BTC USD 97,378.8 Gold USD 2,690.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Samsung Di Laporkan Membuang Sejumlah Pekerja Di Asia Tenggara

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,439
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
63,439
Reaction score
7,018
Points
916
Awards
1
02.10.2024 - Samsung Electronics kini dilaporkan membuang sejumlah pekerja di Asia Tenggara, Australia, dan New Zealand, sebagai sebahagian langkah pengoptimasian dan menjadikan operasi lebih efisien lagi. Beberapa pekerja di Singapura dikatakan telah pun dihubungi dan dimaklumkan berkenaan dengan pemberhentian kerja ini, selain maklumat pampasan berkaitan. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi seramai manakah yang akan terjejas pada fasa kali ini. Mengikut sumber dalaman, ia dikatakan memberikan impak kepada kurang 10% daripada tenaga kerja keseluruhan Samsung. Ia dikatakan antara pekerja yang terjejas adalah pada bahagian pengurusan. Tidak diketahui lagi sama ada pekerja di Malaysia turut terkesan atau sebaliknya.​

1727872824479.png
 
Sponsored Post

Polis India Tahan 600 Pekerja, Ahli Kesatuan Tatkala Protes Samsung Meningkat

02.10.2024 - Polis India hari ini mengesahkan sekitar 600 pekerja Samsung Electronics dan ahli kesatuan ditahan kerana mengadakan protes di jalan raya, sementara mogok di kilang peralatan rumah firma Korea Selatan itu di negeri Tamil Nadu sudah memasuki minggu keempat. Lebih 1,000 pekerja mengganggu operasi dan mengadakan protes di khemah sementara terletak berhampiran kilang terbabit, dekat dengan bandar Chennai sejak 9 September lalu.

Mereka menuntut gaji yang lebih tinggi dan pengiktirafan kesatuan di kilang yang menyumbang kira-kira satu pertiga daripada pendapatan tahunan Samsung di India, yang berjumlah AS$12 bilion (RM49 billion). Seorang Pegawai Kanan Polis Negeri, Charles Sam Rajadurai, berkata pekerja Samsung dan pekerja yang terbabit dengan kumpulan buruh CITU, yang memimpin protes itu, ditahan kerana perarakan protes mereka mengganggu orang ramai.

"Mereka ditahan di empat dewan perkahwinan," katanya.

Pada 16 September lalu, polis menahan 104 pekerja Samsung yang sedang mogok selama hampir sehari. Protes itu memberikan kesan buruk kepada usaha Perdana Menteri India, Narendra Modi untuk menarik pelabur asing bagi kempen 'Make in India' dan adalah mogok terbesar di India dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Samsung menyatakan bahawa pekerja yang mogok berisiko kehilangan pekerjaan mereka. Samsung tidak memberikan respon terhadap permintaan untuk komen.

Sebelum ini, mereka menyatakan bahawa purata gaji bulanan bagi pekerja pengeluaran sepenuh masa di kilang adalah hampir dua kali ganda gaji pekerja serupa di kawasan terbabit, dan mereka terbuka untuk berunding dengan pekerja bagi menyelesaikan isu ini. Pekerja Samsung memperoleh purata 25,000 rupee (RM1,244) sebulan dan menuntut kenaikan kepada 36,000 rupee (RM1,792) sebulan dalam tempoh tiga tahun, kata CITU.
1727873027125.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register