BTC USD 44,673.9 Gold USD 1,742.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell sambal belacan g-tra..terangkat oii!!!

jai_x5

Super Active Member
Joined
Feb 1, 2007
Messages
7,776
Reaction score
23
Points
65
di sini aku ade produk dalam botol..

Sambal Belacan g-tra

aku ambik terus dari kilang kat jitra..

ade yg berminat?

kuantiti takde hal punye..

Belle003-1.jpg


Belle001.jpg


Belle004.jpg


komen aku tentang produk nie:

1. rasa sedap..

2. senang je terus bukak botol..tak payah susah2 nak sediakan sambal belacan..

3. target pembeli..pengusaha kedai, restoran dan etc..suri rumah pun bleh..

harga boleh discuss..

harga sebotol RM4.50 sahaja..berat bersih 170gm..

penghantaran bergantung pada lokasi dan jumlah order..

kalau order lebih dari 48 botol within lembah klang, penghantaran percuma..

sekotak ada 24 botol..

utk penghantaran melalui pos within peninsular malaysia click link nie..
 
Last edited:
Sponsored Post

sosazr

Active Member
Joined
Aug 2, 2008
Messages
1,423
Reaction score
0
Points
20
Anggaran harga runcit berapa bro?
 

jai_x5

Super Active Member
Joined
Feb 1, 2007
Messages
7,776
Reaction score
23
Points
65
Anggaran harga runcit berapa bro?

harga runcit nie dalam RM4.60 - RM4.80

tapi boleh cecah sampai RM5.00..(harga agent kat kl tu aku usha kat site..tak caye boleh gune google..kekeke)

sambal belacan nie ade 2 perasa

1.original recipe (macam kfc la pulak..hehe)

2.udang

price aku surely bawah dari harga agent nie..
 
Last edited:

diablo

Active+ Member
Joined
May 18, 2007
Messages
3,639
Reaction score
10
Points
25
Uit yg ni korang kena try beb ..

Terangkat siot . aku da try . Sedap walleweh pedas dia huuuu . Mencucuk langit la kata org ..

Beli ulam je , x yh nk tumbuk2 da pedih mata .. xde gaji pnya wa promote ni . Ikhlas punya testi
 

amirin19873

Fun Poster
Joined
Sep 15, 2008
Messages
839
Reaction score
1
Points
15
di sini aku ade produk dalam botol..

Sambal Belacan g-tra

aku ambik terus dari kilang kat jitra..

ade yg berminat?

kuantiti takde hal punye..

Belle003-1.jpg


Belle001.jpg


Belle004.jpg


komen aku tentang produk nie:

1. rasa sedap..

2. senang je terus bukak botol..tak payah susah2 nak sediakan sambal belacan..

3. target pembeli..pengusaha kedai, restoran dan etc..suri rumah pun bleh..

harga boleh discuss..



perrrgghhh favourite aku ni mkn nasi pas2 lauk cicah smbl blacan
 

jai_x5

Super Active Member
Joined
Feb 1, 2007
Messages
7,776
Reaction score
23
Points
65
memang sedap..resipi ibu nie.. :)cgrock

HANYA YANG TERBAIK: Pekerja memilih cili besar berkualiti sebelum diproses.

Norazzah guna cili segar hasilkan produk dikomersialkan setanding budu dan cencaluk

MUNGKIN anda akan ketawa jika seorang rakan memberi idea untuk menjual sambal belacan yang cukup mudah disediakan. Itulah yang dialami seorang wanita cekal, Norazzah Ibrahim, 44, apabila dia ditertawakan rakannya ketika memberitahu mengenai cadangannya mengkomersialkan sambal belacan.

Namun semua sindiran itu dijadikan perangsang dan suntikan semangat untuk menceburkan diri dalam perusahaan sambal belacan sejak dua bulan lalu.

Anak jati Kampung Malau, Jitra, Kedah ini mula bertekad menjalankan perniagaan yang belum diteroka secara komersial itu, apabila dia mendapat idea ketika sedang bercuti bersama keluarga di Kelantan lebih setahun lalu.

Norazzah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif G-Tra Manufacturing Sdn Bhd berkata, apabila melihat budu begitu popular dan sinonim dengan masyarakat Kelantan dan cencaluk di Melaka yang dibotolkan, timbul idea secara spontan untuk memperkenalkan sambal belacan yang dibotolkan.

Pulang dari Kelantan, dia terus meminta ibunya, Satariah Mahat, 63, mengajarnya mencari formula terbaik membuat sambal belacan dan menggabungkannya dengan ilmu serta pengalaman ketika menghadiri kursus penyediaan makanan sebelum ini.

LUMAYAN: Norazzah bersama produk sambal belacan perisa asli dan udang keluaran syarikatnya.

Katanya, ramai orang tahu membuat sambal belacan kerana ia juadah pembuka selera paling mudah disediakan dan ramuannya tidak banyak, selain murah, tetapi belum ada yang menjualnya secara dibotolkan.

“Dalam dunia moden sekarang ramai pengguna mengambil pendekatan ringkas dan mudah dengan membeli makanan siap diproses kerana mereka kesuntukan masa untuk menyediakannya. Malah, penggemar sambal belacan juga ramai tetapi produk yang sudah siap sukar diperoleh.

“Ia membuka peluang kepada saya mengusahakan perniagaan ini dan tidak menyangka sambutan diterima amat menggalakkan,” kata pengusaha produk Sambal Belacan G-tra itu.

Norazzah berkata, beliau menggunakan kaedah pembotolan kerana ia lebih mudah digunakan dan boleh disimpan dalam peti sejuk selepas dibuka, selain mudah memasuki pasaran di pasar raya.

CARA BETUL: Proses memasukkan cili merah ke dalam mesin penggaul untuk dijadikan sambal belacan.

Bagi menjamin kualiti produk, beliau mendapatkan bekalan belacan daripada pengusaha yang sudah terkenal, selain menggunakan cili merah dan cili padi segar.

Ibu kepada empat anak berusia antara enam dan 20 tahun itu berkata, bagi memastikan khasiat sambal belacan keluarannya dikekalkan, beliau turut menghantar sampel produk itu ke dua makmal di Pulau Pinang untuk dianalisis dan amat berterima kasih kepada Mardi yang banyak membantu memberikan khidmat nasihat.

Memulakan perusahaan itu dengan modal RM50,000, Norazzah yang dibantu suaminya, Hanim Sulaiman, 46, menghasilkan sambal belacan dalam dua perisa, iaitu asli dan berperisa udang menggunakan mesin untuk menjamin kualitinya.

Bagi sambal belacan perisa asli ia dijual pada harga RM4.60 sebotol, manakala perisa udang RM4.80 sebotol.

“Biar pun baru kira-kira dua bulan berada di pasaran, ia sudah mendapat sambutan menggalakkan di negeri ini dan Kuala Lumpur mencatat jualan 2,000 botol sebulan.

“Alhamdulillah, tempahan yang saya terima semakin meningkat dan yakin produk ini akan mendapat tempat di pasaran seperti makanan siap proses lain.

“Malah, sudah ada beberapa pihak yang menyatakan kesediaan untuk mengeksport Sambal Belacan G-tra, tetapi saya perlu meningkatkan kapasiti pengeluaran terlebih dulu,” katanya yang menyewa satu lot rumah kedai dua tingkat sebagai kilang.
 

Missy^Dreamy

Active+ Member
Joined
Sep 19, 2008
Messages
3,748
Reaction score
109
Points
33
nak beli 1 je boleh x? campo pos jd berapa?
 

His777ham

Active Member
Joined
Feb 19, 2008
Messages
2,156
Reaction score
3
Points
25
woii..aku nak beli..camner..berapa kos penghantaran??
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register