BTC USD 51,497.9 Gold USD 1,783.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sambutan meriah, penuh kesyukuran seluruh negara

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
PUTRAJAYA: Umat Islam meraikan ketibaan Maal Hijrah 1431H dalam suasana penuh kesyukuran di seluruh negara diketuai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah yang merasmikan majlis sambutan peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, pagi semalam.

Di KLANG, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah merasmikan Masjid India Muslim Tengku Kelana dan sambutan Maal Hijrah peringkat negeri serta menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Selangor kepada bekas Senator, Hassan Shukri, 70.

Di SEREMBAN, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, bersama Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud menyempurnakan sambutan Maal Hijrah peringkat negeri.

Bekas Ketua Hakim Syarie pertama Negeri Sembilan, Datuk Baharum Hasbullah, dipilih menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah; Anugerah Kepimpinan Saudara Muslim (pensyarah Universiti Teknologi Mara, Halida Yu) dan Anugerah Tokoh Ulama Silam (bekas Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Daerah Tampin, Allahyarham Hamzah Maarof).

Di KUCHING, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin, menyampaikan 12 Anugerah Maal Hijrah kepada institusi agama serta individu, termasuk pasangan Chek Bujang, 58 dan Jariah Tahir, 58, dari Kampung Tanjung Apong, Asajaya, bagi Kategori Keluarga Cemerlang, dan Pengarah Jabatan Imigresen Sarawak, Datuk Robert Lian untuk Kategori Kakitangan Kerajaan Bukan Beragama Islam.

Di MELAKA, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri kepada Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka, Prof Emeritus Datuk Wira Mohd Yusoff Hashim, manakala Anugerah Masjid Cemerlang diterima Masjid Al-Muttaqin di Masjid Tengah, Masjid Tanah.

Di KOTA KINABALU, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah, menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Sabah kepada bekas Ketua Jemaah Hakim Musabaqah al-Quran peringkat negeri (1977-1994), Datuk Ahmad Othman, 80.

Di KUANTAN, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menyampaikan empat Anugerah Maal Hijrah kepada bekas qari tilawah al-Quran peringkat kebangsaan, Datuk Ahmad Faizul Ghazali.

Di KUALA TERENGGANU, Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja, Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud menyampaikan Anugerah Tokoh Keluarga Mithali Terengganu kepada Abdul Razak Yusof, 70, manakala Wan Abdul Wahan Othman dari Masjid Kampung Tualang, menerima Anugerah Imam Cemerlang dan Muhamad Ab Rahman dari Masjid Kampung Payang Kayu, Hulu Terengganu (Anugerah Bilal Cemerlang).

Di JOHOR BAHRU, Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Osman, yang mewakili Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, menyampaikan Anugerah Maal Hijrah peringkat negeri kepada Penasihat Majlis Agama Islam Johor dan juga bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot.

Di ALOR SETAR, hampir 500 umat Islam menghadiri sambutan Maal Hijrah di Dewan Seri Negeri, disempurnakan oleh Tunku Bendahara, Datuk Seri Tunku Anuar Sultan Badlishah, mewakili Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register