Sakit cinta, lelaki teguk ubat kurap

CG Sponsors




izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
KUALA LUMPUR: Gara-gara putus cinta, seorang lelaki berusia lewat 20-an bertindak nekad cuba membunuh diri dengan meminum sebotol ubat kurap di rumahnya, di Kampung Cheras Baru, di sini, Isnin lalu.

Difahamkan, lelaki terbabit hilang pertimbangan sebaik kekasihnya itu enggan meneruskan percintaan yang terjalin sejak dua tahun lalu. Lelaki terbabit juga dikatakan sudah berbincang dengan keluarganya untuk meminang gadis berkenaan. Kejadian bermula jam 4 petang, apabila wanita berusia awal 20-an itu dikatakan menghubungi suspek sebelum meminta hubungan mereka diputuskan tanpa sebab sebelum dia mematikan telefon. Ketika kejadian, suspek yang berada di rumahnya segera menghubungi kekasihnya untuk mendapatkan penjelasan tetapi gagal. Suspek kemudian bergegas ke rumah kekasihnya itu, namun gadis terbabit masih enggan berjumpanya. Sumber berkata, suspek menjerit-jerit di hadapan rumah gadis berkenaan sebelum mengugut membunuh diri sekiranya kekasihnya itu masih berkeras untuk tidak bertemu dengannya. “Selepas lebih sejam menunggu, suspek mengalah dan kembali ke rumahnya dengan perasaan marah selain kecewa,” katanya. Difahamkan, sebaik tiba di rumah, suspek berulang kali berusaha menghubungi kekasihnya itu namun gagal. Dia hilang kawalan bertindak minum sebotol ubat kurap di biliknya.

Difahamkan, sebaik minum ubat kurap suspek menggelupur menahan kesakitan sebelum muntah dan tidak sedarkan diri. Sumber berkata, suspek bernasib baik kerana tindakannya itu disedari keluarganya yang menghubungi pihak hospital. Selepas beberapa minit kemudian, ambulans tiba dan suspek dibawa ke Hospital Ampang, di sini, untuk diberikan rawatan kecemasan. Sumber berkata, mangsa bernasib baik kerana berjaya diselamatkan dan difahamkan keadaannya sudah stabil.

Sehubungan itu, pegawai perubatan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, untuk tindakan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

P/S: NEMO kalo tension jgn telan ubat kurap..okeh :eek:
 
Last edited:
Sponsored Post

cay3869

Active+ Member
Joined
Mar 11, 2007
Messages
3,095
Reaction score
43
Points
30
tindakan yg b*d*h.. sbb pempuan sanggup bunuh diri... bunga bkn sekumtum weiii..
 

amey9916

Fun Poster
Joined
Jun 27, 2008
Messages
865
Reaction score
4
Points
15
badan dia penuh kurap kot. tu sbb pompuan tu mintak putus...
 

fauzizul

Legendary Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
11,777
Reaction score
9
Points
120
apo lah bangan sangat.. mcm lah xder pompuan lain lg kt dunia ni..
 

ryuji

Fun Poster
Joined
May 12, 2009
Messages
121
Reaction score
0
Points
10
b***h betui la.. naper la pemikiran tu singkat sgt..
 

ular kapak

Fun Poster
Joined
Aug 26, 2009
Messages
722
Reaction score
0
Points
10
dia ingt ubt kurap tu ubt penenang jiwa agaknye:)):))
 

aaril

Fun Poster
Joined
May 2, 2008
Messages
829
Reaction score
6
Points
15
kah kah kah kah...aper begong sangat mamat nie...

kecewa sangat dalam hidup lah tue...bunga bukan sekuntum lah!!!!

life go on la beb... :D
 

Hafiz1990

Active Member
Joined
Oct 9, 2009
Messages
2,179
Reaction score
10
Points
25
b***h betui la.. naper la pemikiran tu singkat sgt..
biasalah...aqidah kurang, iman tak kuat...mcm ni la jadinya..
pemikiran cetek, tak fikir menyusahkan org bila dah takde nnt..
time bercinta tak ingat dunia serta mak ayah..dah putus cinta nak menyusahkan org pulak...sengalssss
 

shila70

Active Member
Joined
Oct 21, 2008
Messages
1,650
Reaction score
0
Points
20
apa ler punya jantan...sbb pompuan pun nak bunuh diri, cari jer la lain berlambak kat luor sana
 

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
biasalah...aqidah kurang, iman tak kuat...mcm ni la jadinya..
pemikiran cetek, tak fikir menyusahkan org bila dah takde nnt..
time bercinta tak ingat dunia serta mak ayah..dah putus cinta nak menyusahkan org pulak...sengalssss
Tulah..nasib baik lagi sempat bwk p hospital. Kalo dia mati pon mati katak jelah, awek dia cari lain je. Jadi la lelaki! Orang mintak putus cari jek yang lain.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register