BTC USD 47,395.3 Gold USD 1,751.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Salah Cari Mangsa, "Syamilla" Terima 13 Jahitan Di Kepala

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,293
Reaction score
4,145
Points
236
25.07.2021 - Gua Musang, Seekor harimau betina menderita 13 jahitan di kepala, selepas tersalah menerkam “mangsa” yang sempat menetaknya dalam kejadian awal bulan ini. Harimau seberat 100kg itu yang diberi nama “Syamilla Bihai” turut cedera di muka selepas ditetak dengan parang dalam pergelutan dengan Adin Andok, 48, Orang Asli dari Kampung Badak di Pos Bihai, Gua Musang, Kelantan.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Abdul Kadir Abu Hashim, berkata ia ditangkap 15 Julai lalu dan kini ditempatkan dalam kurungan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai, Perak.

Katanya, petugas Perhilitan NWRC memberi perhatian penuh dalam merawat dan memastikan harimau betina dewasa itu pulih.

“Keadaannya kini positif. Kecederaan di muka harimau itu beransur pulih. Luka tetakan di kepala sudah dijahit. Selera makan harimau itu bertambah baik kerana Syamilla mula makan daging. Dia dipantau rapi doktor veterinar Jabatan Perhilitan serta kakitangan NWRC,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Ditanya jika Syamilla Bihai akan dilepaskan ke hutan semula, Kadir berkata, keutamaan kini ialah merawat kecederaan mamalia spesies terancam itu.

“Keputusan melepaskannya ke hutan belum dibincangkan lagi. Pemeriksaan mendapati harimau betina itu tidak mempunyai kesan luka dijerat atau pernah ditembak pemburu haram.”

Dalam serangan pada 5 Julai lalu, Adin bergelut selama 15 minit melawan harimau belang yang cuba membahamnya di kebun ubi kayu di Kampung Badak, Gua Musang. Beliau parah di kepala, mata dan badan akibat dicakar Syamilla kira-kira 3 petang dan terpaksa menahan sakit selama 15 jam di kebun terbabit sebelum bantuan dari Hospital Gua Musang tiba menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Mangsa dikatakan sempat menetak harimau belang dengan parang bagi menyelamatkan dirinya selepas diterkam.​

1627171768558.png
 
Sponsored Post

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,980
Reaction score
454
Points
91
kuat benor org asli nih... 15jam tahan sakit injured kena serang rimau...
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,951
Reaction score
549
Points
161
jarang la aku dengar org boleh selamat kalau berdepan dgn harimau,
bukan calang2 juga org ni,
bergelut 15 minit lama juga tu
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,527
Reaction score
14,721
Points
1,906
Lelaki diterkam harimau belang semakin pulih
| | 24 Julai 2021


1627176099060.png

Adin sebelum ini mengalami luka di bahagian lengan kanan dan kiri serta mata. - Foto Awani

GUA MUSANG - [DIKEMASKINI] Mangsa orang asli serangan harimau belang, Adin Andok, tetap bersemangat untuk kembali bekerja di kebun ubi kayu miliknya di Kampung Badak, Pos Bihai, dekat sini setelah pulih daripada kecederaan akibat pergelutan dengan haiwan liar itu, awal bulan ini.

Adlin, 48, berdepan detik cemas, apabila diserang seekor harimau belang betina dalam kejadian kira-kira jam 3 petang di kebun ubi kayu, di sini pada 4 Julai lepas.
Meskipun mengalami kecederaan parah, Adin berkata, beliau tidak lemah semangat selepas kejadian itu kerana berkebun merupakan sumber pendapatannya untuk menyara kehidupan keluarga di kampung berkenaan.

"Apapun, saya akan lebih berwaspada apabila memasuki kebun ubi kayu...takut-takut ada harimau lain pula yang datang ke kebun saya.
"Mungkin selepas ini, saya akan bawa sekali anak lelaki ke kebun untuk menemani," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Transit Pesakit Orang Asli di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis di sini pada Sabtu.

Adin ditempatkan di pusat transit berkenaan selepas sembilan hari menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai dan masih menunggu rawatan susulan.

Bercerita lanjut, Adin berkata, 'pertarungan' untuk menyelamatkan nyawanya itu mengakibatkan beliau mengalami kecederaan di beberapa bahagian badannya termasuk kepala, dada, mata kiri, kedua-dua lengan dan betis kiri.

Katanya, pergelutan dengan haiwan tersebut berlaku selama kira-kira 10 minit sehingga beliau terpaksa menetak kepala harimau belang itu menggunakan golok miliknya sebelum berjaya melepaskan diri daripada cengkaman haiwan liar berkenaan dan diselamatkan penduduk dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

"Saya tidak sangka berdepan detik cemas itu kerana tiba-tiba sahaja haiwan itu menerkam ketika sedang berkebun. Saya nekad melawan harimau itu tanpa memikirkan kesannya kerana ketika itu, saya hanya terbayangkan maut,” katanya yang bersyukur masih hidup dan menambah ia merupakan kejadian pertama berdepan dengan harimau.

Dalam kejadian itu, Adin ke kebunnya seorang diri sebelum menyedari terdapat kesan tapak kaki besar dipercayai harimau sebelum secara tiba-tiba haiwan itu muncul di depan matanya ketika sedang meneliti kesan tapak kaki tersebut dan beliau terus diterkam haiwan liar itu.
Susulan kejadian itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bertindak memasang perangkap dan harimau belang itu berjaya ditangkap pada 15 Julai lepas. - Bernama

 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,453
Reaction score
794
Points
171
jarang la aku dengar org boleh selamat kalau berdepan dgn harimau,
bukan calang2 juga org ni,
bergelut 15 minit lama juga tu
sedara dia datang tolong.. tak jauh dari rumah.. sempat dia menjerit// itu boleh selamat.. org kg ramai2 keluar... lgpun harimau tu kena tetak dulu sblm kena terkam..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,527
Reaction score
14,721
Points
1,906
pada 6 julai lepas


Seorang lelaki cedera parah akibat dicakar harimau, dikejar ke Hospital Gua Musang dengan bantuan kenderaan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) awal pagi tadi.
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,951
Reaction score
549
Points
161
sedara dia datang tolong.. tak jauh dari rumah.. sempat dia menjerit// itu boleh selamat.. org kg ramai2 keluar... lgpun harimau tu kena tetak dulu sblm kena terkam..
nasib la sempat jerit, kalau kebun tu jauh rasanya x mampu bertahan dah tu,
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,453
Reaction score
794
Points
171
nasib la sempat jerit, kalau kebun tu jauh rasanya x mampu bertahan dah tu,
harimau tu keluar dari depan.. tu dia sempat tetak// kalau terkam dari belakang.. mmg xblh buat apa.. jln cerita ckap bergelut dan sempat menetak mmg bohong laa... tetak masa jatuh bergelut..... logic ke...??????
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register