Salah guna perkataan FACE

CG Sponsors




zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020


LOS ANGELES - Laman rangkaian sosial terkenal, Facebook memohon tanda niaga bagi perkataan face sebagai usaha menyekat syarikat-syarikat lain menggunakan perkataan sama bagi tujuan meniru sehingga boleh merosakkan jenamanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Peringkat pertama permohonan itu telah diluluskan.

Jika Facebook dapat menyediakan semua kertas kerja, tanda niaga itu akan disahkan oleh Pejabat Paten dan Tanda Niaga Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh enam bulan.

Para peguam paten masih ragu-ragu adakah Facebook akan diberi tanda niaga ke atas terma yang begitu umum seperti 'face'.

Tindakan itu nyata menimbulkan persoalan mengenai motif dan matlamat jangka panjangnya.

Dengan lebih 500 juta pengguna di seluruh dunia, Facebook merupakan laman rangkaian sosial terbesar di dunia.

Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg berusia 26 tahun yang kini disenaraikan oleh Forbes sebagai bilionair di tempat ke-212 dengan kekayaan berjumlah AS$4 bilion (RM12.5 bilion).

Selagi Facebook membayar yuran yang sepatutnya, permohonan itu akan diterima tanpa sebarang masalah.

Pejabat Paten dan Tanda Niaga AS sudah membenarkan masa untuk membuat bantahan.

Namun tiada bantahan yang diterima. - Agensi


sumber
 
Sponsored Post

alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
harta dah 4 million mase umur 26 tahun...best betol
 

LeptoSpyra

Active Member
Joined
Nov 22, 2010
Messages
1,013
Reaction score
2
Points
25
bagi je la.. kesian, dia takda idea tu, tu pasal letak nama facebook je.. huhuhu~
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
bagi je la.. kesian, dia takda idea tu, tu pasal letak nama facebook je.. huhuhu~
bagi aku dah duit byk tu .. buat projek lain .. sampai bile facebook leh bertahan
 

kalau

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
macam kes mcdonald gak ni.
 

mnzaim

Active+ Member
Joined
Oct 6, 2010
Messages
2,850
Reaction score
20
Points
25
kalau aku bukak MUKABUKU agak2 dia nk saman tak?? :D:D:D
 

anakmalaya

Active+ Member
Joined
Oct 1, 2009
Messages
3,633
Reaction score
47
Points
30
kalau aku bukak MUKABUKU agak2 dia nk saman tak?? :D:D:D
tak kene kowt.. sebab ade kes brand crocodile nk saman peniru jemana die.. tp jenama tiruan menang kes sebab original buaya mengadap kanan dan yg tiruan buaya die mengadap kiri.. haha walaupun lambang sama... :eek::eek::eek: tp tak tao la skrg duit mengatasi segala-galanya..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register