Sambutan Hari Malaysia 16 September 2020

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Koleksi-Pantun-dan-Ucapan-Selamat-Hari-Malaysia-2020.jpg


logo_merderka2020.jpg


"MALAYSIA PRIHATIN" TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2020"

'Malaysia Prihatin' dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, bersama logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang


Hari_Kebangsaan_%26_Hari_Malaysia_2020.transformed.jpg
 
Last edited:
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Semarakkan Hubungan Antara Kaum

Pada tahun 2020, rakyat Malaysia menyambut kedatangan hari kebangsaan ke-63. Hari ini merupakan hasil daripada usaha dan keringat nenek moyang kita yang banyak menderita dan berkorban. Kemerdekaan negara yang dicapai pada 31 Ogos 1957 selepas mengalami penjajahan Portugis, Inggeris, Belanda, Jepun dan akhirnya Inggeris harus kita hargai dengan menjalinkan hubungan erat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir pernah berkata, jangan disia-siakan apa yang telah mereka tinggalkan disebabkan perbezaan antara kita, sebaliknya perlu meraikan perbezaan itu bagi mewarnai masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan hidup penuh muhibah. Justeru, kepelbagaian masyarakat harus dianggap sebagai nikmat Tuhan dan bukannya rintangan ke arah perpaduan kaum.

Apabila saya masih kecil, saya belajar di sekolah jenis kebangsaan. Dalam kelas saya terdapat pelbagai kaum seperti Cina, Melayu dan Bidayuh, namun kami dapat bergaul mesra antara satu dengan yang lain. Kami rajin menuntut ilmu di kelas yang sama, saling membantu dalam pelajaran dan juga bermain bersama-sama dengan seronok. Melalui berkawan dengan pelbagai kaum, saya mampu mengenali budaya dan pantang larang mereka.

1b4627dc88c4128b80e9a9d1fd5b8732.jpg

Kami juga saling bertoleransi, contohnya saya akan mengelakkan diri daripada makan makanan di hadapan rakan Melayu saya apabila mereka berpuasa. Kata-kata pujangga, jika kita berkawan dengan saudagar minyak wangi, maka kita akan berbau wangi, jika kita berkawan dengan tukang besi, maka selalulah kita akan merasa percikan api tersebut. Oleh itu, akhlak seseorang ialah ciri yang perlu dipertimbangkan sebelum kita berkawan dan bukanlah kaum, agama atau warna kulit. Ibu bapa mestilah menggalakkan anak-anak mereka untuk bersahabat dengan pelbagai etnik supaya gejala diskriminasi kaum dapat diatasi sehingga akar umbi.

Malaysia menjadi syurga makanan kerana setiap kaum mempunyai jenis makanan tersendiri. Tukang masak terkenal, Chef Ismail berpandangan, kemampuan sesuatu makanan warisan sebagai salah satu faktor untuk menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama adalah tidak dinafikan. Roti canai ialah makanan orang India tetapi telah menjadi santapan biasa bagi rakyat Malaysia.

Pelanggan di kedai kopi yang mencicahkan roti canai ke kuah dal, kari ikan atau daging atau sambal lalu menyuapkannya ke mulut memang menjadi fenomena lazim. Nasi lemak ialah makanan tradisional Melayu yang popular dan digemari setiap kaum di Malaysia. Laksa orang Cina merupakan sejenis makanan berkuah yang begitu enak dan ditemui di setiap pelosok negara kita.

d2b89880b533a7727185803c15cc461c.jpg

Di pasar, orang Cina lumrahnya menjual kuih chang dan pau manakala orang Melayu menjual kuih-muih seperti pisang goreng dan popia sayur. Kaum Bajau terkenal dengan cara pemakanan mereka yang lebih bersifat tradisional dan semula jadi. Mereka menggunakan ubi kayu sebagai sumber makanan utama mereka dan menghasilkan hidangan seperti putu dan tompe.

Maka, saya yakin bahawa kepelbagaian makanan sudah menjadi pemangkin kepada perpaduan di Malaysia kerana rakyat sanggup membeli makanan yang diminati daripada penjual yang berbilang kaum. Inilah peluang keemasan untuk kita eratkan hubungan.

Rakyat berbilang kaum menyambut pelbagai jenis perayaan sepanjang tahun dalam keadaan yang meriah serta muhibah. Kerajaan Malaysia telah memutuskan bahawa sebanyak enam perayaan kaum utama di Malaysia dianggap sebagai perayaan utama dan akan disambut sebagai perayaan peringkat nasional iaitu sambutan Hari Raya Aidilfitri, perayaan Tahun Baharu Cina, Hari Krismas, Deepavali, Hari Gawai dan Hari Keamatan. Pada setiap perayaan, tradisi mengadakan rumah terbuka telah menjadi keistimewaan Malaysia yang menggambarkan semangat perpaduan sudah dipupuk kukuh dalam kalangan masyarakat.

Melalui tradisi ini, pelbagai kaum kunjung-mengunjungi bagi bersama-sama memeriahkan perayaan dan berkongsi kegembiraan. Apabila menghadirkan diri ke rumah terbuka sesuatu kaum, kita dapat memahami budaya mereka dan merasai makanan tradisional yang membangkitkan selera. Saya pernah menghayati cara orang Melayu bersalam-salaman, pengalaman itu amat spesial bagi saya. Dengan keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan harmoni, para pelancong telah tertarik untuk mempelajari budaya rakyat Malaysia.

Oleh itu, memang tidak dapat menafikan kata-kata Dr Wan Azizah Wan Ismail, perpaduan kaum menjadi antara faktor penting untuk Malaysia mencapai status negara maju selain kepesatan pembangunan dan ekonomi. Perpaduan nasional harus menjadi misi penting bagi negara kita supaya Malaysia duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain.

6e46e13384a1ea2678bdcaf2a4decae4.jpg

Tuntasnya, kita semua mesti menghargai dan menyanjung masyarakat majmuk yang terwujud di negara kita kerana kepelbagaian ini merupakan nikmat Tuhan yang tidak dapat ternilai. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia mesti memastikan mata pelajaran seperti Sejarah, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diajar di setiap sekolah supaya semangat patriotik dan perpaduan dapat ditanam dalam jiwa pelajar sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa juga mesti menjadi teladan kepada anak-anak mereka dengan sentiasa bergaul mesra dengan jiran sekeliling yang berbilang kaum.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya, anak-anak memang akan mengikut jejak langkah ibu bapa yang mulia ini. Masyarakat perlu menggalas kewajipan ini dengan mempraktikkan elemen bertolak ansur dan memperteguh kefahaman antara satu sama lain supaya impian negara yang lebih gemilang dapat dibina kelak. Tunku Abdul Rahman pernah berkata:

“Kemerdekaan ibarat obor yang menyala. “Marilah kita julang obor ini setinggi-tingginya dengan bangga supaya cahayanya dapat menerangi sekitar alam.”

Kemerdekaan ini merupakan titik peluh nenek moyang kita, kita mesti mempertahankannya selama-lamanya dengan menjayakan gagasan 1Malaysia. Bersama bersatu hati membina Malaysia harmoni.

Ulasan dari JANE HO MEI YING merupakan seorang pelajar sekolah menengah daripada Sibu, Sarawak.,
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Hari Malaysia Beri Makna Besar Buat Masyarakat Berbilang Kaum Di Sarawak

15.09.2020 - Sibu, Hari Malaysia sangat penting bagi Sarawak kerana ia membawa makna besar kepada masyarakat berbilang kaum di negeri ini, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion. Beliau berkata Sarawak adalah sebuah negeri yang dilihat sebagai model dengan tahap toleransi, penerimaan dan saling menghormati yang tinggi dalam kalangan masyarakat berlainan agama.

Berucap pada Program Perpaduan Antara Agama bersempena sambutan Hari Malaysia di sini, beliau berkata Sarawak adalah satu-satunya negeri yang mempunyai Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), berfungsi sebagai agensi kerajaan yang menjaga keperluan masyarakat bukan Islam.

Melalui unit ini, yang mencerminkan keutamaan Sarawak mengenai keterangkuman dan kepelbagaian, masyarakat dapat menyuarakan isu-isu berkaitan penilaian dan pembentukan dasar, undang-undang dan peraturan mengenai hal ehwal agama bukan Islam.

Jaul berkata UNIFOR bertindak sebagai titik fokus kepada pelbagai badan agama untuk berhubung dan berinteraksi dengan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan mengenai urusan permohonan tanah dan pembiayaan untuk pembinaan rumah ibadat, dan ia telah berkembang kepada aktiviti sosioekonomi.

“Sarawak bersyukur mempunyai UNIFOR yang menjaga kesejahteraan badan keagamaan bukan Islam di negeri ini termasuk Kristian, Buddha, Sikh, Hindu, Baha’i dan Taoisme,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri telah meningkatkan peruntukan kepada UNIFOR untuk membina, membaik pulih dan menaik taraf rumah ibadat daripada RM15 juta pada 2017 kepada RM20 juta pada 2018, RM30 juta pada 2019 dan RM50 juta pada 2020.

“Kerajaan negeri juga memperuntukkan 1.21 hektar tanah di Jalan Ong Tiang Swee di Kuching untuk pembinaan kompleks UNIFOR, yang akan menjadi pejabat tetap unit itu,” katanya.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1880221
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Merenung Angka - Angka Membimbangkan Pada Hari Malaysia

Sidang bagi penggal ketiga Dewan Undangan Negeri Johor ke-14 baru saja berakhir pada 13 Sept lalu. Dalam sidang tersebut, Menteri Besar Johor Hasni Mohammad ada menyebut beberapa angka yang amat membimbangkan. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menyusut pada kadar 17.1 peratus bagi suku kedua 2020. Penyusutan itu merupakan angka terendah sejak negara berhadapan krisis kewangan Asia pada 1998. Trend pengambilan pekerja pula menyaksikan hanya 9.1 peratus majikan dipercayai bercadang menambah bilangan tenaga kerja mereka. Sejumlah 16.2 peratus pula menyatakan hasrat mengambil langkah pengurangan termasuklah syarikat-syarikat besar yang sebelum ini dilihat stabil.

Keadaan di Johor juga tidak mudah. Dalam fasa pandemik Covid-19, pertumbuhan ekonomi negeri bergerak amat perlahan khususnya sektor pelancongan dan perkhidmatan. Ia memberi kesan langsung terhadap survival ekonomi rakyat Johor. Kadar pengangguran Johor dianggarkan berjumlah lebih 173,000 orang. Angka ini akan membengkak lagi dari tahun ke tahun. Ahli-ahli ekonomi Singapura meramalkan antara 45,000 hingga 200,000 orang akan berhadapan pemberhentian kerja di republik itu apabila komuniti perniagaan mereka mengecilkan operasi. Keadaan ini memberi isyarat kepada ribuan rakyat Malaysia yang berkerja di Singapura khususnya dari Johor, berkemungkinan besar mereka akan diberhentikan terlebih dahulu.

Untuk rekod, sekitar 400,000 warga kita berada di Singapura untuk berkerja di sana. Dari jumlah tersebut, sekitar 300,000 orang berulang-alik secara harian di antara Johor Bahru - Singapura. Kerajaan pusat menyalurkan bantuan kepada rakyat. Contohnya moratorium, bantuan one off Covid-19. Perdana menteri pula mengumumkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan dinaikkan ke RM1,000 sebulan untuk bagi penerima yg layak.


Pertimbangan dua negara

Inisitif Johor juga dizahir dan dilaksanakan menerusi pakej bantuan kewangan untuk rakyat menerusi inisiatif Ihsan Johor. Namun ia bukan penyelesaian jangka panjang. Ekonomi rakyat khususnya dari aspek pekerjaan masih belum benar-benar selamat. Kerajaan tidak boleh mengelak daripada membincangkan penyelesaian terhadap masalah ini. Apatah lagi apabila Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sendiri menyatakan wabak Covid-19 tidak mungkin pulih sekurang-kurangnya bagi tempoh dua tahun. Sekurang-kurangnya untuk tempoh satu tahun mendatang, kerajaan perlu mengambil langkah lebih berani demi kelangsungan ekonomi rakyat.

Sebagai contoh, bagi rakyat Malaysia yang berkerja di Singapura, perbincangan secara dua hala di antara Malaysia dan Singapura boleh membuat pertimbangan terhadap penggunaan wang Tabung Simpanan Pekerja (CPF) warga Malaysia yang berkerja di sana untuk dikeluarkan mengikut kadar bersesuaian. Misalnya untuk tempoh satu tahun ke hadapan. Dengan ini, kemampuan ekonomi rakyat Malaysia yang berkerja di Singapura sekurang-kurangnya dapat bertahan untuk 2021 ketika mereka berhadapan pandemik Covid-19 ini. Kerajaan negeri boleh menilai semula cukai-cukai di bawah kuasanya seperti cukai tanah dan cukai pintu agar hasilnya dapat dimanfaatkan secara lebih berfokus, cermat dan amanah.

Ini penting bagi memberikan kelegaan kepada rakyat Johor apabila berhadapan situasi ekonomi yang sukar ini. Selain itu juga, syarikat-syarikat besar berkaitan kerajaan kegeri - contohnya Johor Corporation (JCorp) - yang boleh meletakkan fokus dan keutamaan mereka ke arah membantu rakyat dengan lebih meluas. Barangkali, tidak banyak yang dapat difikirkan. Namun pakej-pakej latihan untuk para graduan mahupun anak muda dengan kemahiran bersesuaian boleh diperluaskan bagi memberikan peluang lebih besar kepada mereka memanfaatkan masa, sekurang-kurangnya setahun ke hadapan dengan menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan. Sambil itu kita bolehlah mengharapkan keadaan menjadi normal semula.


Kenal pasti kekosongan bersesuaian

Pada masa sama, lebih banyak pusat sehenti boleh diwujudkan oleh kerajaan negeri dan agensi yang bersesuaian. Misalnya Perbadanan Usahawan Johor Bhd (PUJB) atau Unit Strategik Modal Insan (SMI) untuk membantu gerak kerja suai padan bagi rakyat yang kehilangan kerja. Pusat sehenti ini boleh berfungsi untuk sekurang-kurangnya tiga perkara. Pertama, mengalu-alukan kehadiran rakyat Johor sebagai pelanggan, dan menawarkan khidmat kaunseling atau motivasi bagi mereka yang kehilangan kerja. Hal ini penting kerana rakyat sedang berhadapan norma baru dan keadaan ekonomi sendiri cukup menekan untuk bertahan dan menempuh hari-hari mendatang. Kedua, pusat sehenti ini boleh bertindak menjadi pusat pangkalan data untuk mendapatkan input serta mengenal pasti kebolehan yang dimiliki klien yang kehilangan kerja, selain mengumpulkan agensi, syarikat mahupun entiti perniagaan yang boleh memanfaatkan kebolehan klien tersebut.

Ketiga, memadankan klien dengan agensi, syarikat mahupun entiti perniagaan agar boleh diambil berkerja bersesuaian dengan keperluan semasa. Hal ini memandangkan terdapat ramai rakyat yang telah atau bakal berhadapan situasi kehilangan pekerjaan. Mereka memerlukan khidmat bantuan untuk mengenal pasti kekosongan kerjaya yang bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki. Tinggal lagi, mungkin maklumat terkini saja yang kurang mereka miliki. Justeru kerajaan boleh mainkan peranan menerusi pusat sehenti tersebut. Saya percaya, meskipun banyak sektor terkesan akibat Covid-19, namun di sana masih wujud peluang-peluang pekerjaan yang mampu bertahan.

Sebagai contoh, pada masa kerajaan menguatkuasakan larangan untuk sebarang aktiviti perlancongan ke luar negara, aktiviti perlancongan dalam negara atau Cuti-cuti Malaysia mempunyai kelebihan. Ia boleh dikembangkan lagi. Justeru, peluang pekerjaan bagi sektor pelancongan atau apa saja perkhidmatan yang terkait dengannya ada potensi untuk menjadi lubuk rezeki rakyat. Hari ini merupakan sambutan Hari Malaysia. Kita menyambutnya dengan penuh bermakna walaupun ketika berada dalam cengkaman ekonomi yang menekan akibat Covid-19. Bukan sahaja Malaysia, bahkan dunia sedang berhadapan situasi ini.

Dengan apa cara sekali pun, rakyat dan negara kita harus bertahan. Meskipun pandemik Covid-19 memberikan impak yang tidak kepalang kepada Malaysia dan komuniti global, sekurang-kurangnya ekonomi domestik kita harus terus bergerak demi kelangsungan rakyat dan negara.


SHEIKH UMAR BAGHARIB ALI ialah Adun Paloh merangkap ketua Pemuda DAP Johor dan Setiausaha Publisiti DAP Johor.

beae14316b50a25d8fc2a29d89aa2077.jpg

Aritikel asal https://www.malaysiakini.com/news/542814
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Hayati Rukun Negara Kunci Perpaduan

Suatu masa dahulu, gam dan batang lidi merupakan barang yang mesti dibawa ke sekolah, setiap kali menjelang Hari Kemerdekaan. Murid akan melukis sendiri bendera menggunakan pensil warna atau krayon sebelum dilekatkan pada batang lidi menggunakan gam, dan bukannya dibeli dengan mudah seperti sekarang, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique, ketika mengimbau saat manisnya menjadi pendidik di Sekolah Kebangsaan Assunta Convent, Kuantan, Pahang, sebelum menceburi dunia politik. Beliau berkata, kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan atau kini dikenali sebagai Hari Kebangsaan, akan disambung dengan nyanyian lagu Negaraku dan melafaz ikrar Rukun Negara di dalam kelas.

Proses menghasilkan bendera itu menurut beliau adalah proses pembelajaran, yang membolehkan pelajar memahami maksud setiap jalur merah putih, warna biru serta bintang dan bulan sabit berwarna kuning, pada Jalur Gemilang.

“Walaupun pada pandangan orang lain ia hanya sekadar aktiviti melukis bendera, situasi pada waktu itu amat berbeza, kerana penghayatan murid-murid terhadap prinsip Rukun Negara amat tinggi dan keterujaan mereka amat jelas terpancar,” katanya.

Yakin bahawa kunci perpaduan adalah melalui penghayatan kepada Rukun Negara, beliau nekad untuk mengembalikan semangat dan penghayatan kepada lima prinsip yang terkandung dalam falsafah negara itu, sama seperti dahulu. “Seperti orang lama sebut, balik kepada asal. Jadi kena lihat kembali semangat suatu masa dahulu, bagaimana untuk mengembalikannya semula. “Ini supaya Rukun Negara bukan saja terletak di kulit buku, bukan hiasan tapi sepatutnya diamalkan, dan untuk mengamalkan ia perlu dihayati dulu,” katanya ketika ditemu bual dalam dokumentari khas Bernama bertajuk ‘Rukun Negara: A Nation United’ (Rukun Negara: Sebuah Negara Bersatu), di Putrajaya, baru-baru ini.

Dokumentari dua episod itu diterbitkan Bernama, bersempena dengan ulang tahun ke-50 Rukun Negara yang disiarkan antara 31 Ogos sehingga 19 Sept di BernamaTV di Saluran 502 ASTRO, Njoi 502, UnifiTV 631 dan MyFreeView 121, selain laman Facebook rasmi BernamaTV dan saluran YouTube. Menyedari hakikat ia perlu dipupuk sejak dari usia awal kanak-kanak, usaha diambil pihak kementeriannya dengan menubuhkan jawatankuasa pendidikan Rukun Negara, yang dipengerusikan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perpaduan Negara dengan dianggotai KSU daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan.

Peranannya antara lain meneliti cadangan bagi menerapkan pendidikan Rukun Negara dalam kurikulum sekolah dari peringkat Tabika, sekolah rendah, sehinggalah ke sekolah menengah, dalam usaha memupuk penghayatan terhadap Rukun Negara dan menguatkan perpaduan dalam negara. “Dulu ada pendidikan Tatarakyat, kita belajar segalanya mengenai raja kita, bendera kita dan perkara yang perlu kita tahu sebagai warganegara.

“Atas dasar itu kita nak wujudkan kembali pendidikan Rukun Negara, dengan pindaan kepada sistem pendidikan negara,” katanya.

Sementara proses itu dimuktamadkan katanya, Kelab Rukun Negara yang terdapat di 6,621 sekolah rendah dan menengah selain 172 Sekretariat Rukun Negara di institut pengajian tinggi dan swasta, akan diperkukuh dengan menjalankan pelbagai program, bagi menyemarakkan kefahaman dan kepentingan tentang Rukun Negara. Selain itu beliau berkata, kerajaan juga kini sedang menyediakan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2025, dengan segala pandangan dan aspirasi rakyat akan dikumpul menerusi program jerayawara, dan dijangka selesai pada bulan ini.

“Kita sudah bentang kertas pelaksanaan maklum balas Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2025 kepada (mesyuarat) Kabinet (baru-baru ini), dan pelancaran kempen maklum balas itu akan dilaksanakan oleh semua negeri. “Saya teruja kerana kempen maklum balas Pelan Tindakan Perpaduan Negara ini disambut baik semua negeri. Ini kerana apabila kita berbicara soal perpaduan, ia jadi tanggungjawab bersama tidak kira fahaman politik. Maknanya bila bicara soal perpaduan ia merentasi semua,” katanya.

Halimah berkata sebuah Majlis Penasihat Perpaduan Negara turut ditubuhkan, bagi memperkukuh perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan rakyat di negara ini. Beliau berkata ia bertanggungjawab menasihati kerajaan melalui kementerian berkaitan hal ehwal perpaduan, serta membincangkan isu perpaduan, usaha penyatuan nasional dari pelbagai sudut dan mencadangkan kaedah penyelesaian terbaik, bagi menangani isu dan cabaran perpaduan dalam memperkukuh agenda perpaduan nasional. “Kita harap dengan struktur yang ada ini, akan dapat membantu kementerian saya untuk menjadikan harapan rakyat dan aspirasi negara, ke arah melahirkan agenda perpaduan nasional yang mantap.

“Saya juga berharap kita dapat mewujudkan rukun perpaduan rakyat Malaysia berteraskan kepada Rukun Negara dan saya harap ia dapat diterjemahkan dalam perancangan yang sedang kita laksanakan,” katanya.

Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.

Lima prinsip terkandung dalam Rukun Negara adalah, Kepercayaan Kepada Tuhan; Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang; Kesopanan dan Kesusilaan.

e07308c95e6e4e002b162e7867727c7f.jpeg

Aritikel asal https://www.malaysiakini.com/news/542794
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,767
Reaction score
10,348
Points
1,896
Semenanjung, Sabah dan Sarawak perlu jadi rakan kongsi setara, kata Dr M

September 16, 2020 1:51 PM

tun-mahathir-mohamad-fmt-290119-1.jpg

Dr Mahathir Mohamad yakin, jika semangat dan persetujuan di bawah MA63 dihayati dan dilaksanakan, segala kemusykilan dapat dileraikan.

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad berkata, negara dapat mengatasi sebarang kesukaran jika semua pihak terus menghayati dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963.
Bekas perdana menteri itu berkata, sebagai negara berbilang kaum, tidak dapat dinafikan ada kalanya timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

“Ia perlu dinilai dan dicari satu titik pertemuan supaya hubungan kita tidak terlerai.

“Kerana itu, kita menyokong permintaan supaya Perjanjian Malaysia (MA63) didokong sepenuhnya dan kita terima Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah 3 wilayah yang bergabung sebagai rakan kongsi setara

“Apabila ini tercapai, sudah pasti kita boleh maju ke depan dengan langkah yang lebih gigih dan jitu,” katanya dalam kenyataan hari ini sempena sambutan Hari Malaysia.

Mengimbau pengisytiharan Persekutuan Malaysia oleh Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman, Mahathir berkata, perasaannya bercampurbaur pada masa itu.

“Bangga, kerana Persekutuan Tanah Melayu akan bersama Borneo Utara yang kemudian dikenali sebagai Sabah, Sarawak dan Singapura akan bergabung untuk membentuk negara besar Malaysia.

“Saya juga berdebar-debar kerana pembentukan itu mendapat tentangan agak hebat dari beberapa negara jiran.”


Katanya, banyak yang dilalui selepas 57 tahun pembentukan Malaysia.

“Singapura telah keluar, tetapi keutuhan hubungan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak bertambah kukuh dan terus disemai.”

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,767
Reaction score
10,348
Points
1,896
DR. SHAMSHER SINGH THIND

10m ·




Sepatutnya setiap negeri seharusnya diberikan status yang sama dalam satu negara. Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur mewakili 13 negeri dan 1 kelompok wilayah persekutuan. Tak ada pun jalur khas untuk Sabah dan Sarawak. Semua jalur sama sahaja. Walaupun perlembagaan kita memberikan kuasa tambahan kepada Sabah dan Sarawak, kedua-dua wilayah tersebut hanyalah berstatus negeri.

Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan:
(1) The Federation shall be known, in Malay and in English, by the name Malaysia.
(2) The States of the Federation shall be Johore, Kedah, Kelantan, Malacca, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor and Trengganu.

Kalau masih nak menganggap Sabah dan Sarawak sebagai equal partners kepada Malaya (bukan dua negeri dalam Malaysia), maka Malaya juga harus diberikan kuasa untuk menghadkan dan mengawal kemasukan orang-orang Sabah dan Sarawak ke Malaya. Mereka juga harus mendapatkan visa dan permit untuk masuk dan berada di Malaya.

So, nak jadi negeri dalam Malaysia atau equal partner kepada Malaya? Pilih satu!

P.S. Bak kata pepatah Hindi "aar ya paar". Yakni, sebelah sini atau sebalah sana. Jangan sampai tergantung tengah jalan. Hanya pondan yang tak tau dia lelaki atau perempuan.

1600236049345.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Jadikan Rukun Negara Asas Cara Hidup, Bentuk Masa Depan Malaysia

16.09.2020 - Shah Alam, Rukun Negara yang berfungsi sebagai falsafah negara, teras serta kunci kepada kejayaan perpaduan di negara ini perlu dihayati sebagai asas cara hidup rakyat dan membentuk masa depan Malaysia, kata aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye. Lee yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia berkata Rukun Negara merupakan agenda perpaduan negara dan adalah sangat penting bagi masyarakat mengamalkan Rukun Negara sebagai cara hidup masing-masing.

“Saya harap, tidak kira mana-mana parti politik yang menjadi pemerintah, Rukun Negara harus diberikan pendedahan lebih meluas kepada semua lapisan masyarakat,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam siaran khas ‘Rukun Negara Hour’ oleh Bernama TV dan Bernama Radio di sini hari ini.

Selain itu, Lee berkata Rukun Negara harus dijadikan pegangan hidup dan diberi pendedahan, terutamanya kepada generasi muda kerana mereka merupakan pelapis pucuk pimpinan negara. Sementara itu Lee menegaskan, pendedahan Rukun Negara bergantung pada tiga faktor dikenali sebagai tiga ‘P’ iaitu pendidikan, penghayatan dan pengamalan. Beliau turut mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan supaya membuat kajian berhubung pendidikan Rukun Negara di sekolah.

“Kita tidak mahu melihat Rukun Negara (hanya) dihafal oleh murid dan pelajar tetapi tidak merasai (menghayati) isi dan maksud kelima-lima prinsip berkenaan. Sistem pendidikan Rukun Negara itu bagi saya patut menjadi silibus di sekolah… ia harus bermula di sekolah kerana sekolah merupakan satu tempat, saluran amat penting untuk memupuk perpaduan,” katanya.

Sementara itu, penerbit dan pengarah terkenal Datuk Rosyam Nor yang turut menjadi tetamu dalam program hari ini, berharap kerajaan memikirkan satu penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi industri seni di negara ini. Menurut Rosyam, sekiranya industri seni mempunyai R&D yang boleh mewujudkan rangka tindak untuk diguna pakai sebagai satu hala tuju, industri itu akan memberikan impak besar kepada negara dalam mempromosikan Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Saya difahamkan di Korea Selatan mereka membelanjakan beratus-ratus juta (wang) untuk membuat R&D, tetapi hasilnya pada hari ini mereka membuat (pulangan) berbilion-bilion. Saya rasa R&D untuk Malaysia ini juga kita bukan hanya memanggil orang industri, tetapi keseluruhan orang yang bijak pandai (pakar) dalam bidang masing-masing untuk kita bersama dapat melakukan satu blueprint (rangka tindak) yang hebat,” katanya.

Sehubungan itu, Rosyam berharap kerajaan tidak melihat industri seni sebagai picisan kerana industri itu memainkan peranan penting dalam segala bentuk kemajuan dalam negara termasuk ekonomi, budaya dan lain-lain.

FW1080091_KL03_16092020_WAWACARA-960x640.jpg

Berita asal https://selangorkini.my/2020/09/jadikan-rukun-negara-asas-cara-hidup-bentuk-masa-depan-malaysia/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Kerjasama Semua Pelihara Kerencaman Rakyat Malaysia

16.09.2020 - Shah Alam, Kerjasama dan keprihatinan antara negara serta insan harus ditekankan dalam memelihara kerencaman budaya dan fahaman di Malaysia. Dato’ Menteri Besar berkata ungkapan ‘For there is no place like Malaysia’ harus difahami dan dianggap sebagai kekuatan yang membentuk perpaduan rakyat.

“Itulah resipi kekuatan Selangor. Negeri bunga rampai atau ‘melting pot’ ini mendapat manfaat daripada kebijaksanaan dan kemahiran warganya yang berasal sejauh Perlis hingga ke Sabah. Baik dari segi budaya, agama, latar belakang ekonomi mahupun fahaman politik. Cogan kata ‘bersekutu bertambah mutu’ ternyata benar serta menjadi pegangan untuk menguatkan hubungan antara kita seperti diikrarkan dalam Rukun Negara,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam perutusan sempena Hari Malaysia hari ini.

Beliau berkata sebagai rakyat Malaysia kita boleh mendabik dada ekoran keadaan negara lebih baik berbanding negara jiran dalam berdepan pandemik Covid-19. Katanya, tindakan mengurus serta mengekang penularan wabak dengan cemerlang diperakui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta menjadi bualan negara lain.

“Kini kita ‘standing in the eyes of the world’ seperti tajuk lagu Ella yang popular sewaktu Sukan Komanwel 1998 dahulu.

119230134_3273149649443618_2676604862732367492_n-1.jpg

Berita asal https://selangorkini.my/2020/09/kerjasama-semua-pelihara-kerencaman-rakyat-malaysia/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Sultan Seru Rakyat Kukuh Perpaduan, Keharmonian Antara Kaum

16.09.2020 - Shah Alam, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyeru rakyat mengukuhkan perpaduan dan keharmonian antara kaum khususnya rakyat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Rakyat sewajarnya mensyukuri kemakmuran dan keamanan yang dikecapi selama ini dan berusaha mempertahankannya daripada anasir-anasir negatif dari luar, demi kelangsungan bangsa Malaysia,” titah baginda menerusi Facebook Selangor Royal Office sempena sambutan Hari Malaysia ke-57 hari ini.

Sultan Sharafuddin dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Malaysia 2020 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sultan.jpg

Berita asal https://selangorkini.my/2020/09/sultan-seru-rakyat-kukuh-perpaduan-keharmonian-antara-kaum/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register