BTC USD 65,073.2 Gold USD 1,784.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saksi bicara kes kematian konstabel polis dicari

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,314
Reaction score
15,604
Points
2,376
MELAKA: Polis kini mencari seorang wanita yang juga saksi bagi menghadiri perbicaraan kes menyebabkan kematian anggota polis, Konstabel Mohd Fairuz Shafie di Mahkamah Tinggi, di sini, pada 13 dan 14 Disember ini.

Wanita itu, Siti Nor Fairus Falilah Busri Rojy (gambar), 24, pemegang kad pengenalan 861111-33-5570 beralamat terakhir No 23A Kampung Chemomoi, Simpang Pelangai, Bentong, Pahang dikatakan gagal menghadirkan diri dalam perbicaraan sebelum ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Melaka Tengah, Deputi Superintendan Gan Chip Poh berkata, kehadiran wanita itu penting bagi membantu perjalanan perbicaraan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat.

“Saksi ini begitu diperlukan bagi memberi keterangan berhubung kes itu di mahkamah yang akan bersidang pada tarikh berkenaan,” katanya.

Katanya, saksi berkenaan atau orang ramai yang mengenalinya diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Jay January Siowow di talian 016-86411011 atau Inspektor R Manimannen (016-8237454) atau Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah (06-2842222 sambungan 222).

myMetro
 
Sponsored Post

lizzqute

Super Active Member
Joined
Feb 8, 2010
Messages
9,786
Reaction score
58
Points
70
Cari sampai lubang cacing.... Kalo jumpa kasi kutip...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register