Salah faham mengenai RON95

CG Sponsors




roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
sumber:

Kosmo Online


KEBANYAKAN kenderaan boleh menggunakan petrol RON95 tanpa sebarang masalah atau kehilangan kuasa memecut. - Gambar hiasan

KERAJAAN memperkenalkan minyak petrol RON95 bagi menggantikan RON92 yang dimansuh jualannya manakala RON97 menjadi petrol premium mulai 1 September lalu.

Meskipun telah dihebahkan dan diberi penerangan secara meluas, masih ramai yang salah faham mengenai keperluan klasifikasi RON ini.

RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya sebagai bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya ialah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Pada asasnya, RON adalah gred bagi keupayaan petrol menentang pembakaran tidak normal dan menjana tenaga pada masa yang sepatutnya ketika proses pembakaran.

Penggunaan RON yang betul untuk enjin kenderaan biasanya dinyatakan di dalam manual pemilik dan kadangkala pada pelekat yang terdapat pada penutup tangki minyak.

Pengguna seharusnya tidak bimbang mengenai hal itu kerana kebanyakan kenderaan boleh menggunakan petrol RON95 tanpa sebarang masalah atau kehilangan kuasa memecut.

Pakar kejuruteraan produk Chevron, Greg Engeler berkata, ramai yang salah faham bahawa petrol dengan RON yang lebih tinggi akan menjadikan enjin lebih cekap sedangkan RON yang lebih tinggi daripada spesifikasi yang ditentukan tidak akan memberi kesan yang signifikan.

Katanya teknologi enjin, jenis kenderaan dan cara pemanduan memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan ekonomi petrol berbanding perbezaan nilai RON.

Tambahnya, kelebihan jangka panjang penggunaan RON95 adalah apabila Malaysia memenuhi spesifikasi Euro 2M iaitu proses penerimaan teknologi baru yang lebih cekap dan mesra alam dari Eropah.

Menurut portal majalah kereta.com.my, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol di Eropah dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu RON91, RON95 dan RON98.

Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan oleh setiap jenis enjin daripada pengeluar yang berlainan.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Di Eropah juga, penggunaan RON95 adalah lebih 84 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol yang merupakan bahan bakar utama kenderaan.

Cuba semua jenama


Jika anda masih tidak berpuas hati, pendekatan Herlina Ahmad mungkin patut dicontohi.

Pensyarah muda yang memandu Toyota Avanza 1.3 keluaran tahun 2006 itu telah mencuba pelbagai jenama petrol RON95 yang terdapat di pasaran dan merekodkan jumlah perjalanan dan kos secara terperinci.

Beliau mendapati walaupun perbezaan tidak begitu ketara, namun dua jenama didapati kurang efisien dari segi ekonomi, satu kurang cekap dan beliau berpuas hati dengan dua lagi jenama yang lain.

"Pikap kereta normal, kadang-kadang saya memecut hingga 140km sejam. Keluar dari simpang pun macam biasa," katanya.

Begitu juga dengan Noor Shafina Adullah yang menggunakan RON95 untuk kereta Kembara yang dipandunya sejak lapan tahun lalu.

"Setakat hari ini, tiada masalah. Saya rasa ia lebih kepada kesan psikologi. Kalau ada pun perbezaan, saya rasakan petrol RON95 syarikat A lebih menjimatkan atau efisien daripada syarikat B," katanya yang menggunakan petrol berselang-seli dengan gas NGV.

Jangan membazir

Jadi, sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin kereta anda.

Setiap pengeluar mempunyai resipi tersendiri untuk menjadikan petrol mereka membakar dan membersih dengan efisien. Mereka memiliki pusat penyelidikan untuk membuat rumusan petrol dengan jisim seperti bersifat 'mencuci', mengekalkan tahap pembakaran, ketahanan dengan suhu dan pelbagai aspek untuk memastikan petrol mereka konsisten mengikut spesifikasi enjin yang direka untuknya.

Ramai yang salah faham bila menganggap RON97 menghasilkan lebih banyak kuasa berbanding RON95, apatah lagi realitinya lebih tinggi nilai RON, lebih sukar bahan api dibakar. RON hanya merujuk kepada kemampuan bahan api untuk menahan ketukan semata-mata.

Enjin yang memerlukan nilai RON yang lebih tinggi lazimnya mempunyai nisbah mampatan yang lebih tinggi seperti Satria GTI.

Perakuan pengeluar kereta

Kesimpulannya, RON adalah berdasarkan kesesuaian enjin, bukan kualiti semata-mata.

Apatah lagi hampir semua pengedar dan pengeluar kereta di negara ini telah mengeluarkan kenyataan mengenai kesesuaian model mereka dengan RON95.

Antaranya, kumpulan Automotif Naza menggalakkan pemilik kenderaan Naza, KIA dan Peugeot agar menggunakan bahan api petrol RON95.

Pengedar eksklusif kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia itu berkata, pemilik kereta-kereta itu yang ketika ini menggunakan petrol RON97 boleh beralih kepada RON95 tanpa perlu bimbang risiko masalah kerosakan enjin atau hilang prestasi.

Honda Malaysia juga mengumumkan bahawa semua model yang diedarkan oleh syarikat itu serasi dengan minyak petrol RON95. Syarikat itu memberi jaminan kepada semua pemandu kenderaan Honda bahawa RON95 seharusnya tidak menjejaskan mana-mana model yang diedarkan oleh wakil jualan sahnya, kecuali model Civic Type R. - Bernama
 
Sponsored Post

gOdFeLLa

Senior Member, InstaForex Official, Introducing Br
Platinum Member
Joined
Jan 4, 2007
Messages
9,441
Reaction score
401
Points
81
Moto honda cup aku takleh pakai minyak 95... semput2
kena pakai 97 punya
 

black_mask

Super Active Member
Joined
Apr 6, 2008
Messages
5,588
Reaction score
529
Points
111
propaganda kerajaan.still nk menegakkan benang yg basah
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
bkn ker myk ron95 ni x bagus..?yg kaler merah tu kn?mekanik tempat aku kate myk ni x oke
 

amirrash

Active+ Member
Joined
May 27, 2008
Messages
2,842
Reaction score
10
Points
25
puh..komen2 dari pakar2 minyak ni. haha..jangan jual minyak urat sudah..
 

mimie813

Super Active Member
Joined
Nov 26, 2009
Messages
6,534
Reaction score
290
Points
81
setahu sy plak,rON95 nie sebenarnya ok.....cuma,bile kenderaan kite dah biasa pakai ron97 sebelum nie,then tetiba tukar kepada yg rendah sikit jer kualiti nya,mmg lah ada problem sikit....tp ble selalu guna dan x tukar2 mnyk maksudnya,jap isi 97...jap g isi 95...ada tu yg buh v-power pun ada....so....pikir sendirilah.....

tpi lebih baik tny kat engineer2 yg bertauliah tuk tau kesahihan.....

p/s:sy mmg pakai RON95 jer....
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
stakat ni sy ske gne myk yg mahal.jaga enjin.g pun naik moto..x trase sgt pn kalo gune myk mehel
 

acan

Banned
Joined
May 31, 2009
Messages
19,661
Reaction score
15
Points
120
Pengguna seharusnya tidak bimbang mengenai hal itu kerana kebanyakan kenderaan boleh menggunakan petrol RON95 tanpa sebarang masalah atau kehilangan kuasa memecut.
najisbull..keta aku semput la gile pki myk ni..
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,192
Reaction score
823
Points
176
pembohongan semata-mata-- baru baru ni tok telah mencuba ron95 pergi balik KL-Melaka minyaknyer 14sen/km manakala tok buat lagi sekali menggunakan ron97 walaupun rm2.05 tapi pergi balik baru 11 sen.. maknanya ron97 lebih efisyen.... so saper nak jawab... enjin pun tak bunyi knocking sepanjang highway hanya gear 5.. kalau 95 apabila tiba kawasan pedas/linggi kena turun gear 4 sebab takle nak daki bukit.. hah jawab...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register