Sajat dedah jalani pembedahan tukar jantina, minta hak kemanusiaan

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,014
Reaction score
12,082
Points
1,906
Dr Ahmad Sanusi

9j ·


Sajjad dan JAIS: Adakah Sedekah Menghalalkan Dosa?
=====
1. Pihak JAIS telah mengesahkan bahawa mereka telah memanggil Encik Sajjad sebagai proses siasatan di bawah Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor yang menyentuh soal menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.

2. Berdasarkan laporan yang diterima, pihak JAIS hanya bertugas menjalankan siasatan terhadap aduan yang diterima pada tahun 2018 dan 2020. Malah apa lebih serius, peruntukan seksyen 10 tersebut menyentuh soal penghinaan terhadap Islam. Jadi, En Sajjad seharusnya memberikan kerjasama penuh terhadap dakwaan tersebut kerana ia melibatkan isu penghinaan terhadap Islam.

3. Pihak En Sajjad pula memberikan respon bahawa beliau telah dikasari sehingga mengungkit kebaikan menganjurkan majlis amal buat pelajar tahfiz. Benar, dalam hadis Rasulullah menjelaskan bahawa amalan yang baik akan menghapuskan dosa, tetapi seseorang itu juga dituntut untuk meninggalkan dosa dan bertaubat agar amalan mereka diterima Allah.

4. Seorang Muslim tidak boleh mendakwa telah banyak bersedekah sedangkan dalam masa yang sama dia turut melakukan perkara yang dicegah yang membawa kepada dosa. Apakah bersedekah kepada pelajar tahfiz membolehkan kita melakukan perkara yang dilarang oleh Allah?

5. Satu perkara yang sering diperkatakan tentang En Sajjad adalah isu pemakaian ala wanita yang ditegah keras oleh Rasulullah. Sabda Rasulullah:
لَعَنَ اللهُ المُتَشَبهِينَ مِنَ الرّجالِ بالنّسَاءِ، وَالمُتشبِهاتِ مِن النّسَاءِ بالرّجَالْ
“Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (HR al-Bukhari).

Menurut al-Imam al-Nawawi, lelaki yang berkelakuan seperti wanita dari aspek perbuatan dan pemakaian adalah termasuk dalam golongan yang dilaknat di dalam hadith ini.

6. Perlakuan dosa terlaknat seperti ini hendaklah diiringi dengan sesalan taubat untuk meninggalkan dosa tersebut. Ia bukan sekadar disucikan dengan memberi makan kepada pelajar tahfiz. Ini selaras dengan firman Allah:
وَآخَرُونَ اعْتَرَفُوا بِذُنُوبِهِمْ خَلَطُوا عَمَلًا صَالِحًا وَآخَرَ سَيِّئًا عَسَى اللَّهُ أَن يَتُوبَ عَلَيْهِمْ
“Dan (sebahagian) yang lain mengakui dosa-dosa mereka. Mereka telah mencampur adukkan amal yang baik dengan amal yang lain, yang buruk. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka.”

7. Menurut al-Imam Ibn Asyur, ayat ini menjelaskan bagaimana seorang muslim seharusnya tidak mencampurkan amalan yang soleh dengan amalan dosa dan maksiat. Mereka yang melakukan sedemikian seharusnya meninggalkan dosa-dosa yang mereka lakukan. Kata Ibn Asyur:
فالاعتراف بالذنب كناية عن التوبة منه ، لأن الإقرار بالذنب الفائت إنما يكون عند الندم والعزم على عدم العود إليه
“(Ayat al-Quran tentang) mereka yang mengakui dosa mereka ini adalah sebuah perumpaan mengenai orang yang bertaubat dari dosa mereka. Kerana pengakuan mengenai dosa yang lalu menunjukkan sikap penyesalan dan (mereka seahrusnya) berazam untuk tidak kembali kepada dosa.” (Tafsir IbnAsyur)

8. Namun apabila seseorang itu memcampurkan perbuatan baik dengan dosa, dan kemudian terus konsisten melakukan dosa, ia jelas bercanggah dengan ayat al-Quran di atas yang menuntut kaum muslimin untuk bertaubat meninggalkan dosa mereka dan mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka.

9. Malah apa yang lebih membimbangkan adalah ancaman Allah untuk tidak menerima sumbangan sedekah orang yang fasik. Firman Allah:
قُلْ أَنْفِقُوا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا لَنْ يُتَقَبَّلَ مِنْكُمْ إِنَّكُمْ كُنْتُمْ قَوْمًا فَاسِقِينَ
“Katakanlah (wahai Muhammad kepada mereka): "Dermakanlah harta kamu sama ada dengan sukarela atau kerana terpaksa, (sumbangan kamu) tidak akan langsung diterima, (kerana) sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang fasik".

Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,014
Reaction score
12,082
Points
1,906
Golongan tersebut tidak lagi takut-takut untuk menyorok identiti lelaki yang sudah ditukar kepada perwatakan wanita, katanya.


1610694615455.png


'Tiada ruang untuk golongan transgender buat maksiat'
Diterbitkan 15 Jan 2021, 2:56 pm

Dikemaskini 3:08 pm


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary mengingatkan tiada ruang untuk golongan transgender melakukan maksiat di negara ini.
Kata Ahmad Marzuk, golongan tersebut didapati tidak lagi takut-takut untuk menyorok identiti lelaki yang sudah ditukar kepada perwatakan wanita.

“Seingat saya, dulu sangat susah untuk berjumpa dengan lelaki yang suka dan berani mahu memakai gaun, skirt, tudung atau baju kurung. Kali pertama melihat, beristighfar panjang juga saya.
“(Tapi) Ada pula yang sampai mempersoalkan mengapa mereka tidak berhak bahagia dengan menjadi diri sendiri,” katanya.

Ahmad Marzuk mengiringi hantaran di Facebook itu dengan keratan akhbar yang dipadam sebahagian daripada judulnya: ‘… Mengaku Bedah Jantina.’

Walaupun tidak memetik nama tertentu secara khusus, hantaran itu dipercayai merujuk kepada kisah dialami personaliti kontroversi Nur Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruzzaman baru-baru ini.

3d20cad0a9ce12c88877cf1e54a49836.jpg

Nur Sajat

Terdahulu, Sajat mendakwa dirinya dikasari penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sewaktu proses siasatan dijalankan terhadapnya pada 6 Januari lalu di Shah Alam, Selangor.
Dia disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 berkaitan kesalahan berhubungan dengan kesucian institusi agama.

Susulan itu, penyanyi lagu Makhluk Peggoda itu mula memuat naik beberapa siri hantaran di Instagram dan Insta Story yang mendakwa dia sedang mengalami kemurungan.

Dalam kenyataan disiarkan di media sosial itu, Sajat antaranya mengaku sudah menjalani pembedahan menukar jantina selain mempersoalkanmengapa dia tidak boleh melakukan ibadah sebagai seorang wanita.

Sementara itu, Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa mengingatkan bahawa sesiapa yang melakukan maksiat akan mendapat dosa dan balasan di akhirat kelak kecuali jika mereka bertaubat.

“Hidup kita di dunia ini, bukan semata-mata mahu memikirkan diri sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apatah lagi mahu memikirkan bahagia sendiri tanpa mempedulikan arahan dan larangan Allah.
“Sahabat-sahabat, marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT. Sifat taqwa petunjuknya adalah Al-Quran. Rujuklah Al-Quran untuk mengetahui naluri kalian itu adalah kebenaran ataupun ujian,” katanya.

Kata Ahmad Marzuk, golongan lelaki yang menukar identiti kepada wanita kini sudah semakin berani mempengaruhi ramai anak-anak muda.
“Sehinggakan, mahasiswa lelaki jurusan agama pun ada yang bersolek tebal sebelum pergi ke kelas. Betapa kuatnya arus kebebasan fahaman Barat yang masuk ke dalam negara kita,” katanya.

Ahmad Marzuk turut menyeru agar nasihat dan kata-kata yang baik sentiasa digunakan bagi membantu golongan yang mempunyai masalah kekeliruan jantina untuk keluar daripada ujian.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) misalnya ada menyediakan banyak sistem sokongan untuk membantu sahabat-sahabat yang bergelut dengan kecelaruan identiti.

“Namun, jika maksiat itu mahu dilakukan secara terbuka dan mengajak-ajak pula orang lain untuk tidak takut melakukan hal yang serupa, menjadi tanggungjawab kita menghalang dengan mengguna pakai saluran undang-undang Syariah yang ada,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Marzuk memaklumkan sudah ada beberapa negeri sedang membuat semakan untuk memperkukuhkan lagi Enakmen Jenayah Syariah pada masa akan datang.

“Insya-Allah, kita akan usahakan satu demi satu dengan segenap kemahuan politik yang kita ada ada. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah-Nya kepada kita semua,” katanya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,014
Reaction score
12,082
Points
1,906
Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

16j ·


PENERAPAN IDEOLOGI SONGSANG KE ATAS ANAK-ANAK
Saya membaca fakta dibawah:
-----------------------------
Menurut Sajat, dia telah dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk beri keterangan dan membantu siasatan di bawah Enakmen Jenayah Negeri Selangor No.9 Tahun 1995 pada 6 Januari lalu.
Sajat disyaki terlibat dengan kes di bawah Seksyen 10 iaitu menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina. Ia ada kaitan dengan aduan yang diterima JAIS ketika Sajat menganjurkan satu majlis tahlil dan doa selamat bersama dengan anak-anak tahfiz pada 23 Februari lalu. Dalam majlis tersebut, jelas menunjukkan yang Sajat lengkap bertudung, berbaju kurung dan berpakaian seperti wanita.
-----------------------------

Lantas saya teringat kepada sesi Drag Queen Story Hour (DQSH), Drag Queen Storytime dan Drag Story Time. Atas nama menghormati dan memperkasakan Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI), US telahpun memaksakan penerimaan Ideologi ini seawal usia kanak-kanak melalui aktiviti membaca buku kepada mereka di perpustakaan dan di kelas oleh Drag Queen.

Saya kira, luka di tangan Muhammad Sajjad akibat gari tidaklah sebesar luka di hati kita, ibubapa dan masyarakat melihat suatu pemaksaan, penerimaan budaya songsang dan penodaan ke atas hati anak- anak tahfiz yang bersih, tidak jauh berbeza seperti kisah drag queen di atas.

Isu kekasaran diperbesar-besarkan atas nama hak asasi, sehingga ada ibu yang mendoakan anak orang lain jadi seperti anaknya yang mengaku telah menukar jantina. Tidakkah si ibu ini mahu mendoakan agar anak sendiri di beri hidayah?

Saya terfikir, tidak kah berasa kasihan kepada anak-anak orang lain yang suci bersih mencari ilmu agama yang benar, dihidangkan kepada mereka dengan fenomena tasyabbuh dalam majlis yang mulia, dipertontonkan pakaian silang jantina tanpa rasa segan silu dan mempergunakan alasan infaq, tahlil, sadaqah hanya kerana dia kaya dan berduit?

Tidak puas dengan aksi menjolok mata melalui Instagram dan peraduan-peraduan ratu mak nyah, kini perlu dicemari majlis-majlis mulia melibatkan anak- anak kita? Tiada siapa menghalang berbuat kebaikan, tapi bukan mencampur aduk antara yang mulia dengan dosa.

Dulu saya pernah menulis tentang ideologi SOGI/LGBT ini melalui kartun dan filem Disney, tetapi nampaknya kita telah pun mempunyai versi sendiri apabila ideologi ini, mula dipaksakan ke atas anak-anak kita, sama seperti Drag Queen Storytime, cuma dikaburi oleh nama-nama mulia seperti tahfiz, tahlil, sedeqah.

Saya menyokong sepenuhnya tindakan JAIS. Episod mengerjakan umrah, menganjurkan majlis tahlil melibatkan anak-anak tahfiz adalah "well planned and well executed events" oleh individu yang mempunyai akal yang waras. Shame on his family that allowed this to happen.

Tiada sekelumit pun rasa belas kasihan kepada beliau, melainkan saya merintih melihat anak-anak kita yang dicemari sedemikian rupa.

1610694763050.png
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,043
Reaction score
2,620
Points
201
1006993.jpg


Dia ngaku dia lelaki yg ada kemaluan wanita..

Khunza la tu kan.. ?

Ada 2 jenis khunsa..

Khunsa musykil: Seseorang yang tidak jelas tanda-tanda kelelakian atau keperempuanan pada dirinya. Tidak dapat diketahui sama ada dia merupakan seorang lelaki atau perempuan. Khunsa musykil juga memiliki dua kemaluan iaitu kemaluan lelaki dan kemaluan perempuan dan tidak dapat dipastikan keadaannya dari kedua jenis tersebut iaitu sama ada dia lelaki ataupun perempuan.

Khunsa ghayru musykil: Seseorang yang jelas padanya tanda-tanda kelelakian atau keperempuanan. Dia dapat diketahui sama ada dia merupakan seorang lelaki ataupun perempuan. Individu seperti ini tidak dikategorikan sebagai khunsa musykil. Ini kerana dia merupakan seorang lelaki atau perempuan, tetapi dalam masa yang sama mempunyai anggota lebihan. Hukum untuknya dalam mirath (pembahagian harta pusaka) dan selainnya dari hukum-hakam adalah hukum terhadap apa-apa yang jelas dari tanda jantinanya. Sekiranya jelas tanda-tanda kelelakian, maka ke atasnya hukum-hakam seorang lelaki dan begitulah sebaliknya.

Aku saspek sajat ni khunsa ghayru musykil.
Dia ni jelas lelaki, tp ada anggota sulit lebihan..

------
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,466
Reaction score
2,005
Points
201
Sajad buat sedekah kat tahfiz, kita doakan dia dpt hidayat..tak perlu la hukum dia
Dia tak pakai seksi2 pun
Pakai tudung

unkel kentang pun dia buat sedekah jg
Tp kita takde plak hukum dia
Malahan kita doakan dia dpt hidayat

kalau tak setuju cara sajat
Benarkan saja dia keluar islam
Da biar dia dgn kehidupan dia
Itu antara dia dgn tuhan
 

biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
4,067
Reaction score
1,264
Points
111
Sajad buat sedekah kat tahfiz, kita doakan dia dpt hidayat..tak perlu la hukum dia
Dia tak pakai seksi2 pun
Pakai tudung

unkel kentang pun dia buat sedekah jg
Tp kita takde plak hukum dia
Malahan kita doakan dia dpt hidayat

kalau tak setuju cara sajat
Benarkan saja dia keluar islam
Da biar dia dgn kehidupan dia
Itu antara dia dgn tuhan
Warga CG, jangan dengar nasihat dari @akudotcom. Dia kata Singh tu ahli kitab. Orang sesat larat ni.
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,466
Reaction score
2,005
Points
201
Elok saja sajad jd mcm unkel kentang
Kapir buat keje amal bebas tanpa halangan
Pakai sluar pendek pun takpe hahah
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,043
Reaction score
2,620
Points
201
Sajad buat sedekah kat tahfiz, kita doakan dia dpt hidayat..tak perlu la hukum dia
Dia tak pakai seksi2 pun
Pakai tudung

unkel kentang pun dia buat sedekah jg
Tp kita takde plak hukum dia
Malahan kita doakan dia dpt hidayat

kalau tak setuju cara sajat
Benarkan saja dia keluar islam
Da biar dia dgn kehidupan dia
Itu antara dia dgn tuhan
Perkara ni mudah je..
Nak buat apa pun buat lah..
Cuma jangan stay dalam malaysia..

Bila stay dlm malaysia, kena ikut law malaysia..
Nak keluar agama sekali pun..
Kena ikut law malaysia..

Aku setuju je dia nak buat apa pun..
Tapi bukan dalam malaysia..

Bila dia nak buat benda bukan²..
Dalam masa yang sama nak menunjuk..

Benda ni problem..

Dia kena hormati hak yang ada dalam masyarakat orang islam..
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,466
Reaction score
2,005
Points
201
Sbb dia sajat
Kalau dia azalina ke kakrosmah ke
Ok je panggil tahfiz :D
 

krie1694

Active Member
Joined
Aug 28, 2009
Messages
2,372
Reaction score
7
Points
25
Sajad buat sedekah kat tahfiz, kita doakan dia dpt hidayat..tak perlu la hukum dia
Dia tak pakai seksi2 pun
Pakai tudung

unkel kentang pun dia buat sedekah jg
Tp kita takde plak hukum dia
Malahan kita doakan dia dpt hidayat

kalau tak setuju cara sajat
Benarkan saja dia keluar islam
Da biar dia dgn kehidupan dia
Itu antara dia dgn tuhan
ayat ni aku x berapa nak fhm......
 
Sponsored Post
Top
Log in Register