- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 290,609
- Reaction score
- 12,181
- Points
- 2,376
KUALA LUMPUR - Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) telah melantik dua kontraktor utamanya bagi kerja-kerja penyambungan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Lembah Klang.
Ia merangkumi projek sambungan bagi laluan sistem (LRT) Ampang sepanjang 17.7 kilometer (km) bermula dari Sri Petaling hingga ke Putra Heights melibatkan 13 stesen baru.
Ia turut melibatkan projek sambungan laluan LRT Kelana Jaya sepanjang 17 kilometer dari stesen Kelana Jaya ke Putra Height melibatkan 13 stesen baru.
Menurut kenyataan syarikat itu, pemilihan dua kontraktor itu dilakukan melalui tender terbuka pada 2009.
"Daripada 118 kontraktor yang menghantar permohonannya, kita telah memilih Trans Resources Corporation Sdn. Bhd. dan Bina Puri Holdings Berhad.
"Mereka diberikan tempoh selama 27 hingga 30 bulan bagi menyiapkannya," kata kenyataan itu di sini semalam.
Kosmo