BTC USD 62,162.3 Gold USD 1,768.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Samsung lancar Galaxy Note 10.1

balqis07

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Samsung Galaxy Note 10.1 didatangkan dengan sistem operasi (OS) Android 4.0 dan kini telah berada di pasaran tempatan.

Peneraju Telefon Mudah Alih Global, Samsung Malaysia Electronics bakal melancarkan Samsung Galaxy Note 2 ke pasaran tempatan menjelang suku keempat tahun ini.

Samsung Galaxy Note 2 telah diperkenalkan minggu lalu di Berlin, sekali gus dijangka akan menjadi faktor peningkatan jualan menjelang akhir tahun ini.

Ketua Bahagian Telefon Mudah Alihnya, Vincent Chong berkata demikian selepas pelancaran Samsung Galaxy Note 10.1, di Kuala Lumpur, semalam.

“Samsung Galaxy Note 10.1 ini didatangkan dengan sistem operasi Android 4.0 dan boleh dikemas kini menggunakan sistem Android 4.1.

“Ia menjadi komputer tablet kedua keluaran Samsung yang mampu menyokong panggilan suara, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan video,” katanya.

Menurutnya, Samsung turut merancang untuk memasuki pasaran sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) kerana percaya peranti itu mampu menjadi alat yang berguna kepada pendidikan.

Katanya, Samsung telah menjual tujuh juta unit telefon pintar keluaran Samsung secara global dan berhasrat untuk mencapai lebih 10 juta unit menjelang akhir tahun ini.

Mengulas berhubung saman yang dikeluarkan Apple terhadap Samsung, Vincent berkata, saman berkenaan tidak akan memberi sebarang kesan kepada pasaran tempatan.

Samsung Galaxy Note 10.1 telah berada di pasaran tempatan dengan harga RM2,199 dan bakal diperoleh menerusi syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/bisnes/samsung-lancar-galaxy-note-10-1-1.82308
 
Sponsored Post

krusader

Active+ Member
Joined
Sep 8, 2010
Messages
4,948
Reaction score
113
Points
43
gilos la.... nak try 1 la... klo xbest jual la balik...
 

majapahit

Active Member
Joined
Jul 1, 2008
Messages
1,604
Reaction score
33
Points
30
Terlampau banyak produk samsung kat market.. Bila banyak kuantiti maka kurang kualiti dan eksklusif.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register