BTC USD 42,668.9 Gold USD 1,749.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sambut Ulangtahun Ke-60, SEGA Tawar Permainan Percuma Di Steam

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,437
Reaction score
4,153
Points
236
SEGA yang merupakan pembangun dan pengeluar permainan video,w kini menyambut ulangtahun ke-60 pada bulan ini. Bagi meraikannya, Sega menawarkan beberapa permainan yang boleh ditebus secara percuma melalui platform Steam.

Antara permainan itu termasuk Sonic The Hedgehog 2, yang boleh ditebus secara percuma sebelum 20 Oktober ini. Tidak hanya itu, Sega turut menawarkan DLC secara percuma. Secara khususnya, peta percuma untuk permainan Total War: Shogun 2 – Battle for Kawago, begitu juga pek item Sega 60th untuk Two Point Hospital.

SEGA’s 60 days of celebrations start today, Get ready for:
- Free retro-inspired mini games
- Crazy discounts
- Giveaways
- Competitions
- Exclusive interviews
- And much, much more!

Sementara itu, Sega juga menawarkan beberapa kandungan secara harian, termasuk mini-game yang boleh ditebus dalam masa yang terhad, peluang untuk memainkan permainan yang tidak pernah dilancarkan kepada umum (prototaip), promosi jualan serta pelbagai lagi di platform Steam. Ianya bermula dari 14 Oktober hingga 13 Disember 2020. Untuk lebih lanjut mengenai permainan percuma yang ditawarkan, layari laman Sega di https://www.sega60th.com/

segaaa.jpg
 

CG Sponsors




Top
Log in Register