batu api dan mengatakan hp mereka lagi hebat dan canggih manggih dengan harga murah :)):)):))
 

luqalief

Super Active Member
Messages
6,277
Joined
Feb 8, 2011
Messages
6,277
Reaction score
31
Points
70
pandangan yang paling aku sokong :eek::eek::eek: :)paid:)paid:)paid:)paid :)cgrock:)cgrock:)cgrock

dah ada bibit2 di post nombor 2 tu.....:)):)):))

Lagi lawak geng jename lain macam asus lenovo dan lain2 akan jadi batu api dan mengatakan hp mereka lagi hebat dan canggih manggih dengan harga murah :)):)):))

Tu la pasal
Aku penggune apple sejak iphone4
Tapi bagi aku, soal phone semate mate bukan la sebab munasabah nak berdebat
Ikot la minat dan kemampuan masing2
Kegunaan phone berbeze mengikut kerje, suasane dan keadaan sosial

Phone ni same macam bini
Lawa atau buruk tu bergantung pade hati dan mate masing2
Performent best tak best pon bergantung macam mane kemampuan kite :">

Kes same untuk supporter proton dan kerete luar
Beli tidak, tapi masing2 gebang bagai nak rak
:)):))
 
Sponsored Post

Top
Log in Register