BTC USD 95,161.1 Gold USD 3,309.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saman fitnah: Anwar, MP PAS selesai kes luar mahkamah

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
59,869
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
59,869
Reaction score
6,918
Points
881
Awards
1
Saman fitnah: Anwar, MP PAS selesai kes luar mahkamah

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim, telah mencapai penyelesaian dalam saman fitnah yang difailkan oleh Anwar terhadap wakil rakyat PAS itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini merekodkan penyelesaian luar mahkamah bagi tindakan sivil tersebut, dengan Presiden PH menarik balik saman tersebut manakala Ahmad Amzad menarik balik kenyataan yang dipertikaikan itu.

Saman sivil itu berkaitan dakwaan Anwar berbohong mengenai hanya menerima gaji RM1 ketika menjadi penasihat ekonomi Selangor.

Hakim Hassan Abdul Ghani merekodkan penyelesaian antara plaintif dan defendan yang bersetuju untuk menamatkan pertikaian undang-undang peribadi mereka selepas mengambil kira terdapat isu jauh lebih besar dan penting yang memerlukan perhatian.

Peguam Anwar, Sankara Nair, hari ini mengesahkan keputusan tersebut, dengan ahli parlimen Tambun dan ahli parlimen Kuala Terengganu menyatakan penghargaan mereka kepada hakim mahkamah sivil dan pegawai kehakiman.

“(Kedua-dua pihak) juga berharap agar keputusan ini dapat diterima dan dihormati oleh semua pihak serta tidak dijadikan sesuatu yang boleh menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian di Malaysia,” menurut kenyataan bersama Anwar dan Amzad.

Melalui persetujuan, plaintif menarik balik saman tersebut tanpa kebebasan untuk memfailkan semula dan tanpa perintah kos.

Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Amzah pada 22 Disember 2022.

[Baca berita asal]

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!
 
Back
Top
Log in Register