Saman maksimum

CG Sponsors




eapui

Active+ Member
Joined
Dec 28, 2007
Messages
4,827
Reaction score
7
Points
25
SHAH ALAM: Empat penumpang kenderaan yang tidak memakai tali pinggang keledar bakal berdepan saman maksimum sehingga RM8,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali selepas penguatkuasaan pemakaian tali pinggang berkenaan bermula 1 Januari depan.

Ini kerana, hukuman berkenaan boleh dikenakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap individu jika sabit kesalahan atau masih ingkar memakai tali pinggang keledar.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan, dalam masa sama memaklumkan, aspek saman atau kompaun adalah perkara kedua, sebaliknya keselamatan pengguna serta penumpang kenderaan perlu dijadikan fokus utama dalam penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar.

“Bermula 1 Januari ini, pemilik kenderaan diminta memasang tali pinggang keledar bahagian penumpang belakang kenderaan masing-masing demi keselamatan.


“JPJ memberi tempoh tiga tahun untuk laksanakan pemasangan berkenaan. Tempoh panjang itu diberi untuk kemudahan pengguna dan lebih baik jika ia dipasang secepat mungkin,” katanya selepas operasi khas JPJ di Plaza Tol Batu Tiga, di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Penguatkuasa JPJ Selangor, Salim Parlan serta Ketua Siasatan Trafik Bukit Aman, Deputi Superintendan Zaba Abd Rahman.

Menurut Solah, berikutan penguatkuasaan berkenaan, JPJ hanya akan mengeluarkan kompaun RM300 bagi enam bulan pertama 2009 bagi mereka yang ingkar memakai tali pinggang keledar.

“Selepas tempoh berkenaan, mana-mana individu yang tidak memakai tali pinggang keledar di dalam sesebuah kenderaan, tidak kira pemandu atau penumpang, akan dikenakan tindakan mahkamah dengan denda mencecah RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

“Kami berharap pengguna faham hasrat murni kerajaan yang mahu mengurangkan risiko kematian atau kecederaan parah,” katanya.

Beliau berkata, penguatkuasaan pemasangan serta pemakaian tali pinggang keledar di bahagian penumpang belakang adalah fasa kedua selepas fasa pertama diwajibkan terhadap pemandu serta penumpang sebelah pemandu pada April 1979.

Katanya, berdasarkan kajian pada 2007, daripada lebih 2,000 kemalangan pada tahun itu, sehingga 50 peratus kematian dan kecederaan membabitkan penumpang bahagian belakang kenderaan persendirian boleh dikurangkan jika memakai tali pinggang keledar.

“Ia jumlah besar dan kita harap pengguna utamakan keselamatan diri serta penumpang dengan memasang tali pinggang,” katanya.

Bagi membantu pemilik kenderaan, satu Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani pengeluar kereta seperti Proton, Perodua dan Honda dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) bagi memasang tali pinggang keledar bahagian penumpang secara percuma.

Menurut Solah, dengan MoU berkenaan, 697,000 pengguna ketiga-tiga jenama kenderaan berkenaan bakal mendapat manfaat.

“Selepas kajian, semua kenderaan dari ketiga-tiga jenama berkenaan yang dikeluarkan sejak 1 Januari 1995 layak menerima manfaat berkenaan dan ia boleh dipasang di mana-mana pusat servis kenderaan itu.

“Kenderaan yang tidak perlu dipasang dengan tali pinggang keledar bahagian penumpang belakang adalah yang tidak didaftarkan sebelum 1 Januari 1995, teksi, kereta sewa serta kenderaan lebih lapan tempat duduk, tidak termasuk tempat duduk pemandu,” katanya.

Selain itu, kenderaan lain yang tidak perlu dipasang tali pinggang keledar ialah kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan melebihi 3.5 tan dan kenderaan didaftarkan selepas 1 Januari 1995 tetapi tidak dilengkapi penambat binaan dalam (alat yang boleh digunakan untuk memasang tali pinggang keledar).
 
Sponsored Post

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
kalo anak kecik camner yer? takkan nak ikat diorang kat belakang?

kalau sorang ok la...kalau ramai anak kecik camner?

sepatutnya kerajaan kena buat umur minimum untuk pakai tali belakang nie...
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
kaya2.. leh jana ekonomi negara ..sumber baru pendapatan KERAjaan:)paid..
 

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
kalo anak kecik camner yer? takkan nak ikat diorang kat belakang?

kalau sorang ok la...kalau ramai anak kecik camner?

sepatutnya kerajaan kena buat umur minimum untuk pakai tali belakang nie...
kena beli tempat duduk yg khas utk bayi/budak kecil tu.. x tau brp rege:)..
 

marley

Active Member
Joined
May 16, 2008
Messages
1,667
Reaction score
8
Points
25
alala tok alala tok..jgn saman#:-S
 

LilinSticks

Active+ Member
Joined
Mar 20, 2008
Messages
3,487
Reaction score
3
Points
25
Non value added rules..hehe. Value for GOV money jekk nie...GOV tersayang...kenapa jalan lobang sana sini boleh buat ternak keli dan lintah tengah jalan melambak korang wat dekk..jer...JKJR kata jalan rosak penyumbang kemalangan maut?..so whatt.....huh~ stupid rule nerver end with be end...
 

brozul

Super Active Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
8,469
Reaction score
28
Points
70
bagi aku tak berbaloi la nak saman sume ni...
kena family anak ramai dalm 5-6 org cmne?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register