BTC USD 38,497.8 Gold USD 1,805.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Salam Perkenalan dari penulis travelog Di Hujung Muncung Mesingan, Fahmi Faiz

Sponsored Post

cheagil

Active+ Member
Joined
Jan 11, 2011
Messages
2,990
Reaction score
38
Points
30
Bab: Prolog

…3 Januari 2013…

Di dalam semak itu, kelihatan seorang wartawan sedang berdiri membuat ulasan sambil dikelilingi tiga orang individu. Wartawan itu sedang menemuramah individu-individu tersebut. Beliau kelihatan memegang mikrofon dengnan erat. Barangkali beliau sedang ketakutan. Pada penghujung ulasan, wartawan itu, yang melilitkan serban di kepala menyebut perkataan:

JIHAD FI SABILILLAH

Disekeliling beliau pula, kelihatan beberapa orang lelaki. Mereka semua masih muda, barangkali berusia lingkungan 20-an. Namun, mereka bukan seperti kebanyakan anak muda dan belia lain. Ini kerana – setiap dari mereka menggalas mesingan!

Saya kemudian beralih kepada video yang lain. Video yang bertajuk ‘kidnapped teacher beheaded – Philippines 9 Nov 2009’ itu memaparkan berita di dalam bahasa ingeris. Di dalam video itu, pengulas mengulas satu kejadian menggemparkan di kawasan Jolo (Sulu) di Mindanao. Seorang lelaki telah diculik oleh kumpulan perompak yang mungkin terdiri dari ahli Abu Sayyaf, dan kerana wang tebusan tidak dibayar, lelaki itu terpaksa menerima padah yang besar…

Kepala beliau dipancung dan dicampak ke sebuah stesen minyak!

Saya menonton video itu dengan penuh rasa takut. Bukan kerana takut melihat wajah lelaki yang berbungkus kain kapan yang ditunjukkan di dalam klip video itu. Tetapi rasa takut itu mencengkam jiwa kerana saya sedar bahawa beberapa hari yang akan datang, saya akan mengembara seorang diri ke kawasan itu. Ya – saya akan mengembara sorang diri ke Mindanao, dan menjejaki Bangsamoro iaitu pribumi di sana.

Kedua-dua video yang ditonton itu adalah video yang lapuk. Ia dimuat naik ke YouTube pada tahun 2009. Namun ada satu titik yang mempertemukan ia – semua kejadian itu terakam di Mindanao. Pada masa itu, Mindanao masih jauh dari sinar yang damai. Pada tahun itu, mereka masih jauh dari mencapai hasrat untuk bebas memacu wilayah mereka.

Hari itu bertarikh 3 Januari 2013. Selesai menonton kedua-dua video itu, saya kemudian bersandar pada kerusi di dalam bilik saya. Saya termenung. Sebentar tadi, saya menerima panggilan dari seseorang. Panggilan itu mengejutkan saya. Panggilan itu seakan-akan nota maut untuk saya kerana beberapa hari lagi saya akan mengembara ke Mindanao seorang diri.
Saya kemudian merapati semula komputer. Saya klik pada satu video yang saya telah muat turun dari YouTube. Video itu bertarikh 15 Oktober 2012. Ia bertajuk:

Some MILF men shed tears as peace deal nears

Menonton klip video itu, perasaan takut saya kembali luntur, dan semangat saya untuk mengembara ke Mindanao kembali utuh. Video yang penuh emosi dan airmata itu memaparkan situasi di kem militari mujahid terbesar di Mindanao saat majlis tandatangan kerangka perjanjian damai ditandatangani pada tahun 2012. Ia memaparkan tangis esak para militan
yang menangisi kejayaan mereka menuntut kedamaian dalam bentuk kuasa autonomi yang total – para militan yang berkongsi agama dan bangsa yang sama dengan saya di Malaysia ini.

Bagaimanakah keadaan saya apabila tiba di Mindanao nanti? Adakah saya akan selamat mengembara ke sana seorang diri? Dan yang paling utama, mengapa saya ke sana? Ikuti kisah selanjutnya untuk mengetahui.
bro, brp harga suter buku tu. boleh jual sini tak. saya nak support dan utk pengetahuan saya jugak. kalau boleh poslaju yer.:)cgrock
 
Joined
Jun 19, 2014
Messages
25
Reaction score
0
Points
8
Samb. Bab 1: Genesis

KENAPA SAYA PILIH UNTUK MENGEMBARA KE MINDANAO?

Pada penghujung bulan November 2012, kira-kira sebulan selepas FAB ditandatangani, saya bersama ibu, ayah dan adik telah bersarapan di sebuah restoran di Seremban. Sesi makan pagi itu menyaksikan satu lembaran sejarah baru dalam hidup saya bakal dibuka. Kami sepatutnya hanya bersarapan, namun perbualan antara saya, ibu dan ayah pada pagi itu telah memberi inspirasi kepada saya. Inspirasi itu akhirnya mendorong saya untuk melaksanakan satu siri pengembaraan yang unggul, yang penuh debaran dan penuh cabaran - siri pengembaraan solo saya ke bumi mencabar Mindanao.

Saat bersarapan bersama mereka, saya menyatakan hasrat saya untuk meneruskan pengembaraan kedua, setelah pengembaraan pertama merentas tanah besar Asia Tenggara berjaya dibukukan. Idea saya untuk pengambaraan kedua ketika itu ialah untuk mengembara mengelilingi dunia. Pagi itu, selepas selesai bersarapan, saya berkongsi idea tentang projek tersebut kepada ibu, ayah dan adik. Mereka mendengar dengan penuh bersemangat. Selesai saya memberi penerangan ringkas, ayah mencelah: “Misi ini bagus, dan objektif misi ini jelas. Cuma, berpandukan kepada bajet dan proses mendapatkan dana, ia akan memakan masa. Ayah tidak mahu momentum Fahmi pudar disebabkan oleh kelewatan itu.”

Ayah menyambung lagi: “Semasa ayah ke Manila pertengahan tahun 2012, ayah berpeluang bertemu seorang wakil dari sebuah NGO di Manila, XXX Foundation (nama dirahsiakan atas sebab sensitiviti) dan wakil tersebut bernama Encik Hassan. Beliau ada berkongsi serba sedikit tentang kesusahan dan kemiskinan yang dialami oleh Bangsamoro di Mindanao. Kerangka Perjanjian Damai Bangsamoro antara MILF dengan Kerajaan Filipina juga telah ditandatangani. Barangkali ini menjadikan Mindanao sebagai tempat yang selamat untuk dikunjungi. Jadi, ayah nampak potensi disitu – Pertama, keadaan di Mindanao pasti lebih selamat. Kedua, Fahmi boleh mengembara ke Mindanao dan dibantu oleh Encik Hassan.”

Di atas meja makan itu, kami menjalankan analisa ringkas tentang keberhasilan projek pengembaraan ke Mindanao itu, dan fokus kami sudah tentu berkisar tentang isu keselamatan.

Kami berpendapat, setelah Kerangka Perjanjian Damai Bangsamoro ditandatangani, keadaan pasti akan menjadi lebih aman dan selamat dan warga Mindanao akan lebih terbuka terhadap pelancong asing. Kami juga berpendapat bahawa kejadian-kejadian ‘berdarah’ terutama penculikan terhadap pelancong asing pasti akan berkurangan setelah perjanjian damai itu berlansung. Oleh itu, tahap keselamatan saya sebagai pengembara solo akan terkawal.

Ada logiknya disebalik kesimpulan itu. Ini kerana, jika sebuah kawasan yang dahulunya bergolak telah kembali aman, penduduknya pasti akan lebih memikirkan soal menaiktaraf ekonomi. Apabila perkara itu berlaku, mereka pasti tiada masa untuk membuat jenayah, sebaliknya mungkin sibuk mengemaskini resume untuk mendapatkan pekerjaan, atau sibuk mendirikan gerai-gerai makanan dan berniaga. Namun, pendapat ini salah. Dan saya perlu bayar kesalahan ini dengan harga yang mahal. Kisah ini akan saya kongsikan di bahagian lain buku ini.

Berbalik kepada perbualan kami semasa bersarapan pagi, saya menguntum senyuman selepas mengetahui tentang kenalan ayah saya di Manila tersebut. Fikir saya, andai saya dapat berurusan dengan beliau dan memohon bantuan dari segi logistik, penginapan dan akses kepada kawasan-kawasan yang akan saya kunjungi, saya pasti misi ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya ketika itu memilih untuk ke Cotabato. Ini kerana, sepanjang mengikuti perkembangan FAB, saya juga pernah menonton satu rancangan eksplorasi BBC UK. Hos rancangan itu memilih Cotabato sebagai destinasi kunjungan kerana situasi konflik disana ketika itu dapat menyimpulkan keadaan geo-politik di seluruh Mindanao. Juga, melalui rancangan itu, dan paparan askar-askar yang memegang rifle dan RPG yang sering dipertontonkan, itu membuat saya semakin teruja dengan kawasan itu.

Walaupun saya meragui tahap keselamatan di Mindanao, terutama di kawasan Cotabato, namun saya anggap idea mengembara secara solo ke Cotabato itu sebagai satu bentuk idea yang konstruktif dan satu bentuk pengembaraan yang luhur dengan objektif yang jelas.

Pertama, saya nampak peluang disebalik pengembaraan itu – peluang untuk menjadi antara rakyat Malaysia yang terawal menjejaki bumi Bangsamoro itu secara solo dan menghasilkan bahan penulisan berbentuk travelog ber-orientasikan geo-politik. Saya berpendapat, tidak ramai yang berpeluang mengembara ke Mindanao, terutama Cotabato lebih-lebih lagi secara solo.

Oleh itu, pengalaman yang saya dapat kutip sepanjang saya mengembara ke Mindanao nanti pasti akan menjadi satu pengalaman yang menarik, lebih-lebih lagi kerana misi itu melibatkan sebuah kawasan yang terkenal dengan bahaya dan cabaran serta jarang dikunjungi. Pasti saya dapat mengutip banyak maklumat tentang Mindanao, terutama yang dapat dilihat dari kacamata dan perspektif pengembara seperti keunikan dan kepelbagaian budaya, keenakan makanan dan keindahan panorama. Pengalaman itu, apabila dibukukan kelak, pasti akan menjadi sensasi. Ini kerana ia melibatkan satu siri pengembaraan menjejaki bumi yang jarang menerima kunjungan pengembara.

Disamping itu, misi ini juga akan menjadi satu bentuk kesinambungan kepada kisah pengembaraan saya yang terdahulu, dan kali ini dalam konteks yang lebih luas. Jika dahulu, saya mengembara demi ingin ‘mencari jiwa’ dan fokus kembara adalah self-centered, kali ini kembara saya didorong atas sifat cintakan kemakmuran, serta dorongan untuk menyebarkan kempen keamanan – demi ‘mencari’ dan memahami erti kesyukuran diatas rahmat keamanan dan kemakmuran di Malaysia. Ini dapat dilaksanakan dengan mendalami keperitan dan kesusahan hidup golongan Bangsamoro di Mindanao, dan membuat perbandingan dengan Malaysia.

Objektif lain misi ini juga adalah sebagai satu bentuk jihad saya dalam membantu golongan Muslim. Melalui kembara itu, serta buku berkisar pengembaraan itu yang akan saya tulis, saya berhasrat agar rakyat Malaysia lebih terbuka dalam membantu Bangsamoro meningkatkan kapasiti mereka (capacity building). Ketika itu, walaupun masih belum memulakan pengembaraan, namun saya percaya dan yakin bahawa pasti terdapat banyak peluang yang boleh dicapai di Mindanao. Ini kerana, kawasan itu dahulunya bergolak. Kawasan yang bergolak biasanya jarang menerima pelabur asing. Namun, setelah FAB ditandatangani, saya yakin pintu ekonomi di Mindanao pasti akan terbentang luas, dan menanti mereka-mereka yang berani mengambil risiko untuk membuat pelaburan di sana.

Akhirnya, setelah menimbangkan semua kebaikan dan keburukan projek itu, saya dapati kebaikannya mengatasi keburukan. Tanpa berfikir panjang, kerana risau andai saya panjangkan tempoh berfikir ada kemungkinan saya berubah fikiran – maka, saya menyatakan persetujuan untuk mengembara ke Mindanao dan disaksikan oleh ibu, ayah dan adik saya. Saat itu juga, saya menyimpan tekad untuk merealisasikan misi ini, walau sejauh mana pun kesukaran yang bakal saya hadapi. Saya yakin, setelah misi luhur ini dibukukan, ia dapat memberi kebaikan kepada saya dan kepada pembaca.

Sebelum meninggalkan restoran itu, ayah berkata sambil memeluk bahu saya: “This is my son. Lelaki yang berani. Dahulu dia telah mengembara seorang diri merentas Tanah Besar Asia Tenggara, kini dia akan ke Mindanao pula. Pergi ke sana, buat kami bangga. Sebarkan mesej keamanan dan kemakmuran. Pastikan kembara itu memberi nilai kepada orang lain, terutama rakyat Malaysia agar lebih bersyukur dan menghargai keamanan dan kemakmuran di Malaysia ini.”

Adik juga memberi dorongan dan sokongan kepada saya. “Dulu along ambil gambar di sungai Mekong semasa ke Asia Tenggara seorang diri. Itu tak thrill, bro… Kali ini, jangan lepaskan peluang ambil gambar dengan kumpulan Abu Sayyaf. Lagi thrill, ambil gambar sambil naik kereta kebal dan pegang rocket launcher…” Ujar beliau berseloroh.

Ibu yang dari tadi menyepi kini bersuara: “Unik anak mama ni. Dari kecil mama besarkan dia, hinggalah dewasa, perjalanan hidup yang dia pilih pasti menongkah arus dan tidak seperti orang lain. Dulu sewaktu zaman belajar, dia lari keluar dari asrama ke Seremban serta tidur dalam replika burger A&W. Selepas itu, bila dah dewasa dia mengembara pula seorang diri merentas Asia Tenggara. Masa tu bila mama tanya ada duit atau tidak, dia beritahu mama bahawa dia ada duit yang banyak sedangkan rupa-rupanya dia hanya ada RM500 dalam poket. Kini, dia ingin ke Mindanao pula seorang diri. Tidak mengapa, nak. Mama dah cukup faham dengan anak mama ini. Mama doakan yang terbaik untuk Fahmi. Yang penting, mama tidak akan putus mendoakan keselamatan Fahmi, dunia dan akhirat.”

Kemudian kami meninggalkan restoran itu lalu beredar pulang. Restoran itu menjadi saksi bahawa sesi sarapan pagi kami hari itu adalah sesi yang sangat bermakna – ia merupakan GENESIS, permulaan kepada satu lagi episod mencabar dalam hidup saya.
 
Joined
Jun 19, 2014
Messages
25
Reaction score
0
Points
8
bro, brp harga suter buku tu. boleh jual sini tak. saya nak support dan utk pengetahuan saya jugak. kalau boleh poslaju yer.:)cgrock

Harganya RM19.90.

InsyaAllah jika saudara dapatkan terus dari saya, naskah saudara akan bertandatangan penulis hehe
 
citymall

Active+ Member
Joined
Dec 13, 2013
Messages
4,295
Reaction score
478
Points
41
Selamat datang.
Sayang tak ada video
Biasanya orang buat travellog ada disertakan video
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,281
Reaction score
13,615
Points
2,376
Salam perkenalan dari saya
Selamat datang ke CG
Selamat berforum dengan berhemah :)cgrock

mungkin TT boleh bukak thread mengenai cerita ni di Section Others Interest :)
 
Joined
Jun 19, 2014
Messages
25
Reaction score
0
Points
8
Samb. Bab 1: Genesis

Contact person

Walaupun sibuk merangka aktiviti dan perancangan sepanjang pengembaraan saya ke Mindanao, saya tidak mengabaikan kepentingan membina hubungan dengan orang tempatan yang boleh membantu saya disana. Perlu diingatkan bahawa ini bukan misi pengembaraan ke Paris, Bangkok atau Vientiane di Laos. Tidak sama sekali. It is out of the league.

Misi ini akan menyaksikan saya mengembara ke sebuah kawasan berkonflik, yang pernah menyaksikan peperangan besar-besaran. Liputan di Mindanao juga pernah dibuat oleh National Geographic didalam siri Locked Up Abroad. Terdapat satu siri rancangan itu yang mengisahkan seorang warganegara Amerika Syarikat diculik bersama rakan beliau. Mereka dibawa ke sebuah kepulauan di sekitar Mindanao dan mangsa itu telah menyaksikan satu pengalaman yang terlalu ngeri dan menakutkan:

Kepala rakan beliau dipancung. Lelaki itu dipancung hidup-hidup!

Maka oleh itu, walaupun secara dasarnya saya akan mengembara seorang diri, dan meletakkan label saya sebagai pengembara solo, saya tidak boleh menolak kepentingan membina network yang baik dengan individu-individu yang dapat membantu saya di Cotabato nanti.

Bercakap soal contact person, dialog dibawah adalah menggambarkan tentang proses perkenalan saya dengan Encik Hassan iaitu kenalan kepada ayah saya. Beliau merupakan antara karekter penting didalam misi ini, walaupun akhirnya hubungan itu terpaksa ditamatkan dengan tragis (kisah ini akan saya kongsikan pada bab seterusnya).

Encik Hassan: “Assalamualaikum”

Saya: “Waalaikumsalam. May I speak to Mr Hassan?”

Encik Hassan: “This is Hassan. May I know who is on the line?”

Saya: “Mr Hassan, I hope you are doing well. My name is Fahmi, Fahmi bin Faiz. I call from Malaysia.”

Encik Hassan: “Yes, Mr Fahmi, how can I do any help?”

Saya: “I am an author, and I want to write a book about the Bangsamoro – Their struggle, their way of life, their hope for the future. My father has told me that you can help. He met you last couple of months back, during his trip to Manila."

Encik Hassan diam sebentar, sebelum kembali menyambung:

Encik Hassan: “Oh MasyaAllah I remember! We met at the mosque in Manila! Syukran Fahmi, it is good to know your noble intention. Sure. Later, I will forward you my email address, and we can communicate through email.”

Saya: “Many thank Mr Hassan. I look forward for the email address.”

Saat itu, saya bertambah yakin dengan kejayaan misi ini. Saya yakin, bahawa misi murni ini akan mendapat perhatian dari Encik Hassan, dan beliau akan membantu saya dalam menjayakan misi ini.

Dari perbualan itu, saya dan Encik Hassan mula membina kepercayaan sesama kami, berkomunikasi melalui email, dan kadangkala melalui panggilan telefon. Saya menyatakan hasrat saya untuk mengembara ke Mindanao, serta berkongsi idea dan pendapat tentang keberhasilan program-program dan aktiviti yang bakal saya laksanakan ketika di sana nanti.

Fokus utama saya ketika itu adalah agar saya beroleh akses untuk memasuki kem-kem tentera MILF di Darapanang, atau jika itu tidak mampu saya lakukan, setidak-tidaknya saya akan menziarah dan menemuramah tentera MILF.

Disamping itu, saya juga berhasrat agar dapat menzirahi perkampungan yang dihuni Bangsamoro di Cotabato untuk mendalami corak kehidupan mereka yang khabarnya terlalu dhaif, selain menziarah dan solat berjemaah di masjid-masjid, serta melawat pasar di Cotabato. Saya juga menyatakan hasrat untuk bermalam di perkampungan Islam Bangsamoro untuk lebih memahami cara hidup mereka yang miskin.

Dari saat itu juga, saya diperkenalkan dengan individu lain yang merupakan rakan dan merangkap orang kanan Encik Hassan di dalam pertubuhan NGO yang beliau kendalikan, iaitu Encik Nash. Saya sangat bersyukur kerana dipertemukan kepada Encik Nash. Beliau sangat membantu dalam menjayakan misi ini.

Saya masih ingat, pada suatu hari, sekitar pertengahan Disember 2012, saya mendapat tahu bahawa proposal saya untuk memohon dana dari beberapa pihak bagi menjayakan projek ini tidak dapat diluluskan (saya terpaksa merahsiakan identiti pihak-pihak tersebut atas sebab sensitiviti). Oleh kerana tidak berjaya mendapatkan dana tambahan, maka kewangan saya untuk menjalankan misi yang saya anggap berskala global ini akan menjadi terbatas.

Saya memaklumkan kepada Encik Nash, bahawa memandangkan proposal itu tidak berjaya, maka kewangan saya akan menjadi sedikit terhad. Oleh itu saya mungkin tidak mampu menampung keseluruhan projek di Mindanao andai terpaksa menginap di hotel selama tempoh saya berada di Mindanao. Untuk itu, saya berbincang dengan beliau mengenai perkara itu dan meminta pendapat beliau, dan dengan cekap beliau membuat keputusan yang mantap: beliau memberi kebenaran untuk saya menginap di ruang pejabat XXX Foundation di Cotabato. Perkara ini telah menambah keyakinan saya untuk meneruskan misi.

Dengan kewujudan dua karekter ini, saya berjaya menambah keyakinan dan keberanian didalam diri untuk meneruskan misi tersebut. Bermula dari saat itu juga, setiap hari saya sibuk mentelaah bahan-bahan rujukan untuk mendapatkan lebih pemahaman terutama tentang hal-hal yang menjadi asas konflik di Mindanao.

Saya tidak mahu kelihatan terlalu naïf apabila tiba di Mindanao kelak. Akhirnya, setelah otak penuh berisi maklumat, dan diari penuh berisi perancangan dan aktiviti yang bakal saya laksanakan, saya akhirnya memasuki fasa yang lebih penting: pemilihan tarikh pengembaraan.
 
Mungkin TT boleh bukak thread mengenai cerita ni di Section Others Interest :)
 
Joined
Jun 19, 2014
Messages
25
Reaction score
0
Points
8
Salam perkenalan dari saya
Selamat datang ke CG
Selamat berforum dengan berhemah :)cgrock

mungkin TT boleh bukak thread mengenai cerita ni di Section Others Interest :)

Terima kasih tuan. Maaf saya terlalu baru di sini dan saya sangat berterima kasih atas tunjuk ajar itu. InsyaAllah saya akan buka thread di situ ya.
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register