BTC USD 40,350.5 Gold USD 1,800.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Samsung Exynos 2200 SoC, Cip Pemprosesan Grafik AMD RDNA2 “Voyager”

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,304
Reaction score
4,104
Points
236
Samsung Exynos 2200 Ialah SoC Yang Akan Hadir Dengan Cip Pemprosesan Grafik AMD RDNA2 “Voyager”;


Beberapa minggu lalu, dilaporkan beberapa butiran mengenai kerjasama diantara Samsung dan juga AMD, yang mana Samsung akan membangunkan SoC terbaru mereka yang akan dilengkapi dengan cip pemprosesan grafik RDNA2 yang dibangunkan khusus untuk peranti pintar.

Terkini, butiran baru telah diperlihatkan yang mana kita akhirnya tahu nama SoC yang akan dibangunkan ini, iaitu Samsung Exynos 2200 dengan kod nama Pamir. Ia akan dipadankan dengan cip pemprosesan grafik AMD RDNA2 khas yang diberikan nama kod “Voyager”.

Maklumat ini tertiris melalui Ice Universe, salah seorang peniris maklumat mengenai komponen dan peranti pintar yang cukup terkenal. Dia turut mengatakan bahawa SoC Exynos 2200 ini akan dibangunkan menggunakan proses 4nm sama yang akan digunakan oleh Qualcomm untuk membangunkan cip Snapdragon 895 mereka.

Menariknya, Qualcomm juga dikatakan akan menggunakan proses pembinaan cip 4nm oleh Samsung juga, yang mana ia dilihat perbezaan paling ketara diantara kedua-dua SoC ini ialah dari segi penggunaan cip grafik, yang mana SoC Qualcomm Snapdragon 895 akan menggunakan Adreno 730.

Terdapat banyak ura-ura mengenai bilakah cip Samsung Exynos 2200 ini akan diperkenalkan pada peranti Samsung. Ada yang mengatakan bahawa ia akan tiba sekitar tahun ini, manakala ada yang mengatakan bahawa ia hanya akan diperkenalkan pada peranti mercu pada tahun hadapan.

Ujian penanda-aras GPU ini memperlihatkan prestasi yang agak baik sekali, walaupun terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki sebelum ia boleh dipanggil sebuah komponen yang boleh digunakan dalam sebuah peranti secara cekap.

1626841117591.png

Sumber asal https://videocardz.com/newz/samsung-exynos-2200-palmir-to-feature-amd-rdna2-gpu-codenamed-voyager
 

CG Sponsors




Top
Log in Register