BTC USD 97,769.8 Gold USD 2,867.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Samdol curi wallet pekerja kedai serbaguna

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,126
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,126
Reaction score
1,333
Points
201
Kes curi wallet di GM KLANG, ni org kata pencuri tertinggal otak, ada CCTV pun tetap juga nak buat😅😅

#mediaSosial




KEMASKINI: Polis buru lelaki curi dompet berisi RM30 milik pekerja kedai mainan

POLIS kini memburu seorang lelaki yang dipercayai mencuri dompet milik pekerja sebuah kedai mainan di Pusat Borong GM Klang, pukul 5.47 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada pengadu pada pukul 12.25 tengah malam semalam.


“Suspek bagaimanapun tidak membeli barang mainan tersebut dan terus keluar dari kedai.

“Pengadu kemudian menyedari dompet miliknya yang diletakkan di bawah meja telah hilang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup mendapati suspek telah mengambil dompet milik pengadu yang mengandungi kad pengenalan sementara, lesen memandu, kad kahwin dan wang tunai RM30.

Katanya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan polis kini giat mengesan suspek yang terlibat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta hadir ke balai polis atau menghubungi Ibu Pejabat Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222.

Sumber: Utusan TV
December 17, 2024

6273684117275131418_121.jpg
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register