BTC USD 54,694.3 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(News) Samsung Menguji Sistem Tema Android 12 Mirip Google Pixel

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,170
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,170
Reaction score
4,271
Points
236
Google telah menerbitkan kod AOSP Android 12 versi stabil semalam. Pengeluar peranti juga mula mengumumkan sokongan kemaskini sistem operasi terbaru ini untuk peranti-peranti mereka termasuk memulakan ujian beta.

Samsung-One-UI-4.0-Sistem-Tema-Android-12-pixel-02-950x950.jpg.webp


Tetapi fungsi dan ciri menarik Android 12 yang Google tunjukkan kepada umum banyak yang terhad kepada peranti Pixel. Antaranya adalah rekaan Material You dengan sistem tema ‘monet‘, iaitu sistem tema yang boleh mengubah warna antaramuka sistem mengikut gambar latar yang digunakan oleh pengguna pada peranti.

Samsung-One-UI-4.0-Sistem-Tema-Android-12-pixel-03-950x950.jpg.webp


Dalam ujian beta kedua One UI 4.0 untuk siri Galaxy S21, Samsung dilihat telah menguji sistem tema yang lebih kurang sama. Membuktikan sekali lagi yang Samsung cuba sedaya upaya mereka memberi pengalaman penggunaan One UI menghampiri Android asli. Sistem tema yang digunakan Samsung adalah Dynamic Color, yang mana pengguna akan ditawarkan beberapa pilihan tema warna berdasarkan gambar latar belakang yang digunakan mereka.​
 

CG Sponsors




Top
Log in Register