Sambutan Hak Asasi Manusia 9 Dec 2018

Recommended Brokers


akecema

Legendary Member
Joined
Jan 26, 2007
Messages
18,617
Reaction score
1,017
Points
196
xpayah la tarik bang
jgn risau la xde nye bergaduh
jauh kot

ke tarik sbb xde org nak dtg
 
Sponsored Post

kasturi

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,270
Points
196
Melayu berlumba conteng arang sesama sendiri, titah Sultan Nazrin
7 Dec 2018


Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah umat Melayu hari ini kelihatan beransur lemah kerana telah kehilangan semangat ukhuwah, lemah jati diri, semakin hanyut dalam perlumbaan kebendaan dan semakin mabuk dilambung gelombang persaingan kuasa. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Disember, 2018.

UMAT Melayu Islam sedang terperangkap dalam perlumbaan menconteng arang sesama sendiri, masing-masing ghairah menepuk air di dulang dan airnya semakin terpercik ke muka sendiri, titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Titah baginda budaya politik negara ini menjelmakan ketaksuban baharu, menghidupkan budaya asabiah dan menganjurkan pemikiran mengutamakan kesetiaan kumpulan daripada kepentingan menerima kebenaran; malah mencanai minda mementingkan kumpulan daripada kelangsungan ummah lebih menyeluruh.


bila sultan kata mcmtu, teringat kata2 arwah TGNA. yg inilah ajaran Islam sebenarnya:


ARKIB : 15/12/2010
Perjuangan ketuanan Melayu sia-sia - Nik Aziz


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perjuangan ketuanan Melayu hanyalah perjuangan yang sia-sia.

Beliau berkata, tindakan melaung-laungkan ketuanan Melayu dengan mengetepikan Islam hanya akan menjadikan orang Melayu lebih hina, bukannya lebih mulia.

Katanya, apa yang pelik, di samping menjulang ketuanan Melayu, mereka telah terpalit dengan pelbagai tuduhan rasuah dan pecah amanah.

"Bolehkah pimpinan sebegini menjadi tempat bergantung rakyat? Bukan sahaja orang bukan Melayu, bahkan orang Melayu sendiri akan disembelih dengan slogan seperti ini.

"Buktinya, di Kelantan yang majoriti bangsa Melayu dinafikan peruntukan pembangunan dan royalti minyak oleh ketuanan Melayu. Hakikatnya, perjuangan ketuanan Melayu ini hanyalah perjuangan sia-sia," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, raja-raja Melayu berhak bimbang mengenai perkara tersebut jika benar orang- orang Melayu terancam.

Justeru katanya, semua pihak perlu mencari penawar yang betul untuk mengubati penyakit yang berlaku.

"Tidak guna jika menggunakan ubat yang salah, penyakit tidak sembuh bahkan semakin melarat. Dalam hal ini, ketuanan Melayu ialah ubat yang salah bahkan ia sebenarnya racun yang bisa," katanya.

Nik Abdul Aziz berkata, al-Quran menyatakan bahawa sesuatu bangsa tidak mempunyai sebarang kelebihan ke atas bangsa yang lain, sebaliknya yang melebihkan mereka hanyalah takwa kepada Allah SWT.

"Kemuliaan tidak pernah bergantung kepada bangsa. Ia hanya wujud apabila sesuatu bangsa itu bertakwa kepada Allah SWT. Bangsa yang melakukan hampir kesemua jenayah di dunia, akhirnya menjadi mulia apabila menerima Islam.

"JIka bangsa Arab yang sedemikan jahil itupun dimulakan oleh Allah SWT dengan Islam, apa peliknya jika bangsa Melayu pun boleh dimuliakan oleh Allah SWT, syaratnya berpegang dengan Islam.

"Justeru, bolehkah kiranya saya meletakkan harapan kepada pihak raja-raja Melayu agar membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai penyelesaian terhadap masalah yang berlaku?," soalnya.

Beliau mendakwa, selama 20 tahun menerajui kerajaan Pas Kelantan dengan tidak pernah menyebut ketuanan Melayu, orang Melayu tetap terbela dan terjaga, manakala kaum bukan Melayu pula tidak mempunyai sebarang masalah untuk berada di negeri ini.

Justeru, beliau melahirkan kebimbangan seandanya ketuanan Melayu disebut-sebut dan diulang-ulang, ia hanya akan menyemarakkan dendam dalam diam dan membakar di dalam senyap.

"Di sudut lain pula, ketuanan Melayu jugalah yang telah menghapuskan tulisan jawi di sekolah-sekolah suatu ketika dahulu sehingga hari ini melahirkan generasi yang buta al-Quran. Jawi yang menjadi tulisan asal bahasa Melayu 'dikebumikan' secara terhormat oleh ketuanan Melayu.

"Ketuanan Melayu jugalah yang menghapuskan bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat dan ketuanan Melayu jugalah yang bertanggungjawab terhakisnya tanah rizab Melayu di seluruh negara. Jenayah ketuanan Melayu ini sebenarnya cukup panjang untuk ditulis.

"Ia menyimpulkan bahawa ketuanan Melayu tidak membawa apa-apa faedah untuk negara hatta untuk bangsa Melayu sekali pun," katanya.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm#ixzz5Yyz6a500
© Utusan Melayu (M) Bhd

edit: tp org skrg dah x berminat nk kembali pd ajaran Islam sebenar. sbb tu byk masjid 2-3saf je penuh
 
Last edited:

akiyamasan

Active+ Member
Joined
Mar 10, 2011
Messages
3,605
Reaction score
815
Points
71
Jalan jer lah dua-dua sekali..

Bukan ada kaitan pun..

Suhakam punya tu perhimpunan jugak ke? Baru dengar sehari dua ni jer..x ada promosi pun?

Bagi aku kalau niat Kerajaan memang nak halang ICERD ni dia takkan luluskan permit dr awal. Tengah2 isu panas ni pun permit bagi lagi..so x nampak isu pun kat situ..

Sapa ntah nak pergi ke Suhakam tu?
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,312
Reaction score
5,785
Points
1,346
Suhakam’s human rights event to be now held on Sunday

December 7, 2018 4:32 PM


Suhakam chairman Razali Ismail.

KUALA LUMPUR: The Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) said it will now hold its Human Rights Day 2018 event on Sunday, hours after it announced that it was calling off the event following advice from the police and government.

Suhakam chairman Razali Ismail said they did not need any permission, including from the police, to hold the event.

Earlier today, he had said the commission was advised to call off the event by the police and the Prime Minister’s Department in view of security risks.

However, he did not reveal what these risks were.

Suhakam’s Human Rights Day was planned to be held at Padang Timur in Petaling Jaya, with Prime Minister Dr Mahathir Mohamad as the guest of honour, from 9am to 3pm.

It would have coincided with the anti-ICERD (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination) rally scheduled to take place at Kuala Lumpur’s Dataran Merdeka from 2pm to 6pm.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/12/07/suhakams-human-rights-event-to-be-now-held-on-sunday/
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,312
Reaction score
5,785
Points
1,346
Suhakam umum Ahad hari sambutan hak asasi

December 7, 2018 4:40 PM



PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengumumkan sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018 ditangguhkan ke Ahad.

Pengerusi Tan Sri Razali Ismail berkata sambutan yang sepatutnya diadakan esok tapi ditangguhkan atas faktor keselamatan itu akan diadakan di lokasi dan masa yang sama, iaitu Padang Timur, Petaling Jaya dari 9.00 pagi ke 3.00 petang.

“Suhakam tak perlu kebenaran mana-mana pihak termasuk pihak polis untuk melakukan aktiviti kemanusiaan dan juga sambutan Hari Hak Asasi Manusia yang ditangguhkan kerana faktor keselamatan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berharap perdana menteri akan sudi meraikan sambutan hari antarabangsa itu bersama mereka.

Terdahulu, Razali dalam kenyataan hari ini berkata polis memaklumkan kepada Suhakam dan Pejabat Perdana Menteri bahawa akan ada risiko keselamatan serius yang timbul daripada acara esok, tanpa memberikan butiran risiko itu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka melancarkan program itu.

“Suhakam kecewa kerajaan yang komited kepada hak asasi manusia nampaknya dipengaruhi oleh taktik tekanan dan ekstremisme sehingga sambutan yang dirancang sejak beberapa bulan lalu terpaksa ditangguhkan,” katanya.

Kebetulan, satu himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) akan berlangsung di ibu negara, anjuran NGO, Gerakan Pembela Ummah, dengan penglibatan Umno dan PAS.

Hari Hak Asasi Manusia disambut seluruh dunia pada 10 Disember setiap tahun.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/12/07/suhakam-umum-ahad-hari-sambutan-hak-asasi/
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
47,312
Reaction score
5,785
Points
1,346
Mengalah lagi kepada pembuli - Ambiga ciap kekecewaannya

Diterbitkan 7 Dis 2018, 3:24 petang | Dikemaskini 7 Dis 2018, 4:13 petang



Bekas presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Ambiga Sreenevasan membidas pembatalan sambutan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa esok, yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

"Sekali lagi mengalah kepada pembuli," ciapnya di laman Twitter.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan pihak polis menyarankan Suhakam supaya menangguhkan sambutan Hari Hak Asasi Manusia di Padang Timur, Petaling Jaya, esok yang juga akan dihadiri oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Suhakam, Razali Ismail yang mengesahkan pembatalan itu, berkata, polis menyatakan bahawa terdapat risiko keselamatan yang mungkin timbul jika sambutan berkenaan diteruskan.

Beliau juga kecewa kerana kerajaan kelihatan terpengaruh dengan tekanan yang ada.

"Suhakam kecewa kerana kerajaan yang komited kepada hak asasi manusia seakan-akan terpengaruh dengan taktik tekanan dan ekstremisme sehingga mengakibatkan acara yang telah dirancang sejak beberapa bulan lalu terpaksa ditangguhkan," katanya.

Dalam tweet terdahulu, Ambiga menyatakan tidak percaya dengan pembatalan itu.

"Arah Suhakam batalkan acara menyambut Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang telah kita lakukan selama bertahun-tahun. Wow! Ini adalah yang pertama.

"Jadi sekarang kita menyambutnya dengan membatalkan majlis dan bukan menganjurkannya! Hebat," katanya sambil menegaskan bahawa Malaysia adalah anggota Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

https://www.malaysiakini.com/news/455154
 

valentinik

Active Member
Joined
Mar 10, 2011
Messages
2,350
Reaction score
182
Points
33
Mengalah lagi kepada pembuli - Ambiga ciap kekecewaannya

Diterbitkan 7 Dis 2018, 3:24 petang | Dikemaskini 7 Dis 2018, 4:13 petang



Bekas presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Ambiga Sreenevasan membidas pembatalan sambutan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa esok, yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

"Sekali lagi mengalah kepada pembuli," ciapnya di laman Twitter.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan pihak polis menyarankan Suhakam supaya menangguhkan sambutan Hari Hak Asasi Manusia di Padang Timur, Petaling Jaya, esok yang juga akan dihadiri oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Suhakam, Razali Ismail yang mengesahkan pembatalan itu, berkata, polis menyatakan bahawa terdapat risiko keselamatan yang mungkin timbul jika sambutan berkenaan diteruskan.

Beliau juga kecewa kerana kerajaan kelihatan terpengaruh dengan tekanan yang ada.

"Suhakam kecewa kerana kerajaan yang komited kepada hak asasi manusia seakan-akan terpengaruh dengan taktik tekanan dan ekstremisme sehingga mengakibatkan acara yang telah dirancang sejak beberapa bulan lalu terpaksa ditangguhkan," katanya.

Dalam tweet terdahulu, Ambiga menyatakan tidak percaya dengan pembatalan itu.

"Arah Suhakam batalkan acara menyambut Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang telah kita lakukan selama bertahun-tahun. Wow! Ini adalah yang pertama.

"Jadi sekarang kita menyambutnya dengan membatalkan majlis dan bukan menganjurkannya! Hebat," katanya sambil menegaskan bahawa Malaysia adalah anggota Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

https://www.malaysiakini.com/news/455154
Ngade2 la dia ni,buat je la hari ahad..selalu tu suhakam ada buat perhimpunan ke?x pernah dengar pun..
 

marvelous

Legendary Member
Joined
Aug 21, 2006
Messages
16,667
Reaction score
2,672
Points
201
SUHAKAM’s World Human Rights’ Celebration,
SUNDAY, Dec 9th, 9.00am
Padang Timur, PJ.

Human Rights is essential for the wellbeing of any nation. Please show your support for @SUHAKAM and human rights.


SUHAKAM"s Human Rights celebration today postponed? I don't think so. Today 50-60k people celebrated human rights on the street of KL
 
Sponsored Post
Top
Log in Register