BTC USD 67,641.9 Gold USD 2,345.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sampah dibiar selepas ambang tahun baharu

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,095
Top Poster #8
Joined
Apr 18, 2010
Messages
46,095
Reaction score
4,644
Points
266
Awards
1
0101rssampah_1704091941.jpg


Kuala Lumpur: Walaupun hari ini permulaan tahun baharu 2024 namun sikap rakyat negara ini dianggap berada di takuk lama apabila membiarkan sampah berselerakan sebaik selesai sambutan tahun baharu di ibu kota malam tadi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut berkongsi beberapa gambar menunjukkan sampah dibiarkan orang ramai yang menghadiri sambutan itu.

"Hari ini hari pertama kita menjejaki tahun 2024. Semalam tahun 2023 ditinggalkan dengan seribu kenangan. Masing-masing daripada kita sudah pasti memasang azam untuk lebih berjaya dalam mengejar impian pada tahun ini.

"Namun permulaan bagi Kuala Lumpur pada tahun ini seperti biasa dicemari dengan sikap sesetengah warga kota yang masih mempunyai sikap dan cara berfikir di takuk lama," kata DBKL di Facebooknya hari ini.

Katanya, membuang sampah sesuka hati dengan anggapan pandai-pandailah DBKL bersihkan nanti.

"Peliknya, kita masih nak bandingkan Kuala Lumpur dengan bandar-bandar di negara yang lain dari segi keindahannya? Kena tengok la bagaimana sikap warga mereka dalam soal kebersihan.

"Bukannya minta anda tolong bersihkan kawasan. Cukup sebagai permulaan, masing-masing urus sampah sendiri, jangan buang merata dan kalau perlu, bawa plastik sampah sendiri," katanya.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register