BTC USD 36,091.5 Gold USD 1,841.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Saksi kes belasah pemandu teksi diminta tampil

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,555
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,555
Reaction score
466
Points
91
Saksi kes belasah pemandu teksi diminta tampil

MARANG – Polis memohon orang ramai yang menyaksi atau mempunyai maklumat berhubung kes seorang pemandu teksi dibelasah di Jalan Bukit Kor di sini pada kelmarin agar tampil untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Deris berkata, siasatan itu berikutan penyebaran video berdurasi 13 saat yang menunjukkan mangsa telah dipukul oleh beberapa orang lain dalam kejadian pukul 6.15 petang tersebut.

“Pemandu teksi berkenaan dituduh mabuk sehingga menyebabkan kenderaan dipandunya hilang kawalan sehingga terbabas ke laluan bertentangan lalu mencetuskan kemalangan.

“Siasatan awal mendapati dia yang mempunyai penyakit diabetes sebenarnya tiba-tiba mengalami hypoglycemia iaitu masalah kekurangan gula dalam badan sewaktu kejadian,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Zain berkata, masalah kesihatan tersebut dikatakan menjadi punca pemandu teksi itu gagal mengawal kenderaannya hingga disebabkan kemalangan itu.

Sehubungan itu, beliau kesal tindakan segelintir pihak yang bertindak terburu-buru tanpa usul periksa sehingga membelakangi undang-undang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Saya harap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

“Sebaiknya, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di talian 09-6182222 untuk membantu siasatan,” katanya. – K! ONLINE
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,161
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,161
Reaction score
3,152
Points
261
Awards
1
Aritu sakit hanging, arinie sakit kencing manis, org kt plk suka ambik tindakan sendiri tanpa usul periksa...biaq la kena kutip sorang2
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
36,000
Joined
Jul 1, 2008
Messages
36,000
Reaction score
2,739
Points
261
Awards
1
Mcm mane leh dpt lesen teksi ni ....tunggu vvip kene sodok gan pemandu yg ade sakit plk ke
 

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,923
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
47,923
Reaction score
2,830
Points
261
Awards
1
“Siasatan awal mendapati dia yang mempunyai penyakit diabetes sebenarnya tiba-tiba mengalami hypoglycemia iaitu masalah kekurangan gula dalam badan sewaktu kejadian,” katanya di sini hari ini.

Kemain belasah ramai2.
 
Last edited:

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,439
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,439
Reaction score
22,258
Points
1,831
Awards
1
Alamak mcm kes driver lori aritu jgk

Terus kena tuduh mabuk. Mintak ke dalam kan yg acah tunjuk samseng tu
 

cariemas100

Active Member
Messages
1,288
Joined
Oct 24, 2020
Messages
1,288
Reaction score
435
Points
41
maaf cakaplah, kebanyakkan pemandu teksi adalah manusia tiada adab, kurang ajar atas jalan. tapi bila keluar kereta, mereka jadi baik.
 

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
47,923
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
47,923
Reaction score
2,830
Points
261
Awards
1
Plot twist.

Yang belasah tu semua didapati bersalah.

“Siasatan awal mendapati dia yang mempunyai penyakit diabetes sebenarnya tiba-tiba mengalami hypoglycemia iaitu masalah kekurangan gula dalam badan sewaktu kejadian,” katanya di sini hari ini.

Pemandu tu bukan mabuk tapi hypoglycemia.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register