BTC USD 54,863.9 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(News) Samsung Galaxy S21 Exynos Mungkin Lebih Berkuasa Dari Peranti Snapdragon 875

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,170
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,170
Reaction score
4,271
Points
236
Peranti mercu Samsung di Malaysia kebiasannya akan hadir dengan variasi yang dijana cip pemprosesan Exynos sahaja. Variasi Snapdragon terhad kepada versi FE, Z Fold, Z Flip atau Lite. Ia menjadikan orang ramai geram dengan Samsung, kenapa masih berdegil dengan nenggunakan Exynos yang jelas ketinggalan jauh berbanding Snapdragon dari Qualcomm yang lebih pantas.

Tetapi ini mungkin berubah dengan siri Galaxy S21. Peranti ini dilaporkan akan dijana dengan Exynos 2100 dan juga Snapdragon 875. Variasi yang dijana Exynos 2100 mungkin akan menjadi pilihan ramai, kerana Samsung dilaporkan telah mengubah rekaan cip mereka agar mirip dengan Snapdragon 875. Ini kerana Samsung akhirnya memilih untuk menggunakan CPU dari ARM. Cip peranti mercu Exynos akan datang, akan menggunakan Cortex-X1 sebagai teras utama sama dengan Snapdragon 875.

CPU ini akan mempunyai perubahan ketara untuk Exynos, kerana ia adalah 30% lebih berkuasa dari Snapdragon 865. Penggunaan ARM jelas adalah lebih baik dari CPU tersendiri seperti Mongoose pada Exynos 990. Selain itu, binaan Exynos 2100 turut dikatakan sama dengan Snapdragon 875 – iaitu tiga-teras Cortex-A78, dan empat-teras Cortex-A55 serta menggunakan rekaan 5nm.

Skor tanda aras yang tertiris bagi Exynos 2100 melalui Geekbench adalah 1,323 untuk satu teras dan 4,215 untuk multi-teras. Ia lebih hebat dari Snapdragon 875 yang hanya menerima skor 1,204 dan 4,121. Untuk GPU pula, Samsung akan menggunakan Mali-G78 yang mana dikatakan setaraf dengan Adreno 660 dari Qualcomm. Tetapi dengan pengalaman Qualcomm, kuasa GPU Snapdragon akan berkuasa 10% lebih dari Exynos.

Samsung turut dilaporkan membubarkan pasukan CPU mereka atas penggunaan CPU dari ARM. Jelas sekali Samsung tidak ingin mengalah dengan produk Exynos mereka. Lihat sahaja bukti baru-baru ini, Exynos 1080 untuk peranti kelas pertengahan jauh lebih berkuasa dari Snapdragon 865. Apa kata anda?



Sumber asal https://www.phonearena.com/news/samsung-galaxy-s21-benchmark-and-graphics_id127722
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,170
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,170
Reaction score
4,271
Points
236
Samsung Galaxy S21 Melepasi 3C, Di Jana Snapdragon 875 & Pengecasan Pantas 25W

Samsung Galaxy S21 adalah peranti mercu baharu Samsung, sebagai pengganti kepada Galaxy S20. Pelancaran peranti ini adalah lebih awal dari yang dijangka dan ada kemungkinan ia akan tiba pada bulan Disember ini. Jika benar ia akan hadir pada tahun ini juga, peranti Galaxy S21 dengan janaan cip Snapdragon 875 akan menewaskan semua peranti Android tahun 2020.

Terkini, peranti Samsung dengan nombor model SM-G9910 telah melepasi laman 3C di China. Peranti ini dikatakan dijana dengan Snapdragon 875 dan akan hadir dengan sistem pengecasan pantas 25W. Peranti ini dikhabarkan adalah Galaxy S21 dan baru sahaja didaftarkan pada 15 Oktober lepas. Bateri pula dikatakan adalah 4,000mAh.

Jika benar peranti ini akan dilancarkan pada bulan Disember, ini bermakna Samsung tercabar dengan iPhone 12 dengan cip A14 Bionic. Jadi dengan pelancaran peranti mercu baharu lebih awal, ia boleh bersaing secara lebih sengit. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Galaxy-S21-3C-950x283.jpg


Sumber asal https://www.ithome.com/0/513/896.htm
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,170
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,170
Reaction score
4,271
Points
236
Adakah Galaxy S21 Akan Kelihatan Seperti Ini ?

Samsung sedia diperkatakan sedang mempercepatkan pengenalan telefon mercu terbaru mereka, dan dijangka memasarkannya pada bulan Januari 2021 kelak berbanding kebiasaan yang mungkin mengambil masa pada penghujung suku pertama tahunan. Selain desas-desus berkaitan pelancarannya, kini gambar pengolokkan awal untuk Galaxy S21 hadir ke arena web, dikongsikan peniris terkenal @OnLeaks.

Daripada rekaan yang tertiris ini, ia memperlihatkan rekaan kamera yang sedikit berbeza dengan Galaxy S20, dan ruangan kamera belakang dihubungkan terus ke bahagian kerangka peranti. Galaxy S21 ini dijangka hadir dengan skrin 6.2-inci mendatar (pipih), dan dilengkapi sebuah bahagian berlubang dihadapan untuk meletakkan kamera hadapan.

Buat masa ini, hanya gambar awal Galaxy S21 ini sahaja hadir. Samsung sendiri dijangka memperkenalkan dua lagi model peranti dibawah keluarga sama, termasuk Galaxy S21 Plus dan Galaxy S21 Ultra.

Galaxy-S21-OnLeaks-2-950x534.jpeg


Galaxy-S21-OnLeaks-950x534.jpeg


Sumber asal https://app.voice.com/post/@onleaks/this-is-the-samsung-galaxy-s21-1603010524-1
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,170
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,170
Reaction score
4,271
Points
236
Gambar Samsung Galaxy S21 Ultra Turut Tertiris Ke Arena Web

Beberapa jam lepas, kita telah melihat gambar Samsung Galaxy S21 tertiris ke arena web, sekaligus memperlihatkan rekaan peranti mercu terbaru Samsung untuk tahun 2021. Kini, selain model berkenaan, gambar pengolokkan untuk Samsung Galaxy S21 Ultra turut hadir ke arena web melalui @OnLeaks.

Rekaannya menyerupai rekaan Galaxy S21, termasuk menggunakan rekaan bahagian kammera belakang yang disambungkan dari bahagian bingkai, selain skrin berlubang pada bahagian hadapan.

Namun, ia dilihat menyertakan sedikit melengkung ditepi, serta bahagian kamera yang lebih menonjol. Galaxy S21 Ultra juga menyertakan empat sensor kamera belakang dengan ketebalan bonjolan yang sedikit besar berbanding model Galaxy S21 biasa.

Buat masa ini, info penuh dan spesifikasi peranti ini masih tidak diketahui lagi. Dengan ketirisan awal ini, kita mungkin mendengar lanjut mengenainya tidak lama lagi. Mengikut desas-desus awal, Samsung dijangka memperkenalkan siri Galaxy S21 pada awal Januari 2021 kelak.

Galaxy-S21-Ultra-950x534.jpeg


Galaxy-S21-Ultra-Leak-950x534.jpeg


Sumber asal https://app.voice.com/post/@onleaks...-at-the-samsung-galaxy-s21-ultra-1603028096-1
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,170
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,170
Reaction score
4,271
Points
236
Imej Pengolokan Samsung Galaxy S21 Ultra Tertiris - Modul Kamera Gila Unik

Samsung Galaxy S21 dijangka akan dilancarkan lebih awal. Ini mungkin kerana ingin bersaing antara S21 janaan cip Snapdragon 875 5nm dengan iPhone 12 yang dijana cip A14 Bionic. Ia dikatakan akan hadir seawal Januari 2021. Imej pengolokan Galaxy S21 telah pun tertiris sebelum ini, kini giliran Galaxy S21 Ultra pula.

Seperti imej Galaxy S21 sebelum ini, rekaan baharu menggunakan bonggol kamera yang bergabung terus ke sisi peranti. Galaxy S21 Ultra pula, dilihat menggunakan elemen rekaan Note20 Ultra. Tetapi ia kini lebih kemas, unik dan pelik kerana bergabung di sisi.

Ia dikatakan akan mempunyai lima lensa atau empat lensa dengan sensor yang tidak diketahui. Turut dikatakan adalah, peranti ini mungkin akan digelar sebagai Galaxy S30 Ultra. Butiran dan spesifikasi lain masih tidak diketahui. Sama-sama kita nantikan.

Imej-Pengolokan-Modul-Kamera-Samsung-Galaxy-S21-01-950x534.jpg


Sumber asal https://app.voice.com/post/@onleaks...ed-galaxy-s21-ultra-camera-setup-1603966611-1
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,170
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,170
Reaction score
4,271
Points
236
Galaxy S21 Ultra Di Jangka Akan Menyokong S-Pen

Samsung sedia diperkatakan bakal memperkenalkan telefon mercu mereka pada awal Januari 2021 kelak, sekaligus membolehkan mereka memasuki pasaran dengan lebih pantas berbanding kebiasaan sebelum ini.

Selari dengannya, kita sedia mendengar beberapa desas-desus berkaitan model-model yang bakal dilancarkan. Terbaru, hadir desas-desus baru berkaitan dengan Galaxy S21 Ultra – iaitu model paling mercu antara kesemuanya, mengatakan ia akan menyertakan sokongan S-Pen.

Desas-desus berkaitan sokongan S-Pen pada model Galaxy S telah kedengaran sejak beberapa bulan lepas – dan ada yang mengatakan ia mungkin akan membawa kepada perubahan lebih drastik pada siri Note tahun hadapan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Samsung akan menyertakan S-Pen secara terbina pada siri Galaxy S ini, atau perlu membelinya secara berasingan.

Sumber asal
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,170
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,170
Reaction score
4,271
Points
236
Spesifikasi Siri Samsung Galaxy S21 Tertiris - Kamera 108MP, One UI 3.1, 5000mAh & Snapdragon 875

Samsung Galaxy S21 akan menjadi antara peranti terawal dengan Snapdragon 875. Ia juga akan dilancarkan seawal Januari ini. Beberapa spesifikasi sebelum ini tertiris memperlihatkan rekaan yang unik. Modul kamera digabungkan di sisi peranti. Terkini, Android Police telah mendedahkan spesifikasi ketiga-tiga peranti Galaxy S21.

Galaxy S21 dan Galaxy S21+ akan menggunakan skrin 6.2-inci dan 6.7-inci 120Hz LTPS FHD+. Sistem kamera adalah sama, iaitu 12+12+64 Megapixel, tetapi tiada informasi kamera swafoto. Bateri adalah 4000mAh dan 4800mAh, menggunakan Bluetooth 5.1, 5G, WiFi 6, menjalankan sistem operasi One UI 3.1 Android 11, dan dijana dengan Snapdragon 875 atau Exynos 2100.

Galaxy S21 Ultra pula adalah lebih kurang sama. Tetapi skrin adalah 6.8-inci QHD+ 120Hz adaptif, bateri 5000mAh, 12MP + 108MP + 10MP 3x Optikal + 10MP 10x Optikal dan akhir sekali ia menyokong WiFi 6E. Pilihan warna juga adalah serba baharu, iaitu Phantom Violet, Phantom Pink, Phantom Gray, Phantom White, Phantom Silver dan Phantom Black.

Sumber asal https://www.androidpolice.com/2020/...-features-of-samsungs-galaxy-s21-smartphones/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,170
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,170
Reaction score
4,271
Points
236
Imej Pengolokan Rasmi Samsung Galaxy S21 & S21+ Tertiris

Pelancaran Samsung Galaxy S21 akan berlaku Januari 2021 ini. Tiga model akan dilancarkan iaitu Galaxy S21, S21+ dan S21 Ultra. Hari ini beberapa imej pengolokan rasmi untuk Galaxy S21 dan S21+ akhirnya tertiris menerusi laman Winfuture.

Seperti video acah dan video pandang pertama peranti tertiris sebelum ini, imej yang tertiris hari ini mengesahkan penggunaan bonggol kamera yang amat ketara menempatkan tri-kamera utama. Perbezaan yang ada hanyalah terletak pada saiz skrin pada waktu ini. Seperti siri Galaxy S20, pada bahagian hadapan terdapat lubang kamera untuk swafoto.

Ketiga-tiga model juga akan dilengkapi skrin yang rata dengan saiz bezel yang nipis. Pelancaran Galaxy S21 dipercayai berlaku lebih pantas tahun ini kerana jualan siri Note20 yang mengecewakan. Tahun ini Galaxy S21 akan dilengkapi cip Snapdragon 888 dan Exynos 2100 dengan markah penanda arasnya juga telah tertiris,

Samsung-Galaxy-S21-Leak-AA-1-950x888.jpg


Sumber asal https://winfuture.de/news,120106.html
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,170
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,170
Reaction score
4,271
Points
236
Samsung Galaxy S21 Ultra Sah Akan Menyokong S Pen

Beberapa ura-ura yang kami laporkan sebelum ini mengatakan Samsung Galaxy S21 Ultra akan menyokong stylus S Pen. Sebuah kerangka khas akan ditawarkan oleh Samsung dengan tempat simpanan S Pen secara terbina. Hari ini sokongan rasmi S Pen disahkan sendiri selepas peranti melepasi laman FCC di Amerika Syarikat.

Seperti S Pen pada Galaxy Note, ia menyokong tambatan blueooth untuk membolehkannya menjadi alat kawalan kamera, slaid pembentangan dan juga mengawal peranti secara nirsentuh. Siri Samsung Galaxy S21 dijangka dilancarkan pada Januari hadapan dengan tiga model ditawarkan. Dengan sokongan S Pen pada siri Galaxy S, masa depan siri Galaxy Note kelihatan semakin suram walaupun ia masih akan dilancarkan pada tahun 2021.

S-Pen-S21-FCC-950x528.jpg.webp


Sumber asal https://www.androidauthority.com/samsung-galaxy-s21-ultra-s-pen-1186549/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,170
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,170
Reaction score
4,271
Points
236
Pengecas Akan Di Berikan Samsung Galaxy S21 Di Pasaran Tertentu Tetapi Tiada Slot Mikro SD (Ura - Ura)

Beberapa minggu sahaja lagi sebelum Samsung Galaxy S21 dilancarkan secara rasmi. Sebelum ini kedengaran ura-ura siri Galaxy S21 akan dilancarkan tanpa pengecas dengan setiap pembelian. Tetapi hari ini Roland Quandt menerusi ciapan beliau berkata ia mungkin bergantung kepada pasaran.

Pada pasaran tertentu pengecas masih akan disertakan. Besar kemungkinan ini ialah Perancis yang turut berjaya memaksa Apple sebelum ini. Tetapi terdapat berita kurang baik apabila beliau turut berkata ketiga-tiga model S21, S21+ dan S21 Ultra tidak akan menyokong slot kad mikro SD. Ini adalah sama seperti yang dilakukan pada Note20 dan S6 enam tahun yang lalu.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register