BTC USD 49,057.7 Gold USD 1,784.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sambutan Maal Hijrah di PICC Jumaat ini

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR 16 Dis. - Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah akan merasmikan sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1431H/2009M bertema “Memantapkan Ukhuwah, Memperkasakan Ummah” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Jumaat ini.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), tema itu bertepatan dengan usaha kerajaan untuk membina masyarakat bersatu padu berasaskan konsep 1Malaysia dengan membina perpaduan dan kekuatan bagi mencapai kegemilangan ummah berdaya saing dalam berhadapan arus globalisasi serta kemajuan sains dan teknologi masa kini.

Selain itu, kemuncak sambutan anjuran Jakim itu ialah pengumuman penerima dua anugerah Tokoh Maal Hijrah dari kolongan tokoh Malaysia dan luar negara.

Penerima anugerah itu mempunyai pengetahuan luas dan mendalam tentang Islam, mempunyai sifat dan peribadi yang unggul serta telah memberi sumbangan dalam perkembangan syiar Islam dan juga pembangunan ummah.

Mereka masing-masing akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah plak, pingat dan sijil penghargaan.

Sehingga 2008, seramai 19 orang dari pelbagai latar belakang dan kerjaya dikurniakan Anugerah Tokoh Maal Hijrah.
 
Sponsored Post

ammal07

Super Active Member
Messages
5,069
Joined
Apr 3, 2008
Messages
5,069
Reaction score
368
Points
81
habis duit ribu-ribu untuk menjayakan bidaaah... masyaAllah.
 

AMICO66

Super Active Member
Messages
9,637
Joined
May 5, 2008
Messages
9,637
Reaction score
265
Points
91
habis duit ribu-ribu untuk menjayakan bidaaah... masyaAllah.

cuba bagitau kat mana yang bidaaah tu?

mana lagi baik jika ko pergi marah kat deme yang berada di sana dengan mengatakan bidaah dan ko dipukul hingga mati maka mati atau jika ko pergi menasihati mat2 rempit dan ko dipukul mati oleh mat rempit tersebut, keadaan mana yang lebih baik??

Dan keadaan mana yang dikira jihad?
 

ammal07

Super Active Member
Messages
5,069
Joined
Apr 3, 2008
Messages
5,069
Reaction score
368
Points
81
cuba bagitau kat mana yang bidaaah tu?

mana lagi baik jika ko pergi marah kat deme yang berada di sana dengan mengatakan bidaah dan ko dipukul hingga mati maka mati atau jika ko pergi menasihati mat2 rempit dan ko dipukul mati oleh mat rempit tersebut, keadaan mana yang lebih baik??

Dan keadaan mana yang dikira jihad?

Khalifah ummar yang mula sekali menentukan takwim hijrah pun tak buat sambutan maal hijrah.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register