BTC USD 58,977.1 Gold USD 1,802.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saman ekor tidak adil, perlu dimansuh

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,285
Reaction score
32
Points
70
KUALA LUMPUR, 8 Nov: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mencadangkan kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperbaiki sistem yang digunakan sekarang untuk mengenakan saman kepada pengguna jalan raya.

Salahuddin ketika mencelah dalam perbahasan di Dewan Rakyat petang tadi berkata, saman ekor yang dikenakan PDRM bersifat tidak adil dan perlu dimansuhkan segera.

Ini kerana katanya, terdapat banyak masalah yang timbul akibat saman yang dikenakan antaranya apabila bukan pemilik kenderaan itu sendiri yang menggunakannya ketika saman dikenakan.

"Menteri tadi secara terbuka mengakui memang ada kesilapan di peringkat pelaksanaan seperti mesin manual yang digunakan, dan seumpamanya tetapi pengguna jalan raya tetap menerima saman.

"Saya melihat saman ekor ini satu saman yang tidak adil. Apabila diberikan saman ini kepada mereka yang melakukan kesalahan itu secara umum, kadang-kadang bukan tuan kereta yang pandu. Orang pinjam kereta, tiba-tiba ada saman. Ini menimbulkan banyak masalah.

"Adakah Yang Berhormat tidak boleh mempertimbangkan bahawa apa yang penting saman ekor itu dihapuskan, diperbaiki sistem itu," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS.

Sementara itu, Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) menegaskan, saman ekor bercanggah dengan perkara 13 Perlembagaan Persekutuan iaitu hak seseorang terhadap hartanya.

"Saman ekor bertentangan dengan perkara 13 Perlembagaan Persekutuan iaitu hak terhadap harta.

"Sekiranya seseorang itu disenarai hitamkan, dan Jabatan Pengangkutan Jalan enggan memperbaharui cukai jalan maka dia tidak boleh menggunakan keretanya.

"Jadi tidakkah ini melanggar prinsip perlembagaan," katanya.
Sumber

-----
Syabas pemimpin PR. Mcm ni lah pemimpin yg berjiwa rakyat. Berjuang utk rakyat dalam isu2 yg jadi masalah kepada rakyat jelata. Ada pemimpin2 BN setuju? Takdak. Depa diam seribu bahasa. Depa takut kpd bos depa. Yes bos! Yes bos! Depa tak berminat hendak berjuang dalam isu yg depa anggap remeh temeh ini tp isu ini bukan isu remeh. Ia isu hak dan keadilan kpd rakyat. Kenapa susah sgt kerajaan nak mansuhkan saman ekor ni?
 
Sponsored Post

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
saman ekor nih hanya speedtrap saja atau termasuk yang lain2 seperti menghalang lalulintas?
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,285
Reaction score
32
Points
70
Yg aku tau saman ekor ni adalah utk saman oleh polis yg dok tepi jalan dan ramkam no plate kereta yg speeding melebihi had laju atau membawa kenderaan dalam keadaan yg merbahaya kpd pengguna jalan yg lain. Masalahnya, saman yg dikenakan mempunyai kelemahan yg boleh menganiaya tuan punya kenderaan spt kenderaan memakai no pendaftaran palsu, masalah alat perakam kelajuan polis yg tidak berfungsi dgn elok, kenderaan yg dibawa bukan oleh tuan punya kenderaan dan tuan punya kenderaan tidak menandatangani surat saman yg dikeluarkan ketika kesalahan dilakukan yg boleh membuatkan saman itu tidak sah.
 

shide

Active+ Member
Joined
May 29, 2009
Messages
3,154
Reaction score
29
Points
30
saman ekor ni bagus.. tp kena la guna teknologi canggih..
siap tunjuk bukti..
contoh tunjukkan video ketika bawa laju tu..
then tangkap gambar pemandu.. baru la adil...
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,285
Reaction score
32
Points
70
saman ekor ni bagus.. tp kena la guna teknologi canggih..
siap tunjuk bukti..
contoh tunjukkan video ketika bawa laju tu..
then tangkap gambar pemandu.. baru la adil...
kalau pemandu tu pakai topeng? :eek: atau pelanduk 2 serupa? :eek: kalau no plate palsu nanti nak send ke mana video tu?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register