izack1981
Legendary Member

- Messages
- 10,380
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2007
- Messages
- 10,380
- Reaction score
- 61
- Points
- 120
KUALA LUMPUR 10 Nov. - Nilai kompaun bagi saman trafik tertunggak di seluruh negara kini mencecah RM1.2 bilion meliputi pelbagai kesalahan.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, jumlah itu meliputi pesalah yang dikenakan tindakan waran tangkap dan juga saman ke atas pesalah trafik yang belum dikemas kini alamat masing-masing.
Katanya, semakan yang dibuat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati kebanyakan pesalah trafik itu tidak mempunyai alamat terbaru.
Sehubungan itu, beliau memberitahu, polis sedang bekerjasama dengan JPJ bagi mengemas kini data-data terkini pengguna jalan raya.
"Langkah ini dibuat bagi mengelakkan rungutan pesalah trafik terutama mereka yang gemar memberi alasan tidak tahu-menahu mengenai saman trafik kerana telah berpindah," katanya.
Musa berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran e-payment bagi pelanggan-pelanggan Maybank di pusat beli-belah Mid Valley di sini hari ini.
Turut hadir ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Timbalan Pengarah Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz dan Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Abd. Aziz Yusof.
Musa memberitahu, bagi memudahkan pembayaran kompaun saman trafik, pelanggan Maybank kini boleh menjelaskan bayaran melalui e-payment yang diperkenalkan sejak 3 September tahun lalu di 85 kaunter bank itu di seluruh negara.
Katanya, pembayaran melalui kaedah tersebut terbukti berkesan apabila sehingga bulan ini polis telah berjaya mengutip sejumlah RM7.45 juta melalui cara itu.
Beliau menjelaskan, orang ramai yang membayar melalui e-payment tidak boleh membuat rayuan berbanding jika mereka menyelesaikan tunggakan saman di kaunter polis.
"Dalam sistem e-payment, kita secara automatik tetapkan nilai kompaun yang minimum dan munasabah dengan mengambil kira pelbagai faktor dan jenis kesalahan," katanya.
Musa memberitahu, empat kesalahan utama iaitu melanggar lampu isyarat, memotong barisan, memotong garisan berkembar dan memandu melebihi had laju tidak boleh dikompaun.
Jelasnya, kaedah e-payment itu bukan saja memberi manfaat kepada kerajaan malah kepada para pembayar bagi mengelakkan mereka dihadapkan ke mahkamah atas kegagalan menyelesaikan saman.
Beliau berharap dalam masa yang terdekat e-payment dapat diperluaskan penggunaannya bukan sahaja melalui kad kredit atau debit di kaunter-kaunter polis malah secara online dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
P/S: Maleh bonar kite nak bayar saman
)