Sambutan Hak Asasi Manusia 9 Dec 2018

Recommended Brokers


marvelous

Legendary Member
Joined
Aug 21, 2006
Messages
16,506
Reaction score
2,618
Points
201
Norman Goh dan Faisal Asyraf | Diterbitkan 7 Dis 2018, 12:12 tengah hari | Dikemaskini 7 Dis 2018, 12:15 tengah hari



Polis menyarankan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) supaya menangguhkan sambutan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa esok, menurut sumber kerajaan.

Sambutan itu dijadual menampilkan kehadiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai tetamu kehormat dan akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya.


"Kami sedang tunggu mesyuarat kabinet selesai dan keputusan akhir mengenainya. Ia mungkin terpaksa ditangguhkannya," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Sementara itu, sumber polis mengesahkan bahawa kebenaran untuk sambutan acara Suhakam itu telah ditarik balik.

Acara itu akan diadakan serentak dengan perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) yang dijadualkan berlangsung kira-kira 10km dari Padang Timur.

Puluhan ribu dijangka menghadiri perhimpunan di Kuala Lumpur esok itu.

https://www.malaysiakini.com/news/455114?fbclid=IwAR39Qtct0j5Y7tWdQLmOptUorGn2k7HtuUm9Q64Rlwg2W5_vB_PYeyH_G3g
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
46,416
Reaction score
5,692
Points
1,346
Tun M dijangka rasmi Hari Hak Asasi Manusia 2018

7 DISEMBER 2018


Lok Yim Pheng

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka merasmikan sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018, esok.

Program anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) itu diadakan sempena Hari Hak Asasi Manusia Dunia yang diraikan pada 10 Disember.


Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Lok Yim Pheng berkata, sambutan yang terbuka kepada semua orang awam itu akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya.

"Kali ini, kita menampilkan tema 'Bangkit dan Memperjuangkan Hak Asasi Manusia'. Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang hak asasi manusia.


"Hal ini kerana kita mendapati masyarakat khususnya di kawasan pendalaman dan tempat tertentu masih tak tahu apa itu hak asasi manusia," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, antara aktiviti pada hari tersebut ialah pembukaan gerai-gerai bertemakan hak asasi manusia oleh agensi kerajaan, organisasi masyarakat sivil (CSO) dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Kita juga ada tayangan dokumentasi hak asasi manusia dengan kerjasama United Nation Association of Malaysia (Unam) serta persembahan wakil komuniti Orang Asli.

"Pada hari itu juga kita akan umumkan pemenang pertandingan video. Selain itu, Dr Mahathir dijangka memberi ucapan serta mesej khas oleh Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail," katanya.

Yim Pheng berkata, kehadiran Dr Mahathir diharapkan akan memperbetulkan tanggapan masyarakat kononnya Suhakam satu kumpulan yang sering menentang konsep atau dasar kerajaan.

"Tetapi kita nak ada kerjasama dengan kerajaan untuk melihat bahawa undang-undang negara kita dapat diharmonikan dengan sembilan konvensyen hak asasi manusia yang ada.

"Kita juga harap ini satu pengiktirafan kepada Suhakam bahawa syor kami kepada pemerintah terutama Perdana Menteri akan diberi perhatian khas," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/tun-m-dijangka-rasmi-hari-hak-asasi-manusia-2018-1.912855
 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
8,811
Reaction score
1,937
Points
176
^^ buat .. Hari PTPTN 2018 :D
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
46,416
Reaction score
5,692
Points
1,346
Perkembangan terdahulu

Pada hari himpunan bantah Icerd, Dr M hadir program hak asasi manusia

Diterbitkan 5 Dis 2018, 2:22 petang



Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dijangka melancarkan program Hari Hak Asasi Manusia 2018 yang dianjurkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pagi Sabtu ini di Petaling Jaya.

Ini merupakan kali pertama seorang perdana menteri akan menghadiri Hari Hak Asasi Manusia yang dianjurkan Suhakam.

Untuk rekod, Suhakam ditubuhkan oleh parlimen pada 1999 ketika Mahathir menjadi perdana menteri pertama kali.

Program Suhakam itu akan diadakan di Padang Timur dari 8 pagi hingga 3 petang. Ini merupakan kali pertama Suhakam menganjurkan acara seumpamanya di kawasan terbuka.

Antara pengisian program itu ialah pementasan oleh Suhakam bertajuk "Perjuangan yang belum selesai", persembahan tradisional dan pertandingan video pendek.

Kira-kira 10km dari tempat program itu diadakan, ribuan dijangka hadir berkumpul di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada sebelah petang hari yang sama untuk himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd).

Penganjur menyasarkan 500,000 penyertaan bagi tanda "kesyukuran" selepas kerajaan mengambil keputusan tidak meratifikasi konvensyen berkenaan.

Malaysia merupakan salah satu daripada dua negara Pertubuhan Negara Islam (OIC) dan salah satu daripada 17 negara yang tidak meratifikasi Icerd.

Ketika dihubungi, pesuruhjaya Suhakam, Jerald Joseph berkata, selain Mahathir, jemputan turut diberikan kepada ramai ahli parlimen.

"Kita ada sebuah kerajaan baru yang diterajui Mahathir dan mereka cuba menyelaraskan semula Malaysia dengan mengakui bahawa terdapat banyak isu dan kegagalan dari segi hak asasi manusia sebelum ini," katanya.

Joseph berkata misi Suhakam adalah meluaskan lagi perbincangan tentang hak asasi manusia.


Joseph turut menyatakan rasa kesal pihak yang membantah Icerd tidak memberi ruang terhadap perbincangan seumpamanya.

"Bagi Suhakam, kita perlu menggesa dan membuka ruang untuk perbincangan berhubung hak asasi manusia," katanya pada Malaysiakini.

Program anjuran Suhakam itu diadakan dua hari sebelum Hari Hak Asasi Manusia Dunia yang diraikan pada 10 Dis setiap tahun sempena pengiktirafan antarabangsa berhubung hak asasi manusia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 10 Dis 1948.

https://www.malaysiakini.com/news/454806

'Kita tengok siapa lebih ramai Sabtu ini'

Diterbitkan 6 Dis 2018, 6:42 petang | Dikemaskini 6 Dis 2018, 8:03 malam



Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa sambutan Hari Hak Asasi Manusia pada Sabtu ini sebagai cubaan mensabotaj himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) yang berlangsung pada hari sama.

Katanya, dua program besar pada hari sama itu juga seolah-olah satu bentuk persaingan secara zahir antara kelompok yang memang jelas mahukan Icerd diratifikasi dengan kelompok yang menentang konvensyen tersebut.

"Jadi kita tunggu Sabtu nanti, siapa lebih ramai, yang menyokong atau menentang ratifikasi Icerd.


"Saya harap rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian yang telah Malaysia kecapi selama 61 tahun, yang mahu kekalkan keamanan ini mengikut acuan kita sendiri, bukan acuan barat supaya menyokong himpunan membantah Icerd," katanya yang dipetik sebagai berkata oleh portal Utusan Malaysia.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dijangka melancarkan sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018 anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada pagi Sabtu ini bertempat di Padang Timur, Petaling Jaya.

Penganjur perhimpunan bagi membantah Icerd di Kuala Lumpur itu menjangkakan akan dapat menghimpunkan kira-kira 500,000 peserta bagi menyatakan bantahan mereka.

Program yang dikendalikan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) itu dikatakan mendapat sokongan padu dua parti dominan orang Melayu iaitu Umno dan PAS.

https://www.malaysiakini.com/news/455038
Sambutan hari hak asasi manusia pada 8 Dis diputuskan pada Okt- Suhakam

Diterbitkan 7 Dis 2018, 7:38 pagi | Dikemaskini 7 Dis 2018, 8:12 pagi



Keputusan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk mengadakan Sambutan Hari Hak Asasi Manusia pada 8 Dis telah diputuskan pada Oktober, kata pengerusi Tan Sri Ismail.

Oleh itu, Razali menyangkal dakwaan bahawa sambutan itu ialah untuk mengganggu demonstrasi anti-ICERD (Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum) yang jatuh pada tarikh yang sama.

Beliau berkata tarikh untuk sambutan itu diputuskan pada 18 Okt mengikut tarikh yang disediakan oleh Pejabat Perdana Menteri.

Oleh itu, Razali menyangkal dakwaan bahawa sambutan itu ialah untuk mengganggu demonstrasi anti-ICERD (Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum) yang jatuh pada tarikh yang sama.


"Untuk rekod, SUHAKAM menyokong sepenuhnya prinsip hak untuk berhimpun secara aman.

"Dakwaan oleh sesetengah individu bahawa acara SUHAKAM itu dengan dihadiri oleh Perdana Menteri adalah perhimpunan balas untuk mengganggu demonstrasi anti ICERD pada hari yang sama bertujuan untuk mencemarkan reputasi SUHAKAM dari kaca mata orang ramai," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Pada 23 Nov, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan satu kenyataan memaklumkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di bawahnya termaktub kontrak sosial yang dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara.

-- Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/455075
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
46,416
Reaction score
5,692
Points
1,346
Suhakam calls off human rights event on advice from cops, PM’s Department

December 7, 2018 2:17 PM


Human Rights Commission of Malaysia chairman Razali Ismail.

GEORGE TOWN: The Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) has postponed its Human Rights Day 2018 event tomorrow which would have coincided with the anti-International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) rally, following advice from the police and government.

In a statement today, Suhakam chairman Razali Ismail said the commission was advised to call off the event by the police and the Prime Minister’s Department. However, he did not reveal what the security risks were.

“Suhakam is disappointed that a government that is committed to human rights would seem to be influenced by tactics of pressure and extremism that have resulted in the need to postpone the celebration that was planned a few months ago.

“We apologise profusely to the public, our guests, the participants and volunteers to our celebration,” he said.

Razali said Suhakam would hold a press conference at its office today to elaborate on the matter.

Suhakam’s Human Rights Day event was planned to be held at Padang Timur in Petaling Jaya, with Prime Minister Dr Mahathir Mohamad as the guest of honour, from 9am to 3pm. It was expected to attract about 3,000 people.

The anti-ICERD rally will take place at Kuala Lumpur’s Dataran Merdeka from 2pm to 6pm. The organisers expect about 500,000 people to attend.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/12/07/suhakam-calls-off-human-rights-event-on-advice-from-cops-pms-department/
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
46,416
Reaction score
5,692
Points
1,346
Suhakam kecewa tak dibenar berhimpun esok

Diterbitkan 7 Dis 2018, 1:34 petang



Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) kecewa apabila sambutan Hari Hak Asasi Manusia yang sepatutnya berlangsung esok terpaksa ditangguhkan atas nasihat polis.

Pengerusi Suhakam Razali Ismail berkata keputusan itu dibuat polis tanpa memberikan butiran terperinci mengenainya.

Sebaliknya kata Razali polis menyatakan bahawa terdapat risiko keselamatan yang mungkin timbul jika sambutan berkenaan diteruskan.

"Polis Diraja Malaysia tanpa menyatakan butiran terperinci memaklumkan Suhakam dan Pejabat Perdana Menteri (PMO) bahawa terdapat risiko berkaitan dengan keselamatan negara yang berkemungkinan timbul daripada peristiwa yang dijadualkan pada esok hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sambutan Hari Hak Asasi Manusia anjuran Suhakam itu sepatutnya diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dijadual menjadi tetamu kehormat.

Bagaimanapun esok juga PAS bersama beberapa pertubuhan lain turut menganjurkan himpunan anti-Icerd di Kuala Lumpur.

PAS menyatakan rasa yakin seramai 500,000 orang akan hadir, termasuk dalam kalangan ahli Umno.


Polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sudah memberi kebenaran bersyarat kepada penganjur himpunan tersebut.

Menurut Razali Suhakam juga kecewa kerana kelihatan terpengaruh dengan tekanan yang ada.

"Suhakam kecewa kerana kerajaan yang komited kepada hak asasi manusia seakan-akan terpengaruh dengan taktik tekanan dan ekstremisme sehingga mengakibatkan acara yang telah dirancang sejak beberapa bulan lalu terpaksa ditangguhkan," katanya.

Justeru badan itu memohon maaf kepada orang awam, para jemputan, peserta dan sukarelawan yang terlibat dalam acara ini atas penangguhan tersebut.

Suhakam belum menetapkan tarikh baru untuk mengadakan sambutan berkenaan dan mereka akan mengadakan sidang media untuk memberi penjelasan lanjut pada jam 4 petang ini.

https://www.malaysiakini.com/news/455127
 

halfwit

Fun Poster
Joined
Sep 14, 2009
Messages
961
Reaction score
121
Points
23
Aku rasa mmg dah pre-planned dan bukan coincident date yg dipilih.

Yang ironicnya,

Kerajaan konon decide tak nak ratify ICERD tapi Prime Minister dah confirm turun padang untuk event NGO yang memperjuangkan ICERD.

Tak pelik ke? Aku rasa sebagai PM, patut dia ambil posisi neutral dan tak support mana2 NGO.

Ni, kat Dataran, Melayu duk kumpul tunjuk solidarity dan kesyukuran tapi 10km away, PM akan officiate event NGO yang memperjuangkan ICERD dari kaum yang fikir dorang ditindas hak asasi mereka. No prize guessing kaum mana yg “rasa” depa kena bully bab hak asasi ni.

Joseph ni siap jemput ramai ahli politik kerajaan semasa. Kat sini pun kita dah tahu sapa dikalangan mereka yg akan turun.
 

kasturi

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,270
Points
196
ICERD: Atas Kertas Dan Realiti

Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum [ICERD] diusahakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1965 bertujuan menangani masalah perkauman, namun di Malaysia ia dilihat sebagai satu ancaman terhadap kedudukan istimewa orang Melayu (Artikel 153) dan Islam.

FAKTA ICERD

Setakat Nov 2018, sebanyak 179 negara sudah meratifikasi ICERD.

Malaysia salah satu dari 18 negara di dunia yang masih belum meratifikasi ICERD. Selain Malaysia, negara lain yang tidak meratifikasi ICERD adalah Korea Utara, Myanmar, Angola, Bhutan, Brunei dan negara baru - Sudan Selatan. Baki negara yang belum meratikasi ICERD adalah kepulauan kecil iaitu Kepulauan Cook, Dominica, Kiribati, Kepulauan Marshall, Micronesia, Niue, Samoa, Tuvalu, Vanuatu, Nauru dan Palau.

Dalam dunia Islam, semua negara Islam telah meratifikasi ICERD, kecuali dua negara iaitu Malaysia dan Brunei.

Arab Saudi, Iran, Indonesia, Palestin, Mesir, Pakistan, Iraq dan Turki adalah antara 55 negara Pertubuhan Kerjasama Islam yang meratifikasi ICERD.

Bagaimana isu ICERD timbul?

Pada 28 Sept 2018, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ketika berucap di Perhimpunan Agung PBB berkata; "...kerajaan baharu Malaysia telah berikrar untuk meratifikasikan baki instrumen-instrumen teras PBB yang berkaitan dengan perlindungan hak-hak asasi manusia."

Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, ketika membahas ucapan PBB Mahathir di Dewan Rakyat pada 15 Okt 2018, menimbulkan kebimbangan kesan ICERD terhadap hak istimewa bumiputera.

Susulan itu, beberapa siri bantahan diadakan dengan Umno dan PAS kemudian mengumumkan akan mengadakan himpunan besar-besaran membantah ICERD. Beberapa menteri menekankan berhubung "pengecualian" yang boleh dibuat untuk mengekalkan Artikel 153. Bagaimanapun, persepsi umum menganggap ICERD akan menjejaskan Artikel 153 Perlembagaan.

Artikel 1(4) ICERD: Pendekatan khusus diambil dengan tujuan melindungi perkembangan setimpal kaum atau etnik tertentu. Tidak harus dianggap sebagai diskriminasi kaum, namun ia tidak harus diteruskan selepas objektif pendekatan itu diambil telah dicapai.

Pengecualian dalam ICERD

ICERD membolehkan negara yang meratifikasi konvensyen itu membuat pengecualian. Beberapa negara yang terlibat membuat pengecualian agar konvensyen berkenaan tidak melangkaui perlembagaan negara mereka. Beberapa negara yang membuat pengecualian ialah AS, Thailand, Papua New Guinea, Nepal dan Jamaica.

Berikut merupakan beberapa contoh:

Thailand
"Thailand tidak menginterpretasi dan memperuntukkan konvensyen ini sebagai satu tanggungjawab yang melebihi perkara yang ditetapkan dalam Perlembagaan dan undang-undang Thailand." [Sumber: Kompilasi Perjanjian PBB]

Nepal
"....Tiada ketetapan dalam konvensyen itu yang dianggap memerlukan atau meluluskan perundangan atau tindakan lain dari Nepal yang tidak sesuai dengan peruntukan Perlembagaan Nepal." [Sumber: Kompilasi Perjanjian PBB]

Malaysia boleh meratifikasi ICERD dengan pengecualian serupa untuk meredakan kebimbangan konvensyen itu akan menjejaskan Perlembagaan Persekutuan. Sesebuah pengecualian boleh ditolak sekiranya dua pertiga negara yang menyertai Icerd tidak bersetuju dengan pengecualian itu. Namun ia tidak pernah terjadi kerana sukar untuk mendapatkan bantahan dua per tiga dari 179 negara.

Arab Saudi, Yaman, Qatar, Iraq, Iran, Afghanistan dan Sudan adalah negara yang mengamalkan syariah namun sudah meratifikasi ICERD. Beberapa negara juga membuat pengecualian agar ICERD tidak melangkaui syariah.

Contoh Arab Saudi: "Kerajaan Arab Saudi mengisytiharkan akan melaksanakan konvensyen ini dengan syarat ia tidak bercanggah dengan apa yang ditetapkan dalam Syariah Islam." [Sumber: Kompilasi Perjanjian PBB]

Finland, Austria dan Jerman membantah pengecualian yang dikehendaki Arab Saudi, namun bantahan itu tidak diterima kerana tidak cukup dua per tiga dari 179 negara yang diperlukan.

Artikel 22 ICERD menyatakan bahawa negara yang tidak bersetuju dengan interpretasi konvensyen itu boleh dirujuk kepada Mahkamah Kehakiman Antarabangsa. Bagaimanapun, beberapa negara membuat pengecualian bahawa mereka tidak menerima ketetapan itu kecuali ia dipersetujui kedua-dia pihak yang bertikai.

ICERD di atas kertas dan realiti

Di atas kertas, ICERD bertujuan untuk mengikat (binding) sesebuah negara namun ia dilihat sukar dikuatkuasakan kerana tiada badan penguatkuasan. Sebagai contoh, orang Romania membuat aduan terhadap Slovakia kerana mendiskriminasi dan Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Kaum mendapati negara itu melanggar ICERD.

Jawatankuasa itu memberikan cadangan namun Slovakia mendakwa ia "tidak mengikat" (non-binding) dan seterusnya tidak peduli cadangan itu.

Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Perkauman juga menerbitkan laporan tahunan ke atas negara yang meratifikasi konvensyen berkenaan dan pernah mengkritik beberapa aspek undang-undang syariah di beberapa negara majoriti muslim seperti Qatar, Arab Saudi dan Iran. Namun terpulang kepada negara itu untuk menerima atau tidak.

Bagaimanapun, ICERD dilihat berfungsi sebagai rujukan dan garis panduan bagi negara yang terlibat untuk menggubal undang-undang antidiskriminasi.

Pengalaman sebelum ICERD

Ini bukan pertama kali Malaysia berurusan dengan konvensyen seperti ICERD. Malaysia pernah membuat pengecualian ketika meratifikasikan Konvensyen Berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) pada 1999.

Contoh pengecualian CEDAW:

"Kerajaan Malaysia mengisytiharkan bahawa penyertaan Malaysia tertakluk dengan pemahaman dan peruntukan bahawa konvensyen ini tidak bercanggah dengan peruntukan undang-undang Islam Sharia' dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia." [Sumber: Kompilasi Perjanjian PBB]

Terdapat 9 konvensyen teras hak asasi manusia PBB. Malaysia, setakat ini, sudah meratifikasi tiga daripadanya.

Tiga konvensyen itu ialah Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC), Konvensyen Berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), dan Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya (CRPD).

Selain ICERD, Malaysia perlu berdepan 5 lagi konvensyen yang belum diratifikasi.

5 konvensyen itu ialah;

- Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Politik dan Sivil (ICCPR),
- Perjanjian Antarabangsa Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya (ICESCR),
- Konvensyen Menentang Penderaan dan Lain-lain Kezaliman (CAT),
- Konvensyen Antarabangsa mengenai Perlindungan Hak Semua Pekerja Migran dan Anggota Keluarga Mereka (ICMW),
- Konvensyen Antarabangsa Untuk Perlindungan Semua Orang Daripada Kehilangan yang Dipaksa (CPED).

Adakah anda warga bermaklumat?
 
Last edited:

epozer

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Aug 2, 2010
Messages
14,414
Reaction score
372
Points
131
Aku rasa mmg dah pre-planned dan bukan coincident date yg dipilih.

Yang ironicnya,

Kerajaan konon decide tak nak ratify ICERD tapi Prime Minister dah confirm turun padang untuk event NGO yang memperjuangkan ICERD.

Tak pelik ke? Aku rasa sebagai PM, patut dia ambil posisi neutral dan tak support mana2 NGO.

Ni, kat Dataran, Melayu duk kumpul tunjuk solidarity dan kesyukuran tapi 10km away, PM akan officiate event NGO yang memperjuangkan ICERD dari kaum yang fikir dorang ditindas hak asasi mereka. No prize guessing kaum mana yg “rasa” depa kena bully bab hak asasi ni.

Joseph ni siap jemput ramai ahli politik kerajaan semasa. Kat sini pun kita dah tahu sapa dikalangan mereka yg akan turun.
klau buat jugak mmg cari pasal....blh agak dah ape akan jadi...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register