dloanman
CG Top Poster Club
- Messages
- 40,081
Top Poster #5
- Joined
- Apr 15, 2012
- Messages
- 40,081
- Reaction score
- 3,962
- Points
- 266
- Awards
- 1
Sakit mata tengok besi karat di rumah? Buat cara ini, modal kecil tapi hasil puas hati
Isnin, 12 Februari 2024 9:30 AMKesan karat boleh dihilangkan dengan mudah.
KEBANYAKAN peralatan serta perabot di rumah diperbuat daripada komponen besi seperti ampaian baju, tempat sidai tuala dan jeriji pintu.
Antara masalah kegunaan logam adalah ia akan mula berkarat dengan berlalunya waktu kerana terdedah kepada elemen alam seperti hujan, panas dan kelembapan udara.
Namun jangan risau, sebenarnya ada cara mudah untuk membersihkan besi di rumah agar menjadi berkilat seperti baharu, pasti sedap mata memandang.
Mudah sahaja caranya dan terbukti berkesan berdasarkan perkongsian oleh Miela Hassan di laman Facebook. Ayuh kita lihat!
Bahan-bahan:
1) Berus besi lembut
2) Kain bersih
3) Produk pembersih ketuhar (boleh dibeli di kedai Eco, lingkungan harga RM5 sekiranya dibeli secara atas talian)
Produk alternatif untuk menyental karat yang digunakan oleh Miela Hassan.
Langkah-langkah:
1) Sembur cecair pembersih ketuhar pada tempat berkarat dan biarkan selama lima minit.
2) Kemudian sental menggunakan berus besi lembut.
3) Selepas itu terus lap dengan kain bersih. Boleh ulang langkah sehingga hilang segala kesan karat.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Sakit mata tengok besi karat di rumah? Buat cara ini, modal kecil tapi hasil puas hati - Famili | mStar
INI cara mudah untuk menghilangkan kesan karat pada besi di rumah.
www.mstar.com.my