Samsung Electronics paling dipercayai di Asia

Recommended Brokers


ZONDA

Legendary Member
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,907
Reaction score
46
Points
120


Samsung Electronics dipilih jenama terbaik buat kali ketiga berturut-turut.


SAMSUNG Electronics dinamakan jenama terbaik dan paling dipercayai di Asia untuk tahun ketiga berturut-turut, menurut tinjauan 1,000 Jenama Terbaik Asia yang dijalankan oleh Campaign Asia dengan kerjasama firma perundingan Nielsen.

Senarai itu mengumpul pandangan terhadap 14 kategori produk utama termasuk automotif, runcit, makanan dan minuman serta barangan elektronik pengguna, ia dibuat berdasarkan pendapat pengguna dan menawarkan ukuran jelas mengenai jenama yang
paling dipandang tinggi.

Naib Presiden Pemasaran Samsung Electronics Asia Tenggara, Irene Ng berkata, Samsung Electronics berbesar hati kerana dipilih sebagai jenama nombor satu di Asia untuk tahun ketiga berturut-turut.

"Dengan Samsung terus berkembang, kami kekal komited untuk menggalakkan inovasi produk dan mencapai pelanggan secara langsung," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Campaign Asia-Pacific Jason Wincuinas berkata, jika dilihat sepanjang 11 tahun kajian Jenama Terbaik Asia oleh Campaign Asia, Samsung terbukti menembusi pasaran Asia.
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register