(News) Samsung Galaxy S10 & Note 10 Mula Menerima Kemaskini One UI 2.1

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
17,722
Reaction score
3,219
Points
236
Samsung Galaxy Z Flip, Galaxy s20, S20+. dan S20 Ultra adalah empat peranti terawal yang menggunakan sistem operasi One UI 2.1. Dengan versi terkini ini, ciri sokongan perkongsian fail pantas Quick Share diperkenalkan dan ia menyerupai ciri AirDrop pada iOS. Hari ini kesemua model Galaxy S10 dan Note 10 akhirnya mula menerima kemas kini ke One UI 2.1.

Saiz muat turun adalah sekitar 1.7 Gigabyte yang turut membawakan penambahbaikan sistem AR Emoji, Samsung Keyboard, Music Share, Gallery dan Samsung Keyboard. Sekali lagi Samsung telah memberikan tampalan sekuriti untuk bulan April 2020 walaupun kita masih di bulan Mac 2020.

Setakat ini boleh mengesahkan pengguna S10 dan Note 10 di Malaysia sudah boleh melakukan kemas kini secara OTA. Samsung menjanjikan kemas kini akan diberikan juga kepada S9 dan Note 9 tetapi tarikh masih lagi belum disahkan.

 
Top
Log in Register