BTC USD 39,806.2 Gold USD 1,797.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(News) Samsung Galaxy Watch4 Guna Wear OS, Pelancar One UI

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
29,951
Reaction score
4,085
Points
236
Pelbagai petanda menunjukkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch4 kelak akan menggunakan sistem operasi Wear OS menggantikan Tizen. Bagi penggemar jam tangan pintar Samsung yang mungkin risau identiti mereka akan hilang kerana menggunakan sistem operasi Google, ada sedikit berita baik untuk anda.

Samsung-Galaxy-Watch3-14-950x713.jpg.webp

Menurut laporan Sammobile, jam tangan pintar yang akan dilancarkan ini akan hadir dengan pelancar One UI bagi mengekalkan antaramuka seakan Tizen. Tiga model akan dilancarkan dengan kod mama Wise, Fresh dan Lucky. Wise adalah model dengan rekaan bezel berputar sementara Fresh dan Lucky adalah model untuk bersukan.

Dengan antaramuka One UI, proses pengguna Tizen untuk mempelajari sistem operasi Wear OS akan menjadi lebih mudah. Cuma persoalannya di sini ialah apakah akan terjadi kepada aplikasi Tizen yang telah dibeli menerusi Galaxy Store serta data lama pengguna yang disimpan menerusi Galaxy Wearable. Kesemuanya akan terjawab apabila Galaxy Watch4 dilancarkan dalam masa terdekat.

Sumber asal https://www.sammobile.com/news/exclusive-galaxy-watch-4-feature-wear-os-confirmed/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
29,951
Reaction score
4,085
Points
236
Mungkin Ini Spesifikasi Yang Ada Pada Galaxy Watch4

Galaxy Watch daripada Samsung mungkin bukanlah sebuah jam tangan pintar yang menjadi kegemaran ramai atas faktor harganya yang premium. Ia ditambah lagi dengan sistem operasi Tizen yang banyak pengguna Android kurang biasa gunakan. Namun, Samsung dilaporkan untuk menggunakan Google Wear OS pada peranti Galaxy Watch baharu nanti. Walaupun begitu, ia akan menjalankan One UI tetapi berasaskan Wear OS.

Selain itu, fungsi SmartThings masih lagi ditawarkan pada peranti tersebut. Malah, terdapat ciri walkie-talkie seperti mana yang dilihat dalam Apple Watch menerusi watchOS 5. Akan tetapi sensor untuk memantau kadar gula dalam darah mungkin belum lagi diberikan. Tambahan lagi, Sammobile turut menyatakan dimana tiga model Galaxy Watch sedang dibangunkan. Model pertama adalah seperti jam tangan klasik dengan bezel berputar.

Sementara, dua lagi model adalah lebih memfokuskan rekaan bercirikan sukan atau sporty. Buat masa sekarang, tiada maklumat lain berkaitan tanda harga jualan untuk barisan Galaxy Watch ini. Tarikh pengumumannya pula dijangka pada Julai 2021 bersama-sama peranti boleh lipat Samsung.

1621342996717.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
29,951
Reaction score
4,085
Points
236
Rekaan Samsung Galaxy Watch4 Tertiris Sepenuhnya

Minggu depan Samsung akan melancarkan jam tangan Wear OS pertama sejak Gear Live tujuh tahun yang lalu. Pagi ini semua misteri mengenai Samsung Galaxy Watch4 terungkai selepas imej pengolokan rasminya tertiris menerusi laman 91 Mobiles.

Rekaannya masih mirip dengan Galaxy Watch Active2 dengan sisi yang lebih rata. Terdapat dua butang fizikal pada sisi kanan untuk navigasi tetapi nampaknya tiada lagi bezel berputar seperti pada Watch3. Walaupun hanya imej satu saiz sahaja akan tertiris, Samsung dipercayai akan menawarkan Watch4 dalam saiz 40mm dan 44mm. Pilihan warna pula ialah hitam, emas merah jambu, perak dan hijau.

Sistem operasi Wear OS kali ini mendapat sentuhan dari Tizen selepas Google dan Samsung bersetuju menyatukan sistem operasi peranti boleh pakai mereka. Dengan gabungan dua kuasa besar, mungkin akhirnya cabaran dapat diberikan kepada Apple yang kini mendominasi pasaran jam tangan pintar dunia.

1624702894839.png

Sumber asal https://www.91mobiles.com/hub/samsung-galaxy-watch-4-design-specifications-renders-exclusive/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
29,951
Reaction score
4,085
Points
236
Siri Samsung Galaxy Watch4 Akan Hadir Dengan Storan Dalaman 16GB

Jika anda tertinggal, Google dan Samsung telah bekerjasama untuk menyatukan Wear OS dan Tizen sebagai satu sistem operasi jam tangan pintar. Sudah semestinya, jam tangan pintar Samsung akan menjalankannya terlebih dahulu – Galaxy Watch4. Jam Samsung ini akan menjalankan sistem operasi Wear OS dengan One UI di atasnya.

Antara ciri menarik yang telah Samsung kongsi baru-baru ini adalah jam atau penggera yang ditetapkan pada telefon akan sama pada jam. Antaramuka One UI jam juka disamakan dengan One UI pada telefon untuk memudahkan pengguna terus kekal dalam ekosistem Samsung. Berita terkini adalah jam Samsung baharu Galaxy Watch4 akan dijana dengan cip pemprosesan Exynos W920.

Menurut SamMobile, Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic turut akan hadir dengan storan dalaman sebesar 16GB. Secara tidak langsung meningkatkan lagi kemampuan storan untuk menyokong aplikasi YouTube Music atau Tidal untuk kegunaan luar talian tanpa telefon.

Siri Galaxy Watch4 dengan Wear OS dan One UI, 16GB storan serta cip yang mempunyai kuasa 1.25X pada prestasi dan prestasi grafik yang 8.8X lebih lancar berbanding Exynos 9110 ini dilapaorkan akan dijual pada harga sekitar RM1000-RM1400. Sama-sama kita nantikan.

1626790012010.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register