Salahuddin Ayub Cakap Pasal Budaya Westminster mana satu ni?

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,236
Reaction score
11,721
Points
1,906
Kamarul Yusoff

2j ·

SALAHUDDIN AYUB CAKAP PASAL BUDAYA WESTMINSTER MANA SATU NI?

Maka bersyarahlah Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub [Pulai] dalam Parlimen:
“Sebagai seorang lawyer Tuan Yang di-Pertua yang kita sedikit sebanyak faham tentang budaya Westminster yang berlaku dalam Parlimen negara-negara Komanwel. Apakah maknanya seorang yang bernama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, berjumpa Queen ataupun Yang di-Pertuan Agong dalam negara kita dan nasihatnya ditolak? Ini suatu makna yang besar dan pertama kali berlaku dalam sejarah negara Malaysia sejak merdeka, nasihat seorang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu ditolak oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. By right, sebenarnya kerajaan ini telah jatuh. Itu amalan dalam Parlimen Komanwel.”

Bukankah sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri di bawah Pakatan Harapan dahulu, Jemaah Menteri di dalam mesyuaratnya pada 12 Disember 2018 telah bersetuju supaya Malaysia menyertai Statut Rome?

Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja terima atau tolak keputusan Jemaah Menteri ini?

Bukankah Jemaah Menteri yang sama di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri di dalam mesyuaratnya pada 5 April 2019 telah bersetuju membatalkan penyertaan Malaysia di dalam Statut Rome?

Dan ke mana pula hilangnya budaya Westminster yang Salahuddin Ayub cakap pada waktu itu?

1605671559237.png
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,236
Reaction score
11,721
Points
1,906
Shamrahayu Aziz

3j ·

WACANA MUZIUM DIRAJA

PREROGATIF RAJA DI MALAYSIA – ADAKAH CERMINAN WESTMINSTER

Assalamu’alaikum wrt wbt...

Moga para pembaca sentiasa dalam rahmat Allah.

Pagi ini saya menulis secara ringkas sahaja. Sekadar menyampaikan sedikit pengenalan, teaser berkenaan tajuk yang akan saya kupas dalam Wacana Muzium Diraja yang insyaAllah akan berlangsung pada jam 10 pagi hari ini di laman facebook Muzium Diraja.

Wacana Muzium Diraja ini adalah Wacana Mingguan anjuran Muzium Diraja dengan kerjasama Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mana saya diundang sebagai panel tetap.

Tema Wacana Muzium Diraja ini adalah “Institusi Beraja di Malaysia” yang akan menampilkan isu dan perbincangan bersifat ilmiah dan pendidikan kepada masyarakat umum. Pada episod Pertama, minggu lepas, tajuk Wacana ialah Prerogatif Yang di-Pertuan Agong dalam Pentadbiran Negara.

Susulan daripada perbincangan pada minggu lepas, saya dapati keperluan untuk memahami konsep Raja Berperlembagaan Malaysia.

Sehingga kini, rata-rata kefahaman dalam kalangan masyarakat kita ialah, oleh kerana Perlembagaan Persekutuan ini adalah Perlembagaan yang digubal berdasarkan kepada konsep Westminster, maka sekaligus, Raja Berperlembagaan Malaysia juga adalah berdasarkan kepada konsep Raja Berperlembagaan di England atau menerima pakai konsep “Crown” di England dan juga mematuhi prinsip dan amalan Raja Berperlembagaan Westminster.

PERSOALANNYA, adakah fahaman ini benar? Adakah Raja Berperlembagaan kita juga adalah cerminan Westminster?

Persoalan ini akan saya kupas dalam Wacana pada pagi ini. Ringkasnya, apa yang akan saya perkatakan adalah merangkumi isu-isu di bawah:
1. Sifat Perlembagaan Westminster
2. Asal dan perkembangan Raja Berperlembagaan di UK
3. Proses Gubalan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh Negeri
4. Ciri-Ciri Raja Berperlembagaan di Malaysia
5. Rumusan

Untuk sama-sama berkongsi pandangan, semua pembaca diundang untuk melayari laman facebook Muzium Diraja pada jam 10 pagi setiap hari rabu, insyaAllah.
Kita bertemu di sana…

#kursiinstitusirajamelayu
#muziumdiraja
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,223
Reaction score
2,390
Points
201
Intipati ucapa Si Din ni aku terima ....cuma bab integriti.....aku nak ketawa je........jgn sembang bongkak sgt....tgk cermin juga
 
Sponsored Post
Top
Log in Register