BTC USD 37,221.0 Gold USD 1,797.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sama-sama jaga anak-NORISH

notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
Oleh Hartati Hassan Basri
[email protected]

Rap

WALAUPUN gagal mempertahankan perkahwinannya, pelakon Norish Karman, 34, tidak mahu perceraiannya dengan suami, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 60, memberi kesan kepada anak-anaknya.
Norish dan bekas suami mencapai persetujuan untuk sama-sama menjaga anak-anak mereka, Muhammad Haqiem Amany, 9, Muhammad Hady Amieran, 5, dan Nur Hanyz Amanda, 4, melului hak penjagaan bersama sebagaimana diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, 10 November lalu.

Pasangan ini berkahwin pada 11 Januari 1998 di Perlis dan bercerai 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Kata Norish, dia tidak mahu anak-anak menjadi mangsa apabila ibu bapanya tidak lagi sehaluan lalu mengambil keputusan untuk bercerai.

“Sebagai ibu bapa yang begitu menyayangi anak-anak, saya dan Datuk bersetuju untuk sama-sama menjaga mereka. Apa yang diputuskan sebenarnya ialah hak penjagaan bersama.

“Itu yang ingin saya perbetulkan kerana apa yang dipaparkan dalam akhbar (Selasa) seolah-olah saya menang dalam perebutan mendapatkan hak penjagaan anak-anak.

“Kenyataannya tidak begitu dan saya tidak mahu timbul rasa kurang senang kepada pihak Datuk. Kami juga bukan bertelagah untuk mendapatkan hak penjagaan anak serta tuntutan nafkah sebaliknya menggunakan mahkamah melalui perbincangan,” katanya ketika dihubungi, Selasa lalu.

Bintang Sayang Salmah ini berkata, sememangnya anak-anak tinggal bersama dengannya tetapi waktu sama bekas suami boleh datang bertemu mereka pada bila-bila masa.

“Ada masanya saya sibuk dan perlukan bantuan Datuk untuk menjaga anak ataupun Datuk ingin bertemu anak-anak dan mengajak mereka keluar. Semua itu tidak menjadi masalah.

“Ia bukanlah sebagaimana pasangan lain apabila ibu mendapat hak penjagaan anak-anak dan suami pula mendapat hak lawatan pada hari-hari tertentu. Perkara sebegitu tidak berlaku dalam kes kami.






“Cuma untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku pada waktu akan datang, satu perjanjian dalam bentuk perintah mahkamah berkaitan hak penjagaan anak dan tuntutan nafkah diperlukan supaya ia lebih khusus dan jelas,” katanya





Norish yang kini sibuk di lokasi drama bersiri Spa Q musim kedua, menafikan tidak memberi kerjasama yang baik kepada wartawan yang berada di mahkamah pada hari itu.

Katanya, mereka terus mendapatkan keterangan daripada peguamnya, Akhbardin Abdul Kader dan bukan terus datang kepadanya untuk mendapatkan kenyataan.

“Saya memang terkejut apabila keluar saja daripada mahkamah sudah ada sekumpulan wartawan. Saya tahu Datuk memang tidak suka kalau saya memberi sebarang kenyataan kepada media. Jadi, saya terus keluar.

“Apapun saya hanya kurang puas hati dengan tajuk dipaparkan dan bukan isi kandungan berita dilaporkan,” katanya.

Mengenai perasaannya kini, Norish atau nama sebenarnya, Nor Ashikin Karman mengakui terlalu sibuk dengan kerja dan waktu sama menguruskan anak-anak menyebabkan tiada masa untuk memikirkan perkara lain.

“Saya terlalu sibuk dengan penggambaran Spa Q dan dijangka selesai akhir Disember atau awal Januari. Apa yang penting bagi saya ialah hidup harus diteruskan,” katanya.

Pada Isnin lalu, Norish dan suami, mencapai persetujuan bersama selepas kedua-duanya berbincang di bilik majlis sulh selama setengah jam bermula jam 9.55 pagi.

Satu tarikh diperlukan untuk menyatakan perjanjian secara khusus dan jelas dan mahkamah tetapkan 1 Disember ini untuk membolehkan satu perjanjian dalam bentuk perintah berkaitan hak penjagaan anak dan tuntutan nafkah termasuk perincian berkaitan jangka masa lawatan diperoleh.


p/s:kesian anak beliau
:(:(:(
 
Sponsored Post

bellaluna

Legendary Member
Joined
Jun 12, 2008
Messages
11,891
Reaction score
2
Points
115
datin mmg seorg mak jan yg hot. :)cgrock

2595024458_c76df529e9.jpg


jage anak baek yer. :D:D
 

hafis_81

Super Active Member
Joined
Feb 15, 2008
Messages
6,386
Reaction score
32
Points
70
dulu anak tiri dia sekolah aku..masa tu bekas bini 1st dato' tu selalu dtg sekolah jmpa anak dia yg d'jaga norish..skang norish lak jd janda..cpt betul roda b'pusing..
 

lanbai

Super Active Member
Joined
Feb 26, 2008
Messages
8,041
Reaction score
5
Points
70
ye lah,,,
:D
sma2 jg dri jauh neh.. :D
 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,046
Reaction score
244
Points
133
Anak2 dorang sama2 jaga. Emak nye ada sapa2 volunteer nak jaga???
 

anida80

Active+ Member
Joined
May 1, 2008
Messages
2,936
Reaction score
9
Points
25
lepas satu2..bercerai x abis2 lagik
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register