Salleh: Sekatan ke atas Steam ditarik balik[

CG Sponsors




Abdul wahob

Super Active Member
Joined
Dec 26, 2011
Messages
8,041
Reaction score
49
Points
70
Aku tk termasuk dlm org2 yg terkejut tu....
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,578
Reaction score
2,959
Points
201
Salleh: Sekatan ke atas Steam ditarik balik

PETALING JAYA: Putrajaya menarik balik keputusan menyekat laman penyedia platform permainan popular, Steam, selepas rakyat Malaysia tidak dihalang dari memuat turun satu permainan video kontroversi.

Perkara itu diumumkan Menteri Komunikasi & Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak di Twitter hari ini.

“Steam sudah menghalang permainan itu dimuat turun di Malaysia mengikut amaran dan permintaan kami malam tadi. Sekatan akan ditarik balik hari ini,” kata Salleh awal pagi tadi.

Kerajaan mengambil keputusan untuk menyekat keseluruhan laman itu malam tadi, selepas Salleh menuntut penyedia platform permainan video itu tidak membolehkan permainan “Fight of Gods” dimuat turun oleh rakyat Malaysia dalam masa 24 jam, atau tindakan akan diambil.

Dalam satu kenyatan semalam, Salleh berkata laman Steam disekat kerana mereka gagal mematuhi kata dua kerajaan.

“Tindakan yang dilaksanakan ini adalah perlu bagi melindungi pengguna selain memastikan tidak berlakunya kejadian yang tidak diingini.

“Perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini merupakan matlamat utama kerajaan, sebarang perilaku yang menggugat matlamat ini tidak akan dikompromi sama sekali oleh kerajaan,” katanya.

Ramai pemain video menunjuk perasaan di media sosial bagi meluahkan perasaan marah dan kecewa sejak laman Steam disekat Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) semalam.

Pemuda DAP bidas kerajaan BN

Malah Pemuda DAP turut mengulas sekatan itu, dan berkata sekatan itu menunjukkan “kerajaan BN tidak mempercayai kebijaksanaan anak muda Malaysia dan percaya ‘kerajaan lebih tahu’ tanpa mengambil kira kemahuan rakyat.

“Malaysia, di bawah kerajaan persekutuan BN, nampaknya menuju ke satu masa depan di mana tapisan keterlaluan dikenakan bila-bila senang daripada membenarkan anak muda membuat penilaian sendiri.

“Pemuda BN diketuai Khairy Jamaluddin nampaknya masih belum memahami anak muda hari ini walaupun usaha dilakukan untuk memikat mereka melalui dialog Transformasi Nasional (TN50),” kata Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pemuda DAP Kebangsaan Muhammad Shakir Ameer.

Permainan baharu itu mencetuskan kontroversi kerana ia memaparkan watak Jesus Christ dan Buddha dalam senarai “peninju”.

“Fight of Gods” diilhamkan permainan tinju 1 lawan 1 seperti Street Fighter, di mana pemain menggunakan seorang watak untuk menewaskan watak lawan mereka.

Dibangunkan oleh Digital Crafter dari Taiwan, permainan itu menyebabkan tokoh agama dan pemain video tersinggung dengan paparan Jesus Christ dan Buddha melakukan aksi ganas.

Populariti permainan itu menyebabkan pemimpin agama di negara ini berasa marah dan khuatir, dan menyeru kerajaan mengharamkan permainan itu.

http://www.freemalaysiatoday.com/ca...9/salleh-sekatan-ke-atas-steam-ditarik-balik/
 

aab kal

Fun Poster
Joined
Oct 27, 2012
Messages
384
Reaction score
3
Points
15
steam down ke skrg?

pakai steam client lambat..nk masuk workshop xlepas lepas
try login melalui website pun xlepas lepas?

2 hari lepas ok je?
 

jebatforex100

Permanently Banned - Multiple Accounts
Joined
Nov 26, 2017
Messages
113
Reaction score
6
Points
15
sbb melibatkan agama kristian dan buddha. laju je buat kerje sbb nk jaga hati pengundi cina.

cuba ia melibatkan Allah dan Islam, mesti buat donno je SKMM. bila ditanya, alasannya "server steam berada di luar negara, kita tak mampu buat apa2".

tahu sgt dah game2 puak2 ini.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register