BTC USD 22,889.9 Gold USD 1,867.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Samsung Galaxy Book3 Ultra Tertiris - Rekaan Tubuh Nipis

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,746
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,746
Reaction score
5,063
Points
516
Awards
1
Samsung Galaxy Book2 Pro 360 telah dilancarkan sebelum ini dengan beberapa hal yang menarik. Ini termasuklah sokongan 5G terbina, sebahagian tubuh daripada bahan kitar semula dan dua pilihan CPU yang berkuasa. Tapi sayang, kita masih belum berpeluang melihat penawarannya di Malaysia sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun ia tidak menghalang kita untuk tahu lebih lanjut mengenai perkembangannya. Terbaharu Samsung Galaxy Book3 Ultra dikatakan telah tertiris menerusi beberapa imej yang tular. Ia menunjukkan sebuah komputer riba dengan tubuh agak nipis bersama bahan binaan seakan logam. Ia kemudiannya dipadankan dengan skrin cukup besar, di samping papan kekunci bersaiz penuh dengan pad bernombor. Ada kemungkinan saiz skrin adalah diantara 15.6-inci atau 16-inci bersama paparan AMOLED dan kadar segar semula yang tinggi. Logo samsung juga boleh dilihat dengan jelas pada bezel bawah yang agak tebal berbanding tiga sisi lain.

Seterusnya ia juga mungkin memuatkan CPU Intel terkini, GPU khusus dan bateri berkapasiti besar untuk penggunaan lebih baik. Kamera web pula seakan mempunyai berbilang sensor mungkin turut menampilkan sistem pengesahan Windows Hello. Seperti namanya, ia boleh menjadi model paling premium dalam siri Galaxy Book3. Ia berikutan terdapat dua lagi model lain iaitu Galaxy Book3 Pro dan Galaxy Book3 Pro 360 yang tertiris dalam perkongsian berbeza. Seperti generasi sebelum ini, sokongan S-Pen turut boleh digunakan pada ketiga-tiga komputer riba.
1672589415167.png

Tiada tarikh pelancaran rasmi yang diketahui setakat ini. Tetapi terdapat laporan mengatakan bahawa komputer riba ini mungkin diperkenalkan pada Februari 2023.​
 
Last edited:

CG Sponsors




Top
Log in Register