Samsung Galaxy S11

Recommended Brokers


Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,334
Reaction score
2,111
Points
226
Seperti biasa, setiap tahun Samsung bakal melancarkan siri Galaxy S terbaharu pada suku tahun pertama iaitu sekitar bulan Mac. Oleh itu, Samsung dijangkakan akan memperkenalkan siri Galaxy S11 terbaharu mereka pada bulan Mac tahun 2020 nanti dan pada masa ini, pelbagai maklumat tentangnya telahpun tertiris.

Antara maklumat yang telah tersebar di arena web, Samsung mungkin akan memperkenalkan 3 variasi iatu Galaxy S11e, Galaxy S11 dan Galaxy S11+. Seperti siri Galaxy S10 yang dilancarkan bulan Mac lalu. Menariknya, ura-ura mendapati bahawa semua variasi ini akan dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 865 atau Exynos 990 yang terbaharu.

Tambahan lagi, perkara yang dinanti-nantikan oleh peminat Samsung iaitu paparan segar semula 120Hz juga mungkin akan hadir buat siri Galaxy S11. Saya menjangkakan pada model Galaxy S11+ sahaja dengan bateri sebesar 5000mAh.

Pada bahagian lain, siri kali ini juga mungkin akan dilengkapi dengan kamera sebesar 108MP bersama fungsi SpaceZoom 50x hybrid. Secara tidak langsung, siri Galaxy S11 mungkin akan jadi pelengkap kepada kekurangan yang ada pada siri Galaxy S10. Malah, rekaannya juga dikhabarkan akan mempunyai rekaan seperti Galaxy Note 10 dengan lubang kamera di bahagian tengah.



Sumber asal https://www.pocket-lint.com/phones/news/samsung/150039-samsung-galaxy-s11-details-leak-three-sizes-three-colours-all-dual-edge-displays
 
Sponsored Post

tr4falgar

Super Active Member
Joined
Oct 14, 2012
Messages
6,268
Reaction score
485
Points
86
s11 dah.. den masih guna s3 lagi :D
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
1,678
Reaction score
140
Points
38
harga bukak tentu dlm RM4k le ..tunggu hrga jatuh baru mampu pakai ..den baru smbar s7 sbb mampu milik dah ..RM420
 

elnino25

Super Active Member
Joined
Mar 29, 2010
Messages
7,311
Reaction score
26
Points
70
menarik..

sd856
refresh rate 120hz
camera 108mp

tak menarik..

harga

hahahaha...
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,334
Reaction score
2,111
Points
226
cuba huawei P30 dengan app saya kat XM Garage zoom lebih 100x tapi tangan kena steady :D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register