BTC USD 42,469.7 Gold USD 1,761.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sajat dedah jalani pembedahan tukar jantina, minta hak kemanusiaan

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,122
Reaction score
2,780
Points
201
Sajat dedah jalani pembedahan tukar jantina, minta hak kemanusiaan
sajat.jpg
Sajat
PETALING JAYA – Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat seperti memberi bayangan ingin meninggalkan agama Islam selepas mendakwa kerja-kerja amal kebajikannya tidak dipersetujui segelintir pihak.

Bukan itu sahaja, Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendedahkan, dia sudah menjalani pembedahan penukaran jantina.

e4683eb7-6f6b-422a-bf75-7bbc410b6eba.jpg
Tangkap layar luahan hati Sajat berkenaan isu tersebut.
“Adakah aku seorang kafir? Seorang yang tidak layak memeluk Islam dan berbuat baik dalama agamaku.

“Bila terjadi macam ini, aku rasa, aku makin jauh untuk mendekatkan diri dengan Allah. Ujian berat dan tindakan tidak wajar pada diri aku kerana aku bersedekah dengan memakai pakaian wanita.

“Ini semua haram. Kau itu tak layak beragama Islam. Sebab itu kad pengenalan lelaki walaupun kau tiada nafsu pada wanita. Semua kata kau ini lelaki dalam kad pengenalan.

“Walaupun kau sudah menjalani pembedahan penukaran jantina. Ini semua kau buat wakaf tetap haram sebab kau berpakaian wanita,” tulis Sajat melalui InstaStorynya.

Terdahulu, Nama Sajat kembali menjadi bahan bualan netizen selepas dia mendakwa, dirinya ditahan reman oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana mengadakan majlis doa selamat dan bacaan yassin di pejabatnya di Shah Alam.

Menurut Sajat, 36, dia ditahan pada tanggal 6 Januari lalu di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Kuala Kubu Bharu dan dia telah dilayan tidak wajar walaupun datang bertujuan memberi keterangan dan kerjasama pada pihak JAIS.

“Saya digari, dikasari dengan kata-kata dan tindakan, dicederakan sebegitu rupa. Tangan dan badan saya bengkak kerana pergelutan saya ketika saya mempertahankan diri.

“Saya berhak diberi hak asasi kemanusiaan untuk hidup seperti manusia lain juga. Saya amat sedih dan kecewa dengan kejadian ini kerana kesan daripada kejadian mengganggu perniagaan saya dan mental,” katanya.

Difahamkan, Sajat ditahan selepas mengadakan majlis doa selamat untuk anak-anak tahfiz pada tarikh 23 Februari 2018 sebelum segelintir pihak mengambil tindakan membuat laporan kepada JAIS yang tidak bersetuju dirinya berpakaian seperti seorang wanita yang dilihat seperti mempermainkan agama – K! ONLINE
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,122
Reaction score
2,780
Points
201
Akhirnya ‘Nur Sajat’ Mengaku Buat Pembedahan Jantina, Tertekan Didiskriminasi?
sajat-mengaku-lelaki-5.jpg

Selepas beberapa hari mendiamkan diri kerana kejadian digari pada minggu lalu, usahawan kosmetik ‘Nur Sajat’ tampil menceritakan perkara sebenar.

Sajat menerusi sebuah video IGTV di Instagram @nursajat23, menceritakan kisah sebenar dia digari pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sehingga ditahan di Pusat Penahanan Sementara, Kuala Kubu Bharu.

Menurut Sajat dia mendapat layan yang tidak wajar walaupun sudah memberikan kerjasama apabila dipanggil untuk siasatan oleh pihak JAIS.

Katanya siasatan dilakukan kerana laporan yang dibuat pada 23 Ogos 2018, kerana berpakaian wanita ketika mengadakan majlis doa selamat di Wisma Nur Sajat, Seksyen 16 Shah Alam.

“Laporan report pada tahun 23/2/2018 pada masa itu saya ada membuat majlis doa selamat dan bacaan yassin bersama budak2 tahfiz di wisma saya seksyen 16 Shah Alam.

“Saya pendekkan cerita, saya dilayan tidak wajar, walaupun saya datang memberi keterangan dan kerjasama pada pihak JAIS.

“Hak saya sebagai manusia yang telah memberi kerjasama telah direman ditahan di pusat tahanan sementara di Kuala Kubu Bahru,” katanya.

Sajat turut mendakwa pihak JAIS sengaja melengah-lengahkan surat jaminan termasuk dicederakan dan digari sehingga mengalami bengkak tangan serta badan kerana bergelut untuk mempertahankan diri.

sajat-mengaku-lelaki-6.jpg

sajat-mengaku-lelaki-7.jpg

Dalam pada itu Sajat turut membuat luahan yang mengejutkan apabila mengaku membuat pembedahan jantina menerusi ruangan IG Story.

Menerusi beberapa kenyataan dimuat naik, Sajat kelihatan seolah-olah kesal dengan diskriminasi sesetengah pihak terhadap golongan sepertinya.

Sajat turut mempersoalkan tentang adakah kebaikan dalam agama berpandukan kepada pakaian semata-mata?

Menguatkan lagi gambaran pemilik Nur Sajat Gold itu sedang berada dalam keadaan tertekan apabila menyatakan Islam berat buat dirinya dan bertanya kepada pengikut samada dia patut keluar dari agama.

sajat-mengaku-lelaki-2.jpg

sajat-mengaku-lelaki-1.jpg

Sementara itu, menerusi ruangan sama Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman turut berkongsi beberapa pandangan netizen.

Antara komen yang dikongsi ialah pendapat netizen mengenai layanan kurang baik oleh JAIS ketika Sajat hadir dengan cara baik untuk membantu siasatan.

Rata-rata berpendapat sungguhpun Nur Sajat seorang transgender dia tidak wajar dilayan dengan buruk dan kasar.

sajat-mengaku-lelaki-3.jpg
 

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,346
Reaction score
397
Points
91
JAIS sahkan siasat Sajat

SAJAT. FOTO NSTP


Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan usahawan kosmetik, Nur Sajat disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

JAIS dalam kenyataan memaklumkan, siasatan terhadap Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, dibuat berikutan terdapat beberapa aduan yang diterima mengenai kelakuannya pada 2018 dan 2020.

Menurut jabatan itu, pihaknya juga mengambil maklum berhubung video yang ditularkan usahawan berkenaan berkaitan insiden membabitkan dirinya dan beberapa orang penguat kuasa JAIS, baru-baru ini.

"Sajad sudah membuat laporan polis berkaitan insiden itu.

"Pegawai penguat kuasa berkenaan juga dipanggil untuk memberikan keterangan," katanya.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan mengenai pendedahan Sajat berkaitan layanan tidak wajar penguat kuasa JAIS terhadapnya dan dia turut ditahan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Kuala Kubu Bharu pada 6 Januari lalu.

Sajat turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan penguat kuasa berkenaan walaupun dia sudah tampil memberikan kerjasama untuk siasatan pihak JAIS.

Sajat dilaporkan mendakwa pihak JAIS seolah-olah melengah-lengahkan urusan surat jaminan dan turut menyebabkan kecederaan serta digari sehingga mengalami bengkak di bahagian badan kerana bergelut untuk mempertahankan diri.


== hmetro
 

Jedi

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
44,353
Reaction score
2,330
Points
201
Potong dah?

There's no turning back now.

:rolleyes:
 

Jedi

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
44,353
Reaction score
2,330
Points
201
Takutnya.

Ni yang dalam Al-Quran sebut manusia yang hati dan telinga mereka ada dinding.

Nasihat camana pun tak guna.
 

stonz

Active+ Member
Paid Membership
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,838
Reaction score
212
Points
43
Takutnya.

Ni yang dalam Al-Quran sebut manusia yang hati dan telinga mereka ada dinding.

Nasihat camana pun tak guna.
fuh..takut betull..uik abam jedi dah tukaq pepel la...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register