BTC USD 60,720.9 Gold USD 1,794.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Salah ke kalau perempuan taktau memasak? Tapi kalau lelaki takleh jd imam camne lak?

ah fan

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2009
Messages
8,148
Reaction score
28
Points
70
KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK...SALAH KE?TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM???

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
agak2 klau dh ada ke salah parking ke mod tolong la ye buat ape yg ptt..:">
 
Sponsored Post

haudli

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,314
Reaction score
442
Points
136
topik yg menarik ...mmg boleh bikin hangat ni...hehhhee
 

ah fan

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2009
Messages
8,148
Reaction score
28
Points
70
pompuan kalau x pandai masak xda salah pon

yg salah nya bila yg xreti masak tue minta hantaran beribu2

berbaloi ke bayar mahal2 tapi benda asas mcm tue pon x reti ?

anak sy belajar smpi universiti..ada diploma,ijazah..alasan yg mak bapak depa selalu guna nk ntk hntrn tggi2..tang masak memasak kdg2 zero pn wt xtau je..
 

lan_mcd

Active Member
Joined
Sep 2, 2010
Messages
1,230
Reaction score
55
Points
30
memasak (bg wanita) dan menjadi imam (bg lelaki)..
macam best je kan isu yg macam ni..

tp hakikat sebenarnya dlm zaman skrg ni bukan "TAK TAHU" yg menjadi isu.. istilah yg lebih tepat "MALAS"...
memasak tu pun bukan nya wajib bagi seorang perempuan / isteri.. tapi dah menjadi lumrah kehidupan manusia memangg org perempuan / isteri yg perlu masak utk suaminya.. dlm erti kata lain "kena patuh pada arahan suami selagi ianya tidak melanggar dari ajaran Islam".. wife aku dulu pun masa mula2 berkahwin x pandai masak gak.. tapi lama kelamaan aku sebagai suami pun kena la rajin support isteri sendiri dgn memberi galakkan n dorongan supaya si isteri rajin2 kan diri ke dapur.. Alhamdulillah sekarang dah semakin kreatif... siap boleh cipta resepi sendiri lagi.. hehe :)paid:)paid

bab suami / lelaki yang tak tau jadi imam ni pun satu masalah..
kalau nk kata x tau, bohong la.. takkan la dulu zaman2 persekolahan x pernah nak belajar langsung bab solat berjemaah ni..
atau pun mmg si lelaki ni jenis yg x pernah bersekolah atau pun bersembahyang berjemaah??..
dalam masalah ni pun kaum isteri kena gak bagi sokongan pada suami.. berjemaah la bersama2.. kadang2 ada juga kes si isteri yg mengelak solat berjemaah bersama suami.. yang ni nak kira mcm mane pula ye??..

apa2 pun hidup sebagai suami isteri ni kena ada pro n kontra nye.. kita kena saling melengkapi...
n apa yg penting?? KERJASAMA..... :D:D


**hanya memberi pendapat.. kalai ade salah n silap tlg tunjukkan ye kawan2...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register