BTC USD 53,945.2 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sambutan Hari Landskap Negara 24 Mei - 2 Jun 2024 di Tasik Shah Alam

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,637
Top Poster #6
Joined
Apr 15, 2012
Messages
39,637
Reaction score
3,854
Points
266
Awards
1

Agong berkenan rasmi Hari Landskap Negara 2024​

BERNAMA

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim (tengah) berkenan menyempurnakan perasmian Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam hari ini. FOTO Bernama.
YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim (tengah) berkenan menyempurnakan perasmian Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam hari ini. FOTO Bernama.

Shah Alam: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam di sini.

Turut berangkat mengiringi baginda ke majlis itu anakanda Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan suami Datuk Dennis Muhammad Abdullah.
Ketibaan Sultan Ibrahim pada 10 pagi disambut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, timbalannya Datuk Aiman Athirah Sabu dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Hadir sama Exco Perumahan dan Kebudayaan negeri Borhan Aman Shah, Exco Kesihatan Awam, Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Jamaliah Jamaluddin, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Najwan Halimi, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Haris Kasim dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.


Sementara itu, Nga dalam sembah alu-aluan berkata Jabatan Landskap Negara sedang giat memperkemaskan sistem jaringan landskap negara, mendaya upaya potensi dan nilai ekonomi industri itu, serta melindungi aset dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan landskap.

Beliau berkata ia selari dengan hasrat dizahirkan Seri Paduka Baginda semasa Titah Diraja pada Pembukaan Parlimen Penggal Ketiga agar kerajaan mengambil pendekatan proaktif dalam melaksanakan agenda pembaharuan untuk memperkukuh daya saing negara dengan mempunyai ekonomi yang mampan sejajar keperluan semasa.

"Sehubungan itu, Pelan Strategik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan hala tuju dan fokus untuk memperkasa industri landskap sebagai sumber ekonomi baharu.

"Kini, mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia industri landskap bernilai hampir RM30 bilion dan ia memberikan sumbangan dua peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian HLN 2024 di Taman Tasik Shah Alam sini hari ini.

Nga berkata untuk itu, HLN 2024 yang bertemakan 'Industri Landskap Pemacu Pembangunan MADANI' menyatakan dengan jelas kepentingan dan potensi industri itu yang meliputi subsektor pembinaan khususnya perkhidmatan, pembuatan, pengeluaran bahan tanaman dan peruncitan produk landskap bagi tujuan perdagangan pasaran domestik serta eksport, sebagai antara sumber janaan ekonomi negara.

Pada majlis sama, KPKT turut mempersembahkan Laman Diraja dengan konsep 'Dirgahayu Naungan Tuanku' yang diterapkan gabungan elemen seni bina Melayu dengan nuansa Inggeris.

Mercu tanda Gazebo Diraja itu yang berada di tengah Taman Tasik Shah Alam dibina pada kedudukan yang tinggi bagi menggambarkan ketinggian dan keutuhan institusi diraja dalam menaungi rakyat.

HLN 2024 yang bermula semalam hingga 2 Jun ini menjadi platform kepada penggiat industri landskap untuk mempromosi dan memasarkan produk mereka.

sumber - https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/05/1094043/agong-berkenan-rasmi-hari-landskap-negara-2024
 
Sponsored Post

dah dkt 2 minggu pbt2 smuo sibuk buek susunatur lanskap kek tasik nih, den jln kaki kek tasik shah alam sejak mggu lps tengok deme pasang & susun pokok bunga dsb, bina gazebo, psg lampu liplap

klu korang dtg dgn famili mlm2 laie best sbb cuaco sejuk & lampu2 cantik blh tgk muzikal air pancut , gerai2 jualan mcm2 ado

cumo mslh parking memang keno hadap lah klu nk dekat dgn area tu

sapo nk dtg sini den cadangkan;
- dtg waktu mlm lps maghrib
- parking tepi kek kwsn perumahan seksyen 2 atau seksyen 4 & jln kaki ke tasik utk elak jem kwsn pusat bandar
- laie baik blh paking free kek area muzium & kayuh bskl lipat atau skuter ke tasik ngadap PKNS shah alam
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register