BTC USD 32,427.5 Gold USD 1,799.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sajat masih tidak dapat dijejaki

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,680
Reaction score
220
Points
73
Tempat Ayob Khan takkan lah dia boleh buat main. Tapi macam mana dia masuk Malaysia undetected kalau dari luar?
btol jgk tu bro
Ayob Khan xkn xtrcabar 😅
 
Sponsored Post

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,431
Reaction score
323
Points
51

Sajat dicari, bantu siasatan kes tukar maklumat kad pengenalan

sasajat.jpeg

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali Nur Sajat bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang dalam satu kenyataan berkata, Sajat merupakan seorang saksi yang perlu hadir bagi prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini.

“Alamat terakhir dikesan di No 2, Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petaling Jaya.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu,” katanya di sini.

Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Syafrina Nadzleen Ibrahim di talian 019-2692954.

Kosmo! pada 26 April lalu melaporkan Nur Sajat berkemungkinan berada di luar negara selepas diburu setelah waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Syariah pada 23 Februari lalu.

Waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes menghina Islam tanpa sebarang sebab.


== Kosmo Online
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,473
Reaction score
2,571
Points
201

MAIS masih gagal kesan Nur Sajat​

hm23sajatan_1624356445.jpg
Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman
KUALA SELANGOR: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) masih belum mengetahui lokasi sebenar persembunyian usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar, berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai lokasi persembunyian ahli perniagaan itu yang kini dikehendaki pihak berkuasa selepas waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 23 Februari lalu.

"Secara rasmi, kita belum tahu di mana lokasi beliau.

"Kita serahkan sepenuhnya kepadanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan ke atas usahawan kosmetik itu dan menunggu perkembangan lanjut mengenainya," katanya ketika ditanya perkembangan terkini Muhammad Sajjad pada sidang media, hari ini.

Terdahulu, Dr Ahmad Shahir menyerahkan sumbangan pek makanan kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Berlian, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, di sini.

Pada 23 Februari lalu, Muhammad Sajjad, 36, diburu pihak berkuasa selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan susulan gagal hadir sebutan semula kesnya bagi pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Media sebelum ini melaporkan Muhammad Sajjad didakwa bersembunyi di Thailand dan terbaru, beliau dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya memaklumkan Muhammad Sajjad yang juga saksi kes itu dikehendaki hadir prosiding perbicaraan di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register